Drama : Hawt Fellas
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Lee Chonz
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 4 Januari 2024
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Nabil Aqil, Iedan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul, Trisha Ong, Izzul Faiq, Khaled, Amy Nur Tinie, Mustaqim Bahadon, Nazim Othman, Anne Abdullah, Amanda Misbun
Sinopsis Drama Hawt Fellas
Lee (Nabil Aqil), Napron (Idan Aedan), Mat Don (Atiq Azman) dan Floral (Raden Zaharatul) masing-masing mempunyai impian yang ingin dicapai selepas menduduki peperiksaan SPM. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama. Lee dan Napron belajar dalam aliran Sains manakala Mat Don dan Flora di aliran Sastera.Lee merupakan pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah dan keluarga tetapi dia tertekan dengan sikap keluarganya yang terlalu meletakkan harapan tinggi tanpa memikirkan minat dan kehendaknya. Lee minat seni tetapi dia terpaksa masuk aliran Sains atas desakan keluarga yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Lee berkemahiran bermain gitar dan melukis, dia menjadikan muzik dan melukis sebagai tempat menenangkan fikiran.Napron memilih aliran Sains untuk membuktikan yang dia bijak dan hebat. Dia menjadi mangsa kepada ayahnya yang merupakan penagih dadah. Napron sering dituduh kerana imej ‘rock underground’. Mat Don seorang anak yatim piatu membesar di bawah jagaan bapa saudara. Mat Don mengalami OCD tanpa dia sedar.Flora pula nampak agak nakal kerana mempunyai masalah keluarga. Flora menganggap Lee sebagai “crush” dan sering meminta bantuan daripada Lee untuk menghasilkan lukisan yang baik di luar waktu sekolah. Napron yang menaruh perasaan dengan Flora rasa cemburu dan sering mencari gaduh dengan Lee.Selepas pengumuman keputusan SPM, Lee menghilangkan diri kerana kecundang dalam SPM. Floral dan Mat Don menganggap Lee telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya.Lee malu dan terpaksa berbohong. Dalam diam, dia mengatur rancangan untuk mengambil SPM ulangan.Di tempat yang lain, terdapat seorang pelajar lepasan SPM yang juga inginkan kebebasan hidup. Indah Tisya Ong tidak ingin hidupnya dikongkong oleh keluarga. Dia telah menolak tawaran kemasukan Universiti Pendidikan kerana tidak mahu menjadi cikgu agama seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Sebaliknya, minat Indah lebih cenderung kepada berlakon.Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah mencapai cita-cita masing-masing? Bagaimanakah mereka berhadapan dengan dugaan dan pilihan hidup yang perlu dibuat? Adakah isi hati mereka akan didengari dan difahami oleh keluarga mereka?
No comments:
Post a Comment