Sinopsis #SoKampung (TV3)

#SoKampung (TV3)

Telefilem : #SoKampung
Produksi : Mermaid Studios Sdn Bhd
Pengarah : Liyana Jasmay
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 29 Februari 2020
Pelakon : Eyka Farhana, Elisya Sandha, Syafi Tee, Kuna Muzani, Kuza Muzani, Shasha Rahman, Liyana Jasmay, Hariesa, 

Sinopsis #SoKampung (TV3)

Sinopsis Telefilem #SoKampung

Mengisahkan Khalisa seorang gadis yang dibesarkan di kampung sangat obses dengan seorang blogger fesyen bernama Viva Yusuf.  Khalisa mempunyai akaun instagram dengan menggunakan nama Kylie. Khalisa berangan untuk bersolek dan berpakaian cantik seperti Viva tapi kehidupannya cuma berlatarkan sawah padi dan kampung.

Khalisa mempunyai seorang sepupu sebaya bernama Sarah yang tinggal di KL dan selalu mengikuti aktiviti Sarah dalam instagram. Masa kecil dulu Sarah selalu datang ke kampung waktu cuti sekolah dan Khalisa jgua selalu datang ke KL.

No comments:

Post a Comment