Telefilem : Batik Zakiah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Ana Balqis
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Jun 2019
Pelakon : Amyza Aznan, Eyka Farhana, Rusdi Ramli, Laila Nasir, Dato Tamimi Siregar, Faezah Elai, Noralbaniah, Azar Azmi, Asri Azizan
Sinopsis Telefilem Batik Zakiah
Mengisahkan Zakiah (Eyka Farhana) yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran selepas SPM tapi impian tidak dapat dicapai apabila ayahnya mengahwinkan dia dengan Azmi (Rusdi Ramli) yang sudah pun mempunyai seorang isteri bernama Moon (Laila Nasir).
Perkahwinan Zakiah dan Azmi bahagia tapi Moon tidak habis mencemburui Zakiah dan merasakan suaminya tidak berlaku adil lalu menyuruh Azmi membawa Zakiah yang sudah berbadan dua untuk tinggal bersama dalam satu rumah. Kesibukkan Azmi yang jarang pulang ke rumah menyebabkan Moon mengambil kesempatan mendera Zakiah.
Setelah melahirkan anak yang diberi nama Anum, Zakiah diceraikan dan anaknya diambil semasa umur 6 bulan. Kejadian itu menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Hanya sehelai kain batik yang selalu digunakan untuk Anum sebagai pengubat rindu.
kejamnyaa moon. cite lama dah kan ni.
ReplyDelete