Sinopsis Drama Cik Serba tahu (Astro Ria)

Sinopsis Drama Cik Serba tahu (Astro Ria)

Drama : Cik Serba Tahu
Siaran : Slot Megadrama Astro Ria
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Remy Ishak, Sari Yanti, Iedil Putra, Zarul, Nadia Brian

Sinopsis Drama Cik Serba tahu

Berbagai usaha yang dilakukan oleh Carl Adham untuk memikat hati Aerna, namun Aerna sukar menerima cinta dari Carl Adham sedangkan mereka baharu sahaja berkenalan. Memandangkan Carl dengan tiba-tiba mengajak Aerna bertunang kemudian bernikah.

Rakan-rakan sekerja di pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, ayahnya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Ayah Aerna nekad untuk mempercepatkan perkahwinan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna terbuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan ayahnya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh ayahnya?

Renew Popular Card


Hari ini saja jalan-jalan masuk Popular nak usha-usha novel tapi tak jadi nak beli mengenangkan mood nk membaca novel tak ada pastu beli majalah je la. time nak bayar cashier tanya aku tak nak buat Popular kad ke. mula tu macam malas sebab aku memang jarang sangat beli barang kat Popular sekarang kad yg lama tu pun tak renew setahun lebih dah.

Bila dipujuk dan sebut ada promosi, aku pun terpikir lagi sekali hmmm ok juga la buat baru mana tau tetiba terasa nak borong novel kat situ kan..hehe.

bila setuju nak renew dia suruh la isi form, aku amik untuk 3 tahun berharga RM25 pastu dapat la kad sementara dan juga juga cash voucher. kalau renew setahun tak dapat la baucar tu. cash voucher tu berharga RM5 dapat untuk lima bulan sampai bulan Julai nanti kiranya sebulan boleh pakai sekali.


dah balik tu aku baru perasan, baucar  tu start bulan mac terus rasa macam ruginya tak beli novel tadi. hmmm minggu depan kena pergi juga Popular kalau tidak rugi je baucar tu 😑

Wordless #5 - Be Yourself

1 Night 2 Days Theme Song Making Project



Siapa peminat 1 Night 2 Days? untuk latest episode ni, sempena ulangtahun ke-10 rancangan ini semua ahli 1N2D diberi tugasan untuk menghasilkan lagu tema dan mereka juga dibantu oleh tetamu jemputan yg terdiri daripada Akdong Musician, Muzie, Yang Seyoon, Roy Kim dan Kwak Ji Eon.


Team 4 to 1
(Joon Jooyoung, Yoon Siyoon, Muzie, Yang Seyoon, Park Narae)


Team Bolbbalgan Menopause
(Cha Taehyun, Kim Junho, Roy Kim, Kwak Jieon)


Team Various Musicians
(Kim Jongmin, Defconn, Akdong Musician)


lepas dengar semua lagu ni, tak tahu nak cakap mana satu favourite aku sebab semua best. setiap group ada konsep dan keunikan sendiri dalam lagu masing-masing. yg tak best lagu Akdong Musician pendek sangat tapi tetap sedap.

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)

Drama : Suamiku Paling Sweet
Siaran : Slot Akasia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 6.58 petang
Pelakon : Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

Mengisahkan Qisya Iriz, graduan universiti tapi dipaksa ibunya untuk menjadi pengasuh sementara Hafiey, cucu kepada kawan ibunya. Memikirkan kerja tersebut hanya sementara Qisya menyahut cabaran ibunya. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua ibu bapa Hafiey terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan menganggap bapa saudaranya, Izz Haikal seperti ayah kandung. Manakala Izz pula terlalu manjakan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Kedua-duanya masih tidak perasan akan perasaan tu hinggalah satu insiden mengubah nasib mereka. 

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal. Qisya yang masih muda dan mempunyai banyak perancangan dimasa hadapan cukup marah dan tidak dapat menerima kenyataan yang beliau akan menjadi isteri Izz. Apatah lagi terpaksa menjadi 'ibu' kepada Hafiey. Dia pernah terfikir, mungkin juga Izz memerangkap dirinya. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

Voice

Moo Jin-Hyuk (Jang Hyuk) was a popular detective who solved major cases, but after his wife was murdered by a serial killer his life spiraled down. He is filled with guilt that he was not able to protect his wife and he secretly looks for her killer.
Meanwhile, Kang Kwon-Joo (Lee Ha-Na) graduated at police academy with top marks. She began to work at an emergency 112 call center. Working there, a brutal murder case takes place and her father/police sergeant went to the crime scene. Her father is killed there and Kwon-Joo hears what happened over the phone. Afterwards, she goes to the U.S. to study and comes back to Korea as a professional voice profiler.
Detective Jin-Hyuk and Kang Kwon-Joo solve cases together. Chasing a serial killer responsible for the deaths of their family member.
Jang Hyuk
Moo Jinhyuk

Lee Ha Na
Kang Kwon Joo


Drama ini mengisahkan tentang pasukan panggilan kecemasan untuk menyelesaikan kes kecemasan yg diterima mereka seperti diancam pembunuhan, penculikan dan penderaan. Mereka perlu bertindak pantas supaya mangsa yg menelefon untuk meminta bantuan dapat diselamatkan segera.


Tiga tahun selepas kematian isterinya, Jinhyuk masih lagi rasa bersalah dan cuba memburu penjenayah tersebut. Kwan-joo yg kembali bertugas di situ menimbulkan perasaan marah pada Jihyuk sebab kenyataan yg dikeluarkan Kwan-joo di mahkamah tiga tahun yg lepas menyebabkan suspek utama pembunuhan isterinya terlepas dari hukuman. keadaan antara mereka semakin tegang bila Kwan-joo memilih Jinhyuk sebagai team leader untuk Golden Time Team yg membantu pasukan emergency call center.

Kwan-joo ada special ability yg mana dia boleh dengar bunyi yg orang biasa tak dapat dengar dan dia cuba bagitahu Jinhyuk penjenayah sebenar adalah orang lain dan dia juga bagitahu rahsia super hearing dia tu pada Jinhyuk. At first memang Jinhyuk langsung tak percaya tapi lama kelamaan dia mula percaya pada Kwan-joo lepas selesai beberapa kes.


so start dari situ, mereka mula menyiasat dan mencari pembunuh sebenar isteri Jinhyuk dan pembunuh ni juga dah bunuh beberapa orang tapi masalahnya orang atas cuba cover kes tersebut seolah pembunuh bersiri ni macam ada special connection dengan orang atas. geram juga aku dengan perangai polis dalam drama korea ni.


Dalam drama ni memang terlalu banyak scene yg mendebarkan lebih lagi bila mangsa kena kejar dan sembunyi dari penjenayah. tengok mangsa ni pun aku tak boleh nak imagine kalau berada dalam situasi dorang tu, menakutkan wei. rasa sesak nafas nak tengok mangsa berjaya selamatkan diri dari penjenayah atau tidak. mostly penjenayah dalam drama ni memang psycho habis.


lagi satu benda yg aku tak sanggup nak tengok dalam drama bila mangsa kena dera dan bunuh. bunuh dia bukan main tikam dengan pisau tapi dia hempuk dengan penukul ke apa tak tahu seriusly kejam giler tak sanggup nak tengok. disebabkan terdapat babak yg memaparkan keganasan yg melampau drama ni dinaikkan viewing rating daripada 15 years+ kepada 19 years+ so kepada budak-budak sila jangan tengok drama ni sebab akak pun tak sanggup tengok beberapa scene dalam drama ni.

Nak Cari Dan Download Drama Korea?


Aku memang suka download drama selalu juga dapat soalan kat mana nak download drama korea? dulu memang tak banyak sangat website untuk download dan untuk tengok online pun sangat susah tapi sekarang ni berlambak-lambak website yg ada tinggal pilih je siap dengan subtitle sekali.

1. DORAMAX264

(http://doramax264.com/)

Doramax264 ni memang tempat favourite untuk aku download drama dulu sebab boleh dapat video yg quality terbaik dengan size yg kecil. yg leceh pasal website ni kena cari subtitle sendiri sebab bukan semua drama yg dorang sediakan link untuk download subtitle. sekarang dah jarang untuk download kat sini lagi prefer website kat bawah ni, boleh tonton online dan juga ada download link sekali.

2. MYASIANTV


3. DRAMAFIRE


4. DRAMACOOL & DRAMANICE


(http://dramanices.com/)

dua website yg berbeza tapi video yg sama. dulu selalu confius bila buka dramanice sebab video dia dari dramacool. yg aku rajin buka website lately ni sebab tetiba banyak pula lakorn/drama thai yg dorang upload kat sini.

5. DRAMALOVE 


6. IKSHOW

favourite website untuk tengok korean variety show.


banyak lagi website lain tapi ini antara favourite aku untuk tengok dan donwload drama korea dan juga asian drama yg lain. Selamat melayan drama 😊

Final Review Missing Nine


drama Missing Nine ni baru habis so mau tulis sikit pasal drama ni. jujur cakap aku memang suka plot drama ni sangat interesting dan juga plot twist yg memang unexpected langsung. kadang macam sakit jiwa juga sebab tak sabar nak tengok next episode untuk tahu kisah selanjutnya. so lepas episode 12 aku memang stop kejap untuk tunggu drama ni habis tayang dan terus marathon je.

serius cakap episode 15 dah buat aku sakit hati pula tengok drama ni dan kecewa giler dengan last episode, walaupun dari awal drama ni dah boleh nampak banyak flaw sana sini tapi abaikan je sebab storyline dia memang best. last episode macam bagi aku lagi banyak question mark and seriusly dia dah bunuh banyak orang so apa jadi kat dia? last scene tu buat aku garu kepala fikir apa yg logiknya.

Tomorrow With You


Yoo Sojoon seorang time traveler yg boleh mengembara ke masa hadapan melalui train. Pada suatu hari, dia ternampak dirinya mati kemalangan pada masa hadapan dan seorang wanita turut mati pada yg sama. Sojoon tertanya siapa wanita yg mati bersamanya dan dia merasakan wanita tersebut mungkin menjadi kunci untuk menyelamatkanya. So Joon membuat keputusan untuk mencari wanita tersebut.

Song Marin seorang pelakon kanak-kanak yg pernah popular dengan nama panggilan Bap Soon. Kini dia meneruskan hidupnya sebagai photographer dan masih paranoid bila dengar orang panggil dia Bap Soon.

Lee Je Hoon
Yoo So Joon

The future has spoken, I will be marrying this woman

Shin Min Ah
Song Ma Rin

I married a time traveler


banyak drama korea yg buat konsep time travel so nak try tengok apa kelainan dalam drama ni. main reason aku tengok drama ni sebab Lee Je Hoon, lepas drama Signal nak tengok lagi drama dia, padahal sebelum tu tengok dia berlakon dalam Fashion King tak minat sangat pun kat dia.


dalam drama Tomorrow With You Lee Je hoon pegang watak Sojoon seorang time traveler,  yg boleh travel ke masa depan menggunakan train, dia tahu banyak benda yg berlaku pada masa depan tapi prinsip dia tak boleh libatkan diri dalam hidup orang lain. first episode dia cakap kena selamat perempuan yg bernama Song Marin so macam pelik dan curious juga cakap tak nak kacau hidup orang tapi nak menyibuk juga dah kenapa then baru tahu dia ada motif sendiri kenapa dia kena selamatkan Song Marin.


Bagi Song Marin pula, mestilah pelik bila orang yg tak kenal tetiba muncul dalam hidup dia dan ganggu dia. lama-lama bila selalu terserempak dengan Sojoon, Marin ni macam perasan sikit dan ingat Sojoon betul syok kat dia. Sojoon pula terus buat muka bila perempuan ni dah salah faham kenapa dia selalu follow Marin.


So joon ni memang kaya, walaupun masih muda dia dah ada real estate company sendiri dan semua tu bukan dapat sebab family dia kaya tapi sebab dia boleh tahu mengenai future. Walaupun dia guna kelebihan yg dia ada untuk kepentingan sendiri tapi ada beberapa rules time travel yg dia kena ikut antaranya tak boleh bertembung dengan diri dia sendiri kalau tidak kemungkinan besar dia akan hilang atau mati.


kalau tengok trailer drama ni dah boleh agak apa yg akan terjadi antara So Joon dan Ma Rin tapi bila start tengok drama dan muncul seorang lagi time traveler terus nampak drama ni jadi menarik, walaupun dia nampak rapat dan baik dengan Sojoon dah macam sifu Sojoon la juga tapi pacik ni macam ada agenda tersembunyi so tak sabar nak tahu dan apa kaitan dia dengan mereka berdua.