Sinopsis Rampas Cintaku Musim 2 (iQIYI)

Sinopsis Rampas Cintaku Musim 2 (iQIYI)
Kredit: Instagram iQIYI Malaysia

Drama : Rampas Cintaku Musim 2
Produksi : MIG Production
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Azzu Roslan
Siaran : iQIYI
Mula Tayangan : 19 Januari 2024
Episod : 12
Pelakon : Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Ady Mohamad, Keith Foo, Lorenzo Irmann, Puteri Balqis Asyikin, Erra Fazira, Zamarul Hisyam, Zarynn Min, Alya Iman, Ezaidi Aziz


Sinopsis Drama Rampas Cintaku 

Mengisahkan perjalanan hidup Datin Safieya (Fasha Sandha) yang berjuang melawan kesedihan dan kesetiaan diuji apabila hadirnya jejaka yang cuba meredakan kesunyiannya setelah kehilangan suami tercinta.

Datin Safieya menghadapi dilema dengan kemunculan semula bekas suaminya, Dato Jefri (Zarul Husin) yang cuba menganggu kebahagiaan rumah tangganya bersama Rizal (Afieq Shazwan). 

Pemergian Rizal ke luar negara untuk menyambung pengajiannya menyebabkan Safieya semakin tertekan dan bergelut dengan emosi apabila mengetahui rahsia gelap Rina (Puteri Balqis). Safieya rasa bersalah kerana tidak dapat menjaga Rina yang sedang trauma dengan baik.

Dengan secebis kekuatan yang ada, Safieya bangkit untuk memperbetulkan segalanya. Namun masa lalu telah kembali menghantuinya.

Sinopsis Rampas Cintaku Musim 2 (iQIYI)

Rampas Cintaku juga bakal mencipta sejarah apabila ia bakal menjadi drama Melayu pertama yang ditayangkan di China. Rampas Cintaku 2 bakal ditayangkan di platform iQIYI secara globall (www.iq.com dan aplikasi) meliputi lebih dari 190 wilayah bermula 19 Januari 2024.

No comments:

Post a Comment