Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Telefilem : Aku Dan Adik
Produksi : Mermaid Studios
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 10 September 2016
Pelakon : Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Sahronizam, Adam Lee, Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik (TV3)

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik

Mengisahkan Pak Lokman (Sahronizam) yang kematiannya isterinya membuat keputusan untuk berpindah kembali ke kampung bersama dua orang anaknya, Eira dan Hanif. Eira dan Hanif mengikat janji untuk menyimpan segala rahsia agar tidak menambahkan lagi kesedihan ayah mereka.

Hanif sangat rapat dengan kakaknya Ira. Ira yang cerdik dijangka dapat membantu keluarga mengubah hidup. Tanpa disangka, Hanif mendapat keputusan cemerlang dan mendapat tawaran menyambung pengajian ke maktab penguruan.

Suatu hari, Eira mendapati dirinya mengandung dan meminta Hanif menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan ayah mereka. Hal ini menyebabkan Hanif mengambil keputusan untuk menangguh pengajiannya.

Pak Lokman yang tidak tahu rahsia yang tersimpan antara anak-anaknya menyangka Hanif berbuat demikian kerana risau dengan masalah kewangan.

No comments:

Post a Comment