Telefilem | Kasih Tau Foo Fah (Cerekarama TV3)


Telefilem : Kasih Tau Foo Fah
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Ellyna Ahmad
Siaran : TV3
Pelakon : Michael Ang, Mior Darwish, Sharifah Sakinah, Pekin Ibrahim, Sharifah Shahora, Jimmy Choong, Phoebe Tang, Shukri Yahaya

Telefilem arahan Raja Mukriz, Kasih Tau Foo Fah akan ditayangkan semula di slot Cerekarama TV3 pada 18 September 2021, hari Sabtu jam 10.00 khas sempena Hari Malaysia.

Kasih Tau Foo Fah mengisahkan Anis (Sharifah Sakinah) yang terpaksa meninggalkan anaknya, Fitri (Mior Danish) kerana dikejar samseng yang menuntut hutang suaminya yang kaki judi.

Sejak itu, Fitri terpisah daripada ibunya dan Ah Leong (Michael Ang) yang merupakan peniaga tau foo fah menjumpai Fitri lalu membuat keputusan untuk menjaga Fitri. Mampukah Fitri bersatu semula dengan keluarga kandungnya?

Post a Comment

1 Comments

  1. kesiannya akibat ketua keluarga buat hal, anak dengan isteri yang jadi mangsa. Nasib baik la ada tauke tau foo fah yang baik hati

    ReplyDelete