Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui (TV2)

Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui (TV2)

Telefilem : Pulang Yang Dirindui
Siaran : TV2
Tayangan : 31 Oktober 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Ku Fridah, Shaharuddin Thamby, Nur Albaniah, Zoey Rahman, Elisha Sandha, Zaki Azeman, Amanda Misbun

Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui

Mengisahkan Zahim yang terpaksa menyamar sebagai anak kepada Zaiton atau Mak Ton yang diambil dari rumah orang-orang tua demi untuk membahagiakan seorang ibu yang terlalu merindui anak-anaknya. 

Mak Ton pernah koma semasa berada di rumah kebajikan. Akibatnya, dia hilang ingatan sehingga tidak dapat mengingati wajah tiga orang anaknya.

Sinopsis Surat Dari Tuhan (TV3)

Surat Dari Tuhan (TV3)

Drama : Surat Dari Tuhan
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Rozie Rashid, Soula Nordin, PGRs Team
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 30
Pelakon : Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera, Sheila Mambo, Trisha Ooi, Wanns Ahmad, Qistina Raisah, Arash Mohd, Syefikk, Balkisyh Semundur Khan, Meor Mohd, Shahidan Izwan, Qayra El, Nik Ramly Rejab, Nada Nur Syahada


Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan (Samarinda TV3)

Tindakan memilih Misha (Janna Nick) membawa penderitaan kepada Ryan (Shukri Yahaya) dan membuat Rafilah (Sheila Mambo) berasa tersepit dalam kesedihan. Walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, Ryan masih membuka hati menerimanya sebagai isteri.

Uzair (Wanns Ahmad) adalah orang pertama yang cuba menghalang hubungan antara Ryan dan Misha daripada berputik semula, seolah-olah dia merasai apa yang akan terjadi. Rafilah juga tidak bersetuju dengan perkahwinan terburu-buru mereka, tetapi Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Hidup Ryan selepas berkahwin dengan Misha, 'menantu dari neraka' bersifat talam dua muka ini diterpa oleh seribu satu ujian. Misha tidak mempunyai rasa hormat dan sanggup menyakiti ibu mentuanya, sehingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri dan menantu.

Sebagai tanda janji kepada Rafilah, Ryan bersungguh-sungguh untuk membawa ibunya itu menunaikan umrah. Dengan usaha gigihnya, dia berjaya memiliki perniagaan kilang percetakan selepas mendapat kelulusan pinjaman perniagaan. Misha turut diberikan peluang untuk bekerja di sana.

Tanpa disedari oleh Ryan, mimpi buruk mengenai perlakuan Misha terhadap Rafilah menjadi kenyataan. Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha.

Semasa mereka menunaikan umrah bersama, selama mereka berada di Madinah, Misha bukan sahaja tidak membantu Rafilah untuk menjadikan perjalanannya lebih mudah, bahkan cuba menamatkan riwayatnya.

Keadaan semakin rumit bagi Ryan setelah kembali dari Mekah, apabila rakan kongsi perniagaannya melarikan wang syarikat. Suzana (Ummi Nazeera), seorang pelanggan setia Ryan, cuba membantu Ryan yang terjerumus dalam hutang.

Dalam menghadapi semua cabaran yang menimpa keluarganya, kehadiran Suzana membantu Ryan untuk mendapatkan ketenangan kembali.

Sinopsis Telefilem Jihad (TV2)

Sinopsis Telefilem Jihad (TV2)

Telefilem : Jihad
Produksi : Real Desire Production
Pengarah : Emdy Idris
Penulis Skrip : Fida Rohani
Siaran : TV2
Tayangan 30 Oktober 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Shaffiq Sahli, Dato' Amin Khan, Kamal Redzuan

Sinopsis Telefilem Jihad

Mengisahkan Jihad yang rindukan belaian seorang ayah. Jihad seorang anak angkat dan demi meraih kasih sayang seorang ayah dia telah melalui berbagai dugaan, menghadapi kebencian dan penghinaan. Namun dia tetap tidak mahu berputus asa dan terus berjuang untuk merasai nikmat kasih seorang ‘ayah

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya (TV3)

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya (TV3)

Telefilem : Bila Tiba Saatnya
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 22 Jun 2016
Pelakon : Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P.Ramlee, Kodi Rashid, Kamal Ibrahim, Ahmad Iswazir Ismail, Zulkifli Ismail

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya (TV3)

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Kisah dua individu yang meninggal dunia pada malam yang sama di dua tempat yang berbeza tapi dikebumikan di kampung halaman yang sama.

Rosman seorang yang suka mencuri dan tabung masjid juga tak terlepas dari menjadi mangsanya. Rosman pernah bersumpah dengan ibunya yang dia reda jika Allah mencabut nyawanya di masjid tersebut jika betul dia pencurinya.

Manakala Nazim pula seorang kaki botol walau bagaimanapun dia sudah bertaubat dan menjadi suami yang lebih bertanggungjawab. Nazim meninggal dunia di sebuah pusat karaoke kerana dipukul oleh seorang ganster.

Sinopsis Telefilem Kolam Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Kolam Cinta (TV3)

Telefilem : Kolam Cinta
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Murali Abdullah
Penulis Skrip : Rosmadewi
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 26 March 2016
Pelakon : Izreen Azminda, Keith Foo, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Mia Kesuma, Airil Azimi, Syafi Danish, Dato Ahmad Tarmimi Seregar, Aida Khalida

Sinopsis Telefilem Kolam Cinta

Mengisahkan Zairi lakonan Keith Foo, seorang kaki pancing dan selalu memancing di kolam berbayar  ikan siakap. Kesan luka hati yang menyusuk hatinya membuatkan dia lebih gemar bersendirian di samping melayan anaknya, Aiman yabg berusia 10 tahun.

Kehidupan Zairi berubah apabila dia bertemu dengan seorang wania.

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Telefilem : Aku Dan Adik
Produksi : Mermaid Studios
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 10 September 2016
Pelakon : Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Sahronizam, Adam Lee, Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik

Mengisahkan Pak Lokman (Sahronizam) yang kematiannya isterinya membuat keputusan untuk berpindah kembali ke kampung bersama dua orang anaknya, Eira dan Hanif. Eira dan Hanif mengikat janji untuk menyimpan segala rahsia agar tidak menambahkan lagi kesedihan ayah mereka.

Hanif sangat rapat dengan kakaknya Ira. Ira yang cerdik dijangka dapat membantu keluarga mengubah hidup. Tanpa disangka, Hanif mendapat keputusan cemerlang dan mendapat tawaran menyambung pengajian ke maktab penguruan.

Suatu hari, Eira mendapati dirinya mengandung dan meminta Hanif menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan ayah mereka. Hal ini menyebabkan Hanif mengambil keputusan untuk menangguh pengajiannya.

Pak Lokman yang tidak tahu rahsia yang tersimpan antara anak-anaknya menyangka Hanif berbuat demikian kerana risau dengan masalah kewangan.

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV9)

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV9)

Telefilem : Hantu Penunjuk Jalan
Produksi : Layar Consult Sdn Bhd
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : Shahnas Putra, Team Cakerawala Seni
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 25 Mei 2020
Pelakon : Bella Dally, Izzue Islam, Faiz Tapaw, Shashaa Raman, Razzuan Rosli

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV9)

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan

Mengisahkan Lin (Bella Dally) seorang influencer atau pempengaruh media sosial yang popular membuat rancangan untuk mengulas mengenai Kampung Naga yang mempunyai kisah mistik yang tersendiri.

Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. 

Lin yang berada di kampung tersebut kebetulan bertemu dengan Jay (Izzue Islam) yang merupakan seorang pemandu e-hailing telah tersesat jalan setelah menghantar penumpangnya.

Baca juga:

Lin dan Jay melalui pelbagai pengalaman seram berusaha mencari jalan untuk keluar dari kampung tersebut. Dalam masa yang sama cinta mula berputik antara Lin dan Jay.

Sinopsis Telefilem Yang Soleh (TV2)

Yang Soleh (TV2)

Telefilem : Yang Soleh
Produksi : Nur TV Production
Pengarah : Pekin Ibrahim
Idea Asal : Allahyarham Nurhalim Haji Ismail
Siaran : TV2
Tayangan Asal : 9 Mei 2022
Pelakon : Naque Ariffin, Zaidi Omar, Wan Maimunah, Namron, Ogy Ahmad Daud, Mona Allen

Sinopsis Telefilem Yang Soleh

Mengisahkan Imran yang mahu mengabdikan hidupnya dengan berkhidmat sepenuh kepada datuk dan neneknya iaitu Ngah Yunos dan Yong Karimah.

Hal ini kerana, mereka adalah insan yang bersusah payah membesarkan Imran selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika Imran masih bersekolah.

Sinopsis Telefilem Dalam Kasut (TV9)

Sinopsis Telefilem Dalam Kasut (TV9)

Telefilem : Dalam Kasut
Produksi : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Didi Wahida
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 3 Disember 2016
Pelakon : Zamarul Hisham, Khir Rahman, Azizul Ammar, Watie Sadali, Indah DFKL, Juwita Johari, Miera Sheikh

Sinopsis Telefilem Dalam Kasut

Mengisahkan Azhar yang baru gagal dalam perniagaannya dan merayau tanpa hala tuju sehinggalah suatu hari dia terjumpa Salleh yang bekerja sebagai tukang kasut. Azhar ingin bekerja dengan Salleh dan tidak kisah dengan upah yang diberi.

Salleh sendiri hidup dalam keadaan serba kekurangan dan perlu menyara isteri dan anaknya yang masih sekolah. Namun melihat Azhar yang dalam keadaan terdesak, Salleh setuju untuk membantu Azhar dengan upah yang tidak seberapa.

Suatu hari, Mira yang merupakan isteri kepada Salleh melarikan diri dari rumah kerana tidak dapat bertahan lagi hidup dalam kemiskinan dan kesihatan Salleh juga semakin merosot. Azhar berjanji untuk menjaga anak Salleh kerana terhutang budi dengan kebaikan Salleh yang membantunya sebelum ini.

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular (TV3)

Telefilem : Gadis Kampung Paling Popular
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 17 Disember 2023
Pelakon : Janna Nick, Ezad Jasmin, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Daim Jailani, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular

Mengisahkan Maya seorang gadis kampung yang suka menyanyi tapi sangat malu. Mak Eton, ibunya menghantar Maya bekerja di butik milik Safidah di bandar supaya Maya dapat menimba pengalaman.

Apabila tinggal di bandar besar, Maya telah mengubah penampilan dan gaya hidupnya menjadi gadis urban dan mahu dikenali sebagai Lady Wawa. Maya juga telah menjadi youtuber terkenal dan kemudiannya bertemu dengan Azad yang dalam diam menyukainya.

Azad menyatakan Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan tidak jujur membuatkan Maya berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya. Apa yang berlaku seterusnya?

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A (TV3)

Cinta Gred A TV3

Telefilem : Cinta Gred A
Produksi : Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pengarah : Khalid Nadzri
Penulis Skrip : Kamariah Osman
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Ogos 2023
Pelakon : Syafie Naswip, Elisya Sandha, Sharifah Shahirah, Kodi Rasheed, Nik Adam Mika, Zulkifli Ismail, Kay Maria

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A (TV3)

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A

Mengisahkan Ameer seorang pelajar dekan setiap semester dan selalu merasakan dirinya bagus. Namun pada semester akhir, Ameer berdepan pelbagai cabaran apabila mengambil subjek Dr Arman yang sangat cerewet dan tidak mudah untuk berkompromi.

Dr Arman telah membahagikan pelajarnya pada kumpulan tertentu dan Ameer telah mendapat Mira dan Kak Jai yang prestasi mereka kurang bagus sebagai ahli kumpulannya.

Ameer bimbang prestasinya juga akan menurun kerana Mira dan Kak Jai tidak boleh diharap dalam mengendalikan projek kumpulan. Ameer merasakan dirinya sudah cukup bagus tanpa pendulikan perasaan ahli kumpulannya.

Pelbagai dugaan yang dihadapi Ameer sepanjang menyiapkan projek akhirnya membuat Ameer sedar bahawa sebenarnya Mira dan Kak Jai telah banyak membantunya dalama bahagian lain.

Sinopsis Telefilem Jangan Panjat Pagar Itu (TV1)

Jangan Panjat Pagar Itu (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Jangan Panjat Pagar Itu
Produksi: Hundo Kreatif Sdn Bhd
Pengarah: Paly Ishak
Penulis Skrip: Amira Zahra, Paly Ishak, Hafizee Hatta
Siaran : TV
Tayangan : 14 Oktober 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon: Jalil Hamid, Kenji Sawahi, Sathiya, Hafizee Hatta, Dboy Hamdan, Putera Qamarul

Sinopsis Jangan Panjat Pagar Itu

Kisah tiga orang sahabat baik yang tinggal di rumah warga emas iaitu Rahmat, Boon dan Jaya. Sempena hari lahir Rahmat, Jaya dan Boon berhasrat akan menunaikan apa saja permintaan sahabat mereka itu.

Rupa-rupanya Rahmat menyimpan keinginan mahu bebas dan lari dari rumah warga emas tempat mereka tinggal. Meskipun ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil, mereka bertiga memutuskan untuk melarikan diri dari situ. Mereka lari tanpa membawa sebarang pengenalan diri.

Kehilangan mereka akhirnya disedari warden rumah warga emas itu. Warden tersebut telah meminta bantuan Inspektor Betul untuk mencari mereka bertiga. Pelbagai insiden berlaku sepanjang pencarian menjejak tiga sahabat itu. 

Akhirnya mereka dijumpai di rumah Che Yah. Namun siapakah Che Yah? Apakah hubungan mereka dengan wanita tersebut?

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)

Telefilem : 5 Kali Cinta
Produksi : Tenview Sdn Bhd
Pengarah : Amie Maziah
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 30 Mei 2015
Pelakon : Izreen Azminda, Johan As'hari, Fezrul Khan, Hafreez Adam, Iqram Dinzly, Nazrief Nazri, Riz Amin, Kay Maria, Emelie Hanif

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)
Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta (TV3)

Sinopsis Telefilem Lima Kali Cinta

Mengisahkan Ayuni (Izreen Azminda) seorang gadis cantik dan bekerja sebagai pereka fesyen telah dilamar Zarif (Johan Ashari), seorang mekanik, tapi Ayuni bimbang Zarif bukanlah calon suami terbaik untuknya kerana merasakan kerjaya Zarif tidak menjamin masa depan.

Rakannya Shila mencadangkan Ayuni berjumpa bekas-bekas kekasihnya. Ayuni berjuma dengan semua bekas kekasihnya untuk membuat perbandingan. Siapakah yang menjadi pilihan sebagai calon suami Ayuni?

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Telefilem : Jangan Ambil Botol Itu
Produksi : Tinta Unik Sdn Bhd
Pengarah : Shuhaimi Lua
Siaran : TV9
Tayangan Asal : 4 Januari 2015
Pelakon : Hairul Azreen, Nadzmi Adhwa, Jalil Hamid, Rashidah Jaafar, Wan Ahmad, Izzmad Harun, Wans Ahmad, Shahrzril Ahmad, Fert Jasni, Sheeda Ali, Syafiq Kyle, Ben Amir, Zaidi Rock

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

Sinopsis Telefilem Jangan Ambil Botol Itu

Mengisahkan Jamal (Hairul Azreen) anak kepada Lebai Tahir (Jalil Hamid) seorang imam dan penceramah yang dihormati di kampung mereka.

Namun sikap Jamal sangat berbeza dan nakal, walaupuun telah dihantar belajar di sekolah agama, Jamal lebih suka melepak dengan kawan-kawan di kampung yang suka berpeleseran. Selepas tamat sekolah, sikap Jamal juga masih lagi belum berubah dan malas mencari kerja.

Pada suatu hari, Jamal tidak menyedari rakannya Jizan (Nadzmi Adhwa) telah memberikan pil yang boleh membuatkannya berkhayal. Jamal pula telah tersalah masukkan pil khayal tersebut ke dalam botol minuman bapanya dan Lebai Tahir telah membawa botol tersebut untuk memberi ceramah.

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman (TV3)

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman (TV3)

Telefilem : Doktor Idaman
Produksi : Mermaid Studios
Pengarah : Liyana Jasmay
Penulis Skrip : Fatin Syamimie
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 3 April 2022
Pelakon : Bella Astilah, Nadiya Nisaa, Azrel Ismail, Dee Alhadi, Nik Rafaie

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman (TV3)

Sinopsis Telefilem Doktor Idaman

Mengisahkan tiga wanita iaitu Sara (Nadiya Nisaa), Meen (Bella Astillah) dan Dada (Dee Alhadi) yang telah jatuh hati pada seorang doktor kacak bernama Imal (Azrel Ismail) yang bekerja di Klinik Idaman.

Mereka bertiga sangat menyukai Doktor Imal dan berusaha mendapatkan perhatian lelaki tersebut namun hanya seorang sahaja yang berjaya mencuri hatinya.

Adakah mereka jatuh sakit atau sebenarnya jatuh cinta? Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Doktor Imal?

Sinopsis Telefilem Benua (TV2)

Sinopsis Telefilem Benua (TV2)

Telefilem : Benua
Siaran : TV2
Tayangan : 7 Oktober 2023
Masa : Sabtu 10.30 Malam
Pelakon : Nadia Brian, Aliff Hadi, Ayez Shaukat-FonsekaFarid, Zaidie Rustam, Najah Hassan, Nurul Sofia

Sinopsis Telefilem Benua (TV2)

Sinopsis Telefilem Benua

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Edan yang sedang membangunkan Teknologi yang mampu mengurangkan pembaziran air, tanah dan bahan mentah di dunia yang dinamakan sebagai BENUA. Berjayakah Edan dengan projeknya itu?