Sinopsis Telefilem Cinta Gred A (TV3)

Cinta Gred A TV3

Telefilem : Cinta Gred A
Produksi : Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pengarah : Khalid Nadzri
Penulis Skrip : Kamariah Osman
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Ogos 2023
Pelakon : Syafie Naswip, Elisya Sandha, Sharifah Shahirah, Kodi Rasheed, Nik Adam Mika, Zulkifli Ismail, Kay Maria

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A (TV3)

Sinopsis Telefilem Cinta Gred A

Mengisahkan Ameer seorang pelajar dekan setiap semester dan selalu merasakan dirinya bagus. Namun pada semester akhir, Ameer berdepan pelbagai cabaran apabila mengambil subjek Dr Arman yang sangat cerewet dan tidak mudah untuk berkompromi.

Dr Arman telah membahagikan pelajarnya pada kumpulan tertentu dan Ameer telah mendapat Mira dan Kak Jai yang prestasi mereka kurang bagus sebagai ahli kumpulannya.

Ameer bimbang prestasinya juga akan menurun kerana Mira dan Kak Jai tidak boleh diharap dalam mengendalikan projek kumpulan. Ameer merasakan dirinya sudah cukup bagus tanpa pendulikan perasaan ahli kumpulannya.

Pelbagai dugaan yang dihadapi Ameer sepanjang menyiapkan projek akhirnya membuat Ameer sedar bahawa sebenarnya Mira dan Kak Jai telah banyak membantunya dalama bahagian lain.

No comments:

Post a Comment