Novel | Pink Smile by Luna Adresia


Novel : Pink Smile
Penulis : Luna Adresia
Muka Surat : 608
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : September 2016


Novel Pink Smile mengisahkan Luna yg sangat meminati Kaz, pemilik Duncan Coffee House. bila dah minat tu biasalah hampir setiap hari Luna singgah beli kopi di situ semata-mata nak usha Kaz dari jauh. nasib baik juga menu di Duncan ni sedap-sedap belaka, so sambil mencuci mata tu bolehlah menjamu selera sekali. satu penyakit Luna ni, dia tak boleh bertentang mata dengan Kaz sebab nanti kena panic attack sampai pengsan bagai. serius cakap watak Luna ni comel giler.

Kaz pula sangat busy dengan kerjanya menguruskan Duncan CoffeeHouse pada masa yg sama dia juga seorang kartunis. Kaz sebenarnya tak ada masa untuk fikir soal cinta bila ada perempuan cuba nak rapat mulalah dia rasa rimas dan nak lari jauh-jauh. walaupun Kaz agak rimas dengan Luna tapi kerana Luna juga tercipta menu Pink Smile dan tanpa sedar juga Kaz dah mula jatuh cinta pada Luna.

Quote yg comel dalam buku ni:

  1. Pink Kite - I think I like you.
  2. Trucker, ripped jean & blank shirt - I think  I'm attract to you.
  3. Quotes all over the ceramic plate/mug - I  think I admire you.
  4. Mini milo doughnut - I think I adore you.
  5. Cold smile - I'm melting.
  6. Warm smile - I'm flying.
  7. The look in your eyes - Dude, I'm falling.
- LUNA -

Ever wonder how Pink Smile got it's name? I saw a girl in pink smile, it's her pink braces to be precise. I love Pink Smile.
- KAZ -

aku tertarik beli novel ni sebab tengok cover dan tajuk dia yg comel dan tak rasa rugi pun beli sebab jalan ceritanya sangat simple dan santai plus watak Luna ni sangat comel. selain itu juga gaya bahasa penulis juga buat aku rasa lagi seronok baca kisah Kaz dan Luna. novel yg ringan dan tak ada konflik yg berat untuk rasa emo terlebih..haha

Baca juga: Novel Orkid Serena oleh Luna Adresia

Follow my blog with Bloglovin

22 comments:

  1. Macam comel je novel nih. Tajuk pun dah comel "Pink smile" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tajuk pun dah tersenyum sendiri..hihi

      Delete
  2. Comel sgt2 cover buku tu. Bila baca quote tu pun rasa comel je. 😊

    ReplyDelete
  3. macam best plak novel ni. pernah baca novel Lynn Dayana? semua novel dia best2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar nama author tu tapi rasanya tak pernah baca novel dia.

      Delete
    2. nanti try baca, best 😉

      Delete
    3. baiklah nanti kalau jumpa akak try baca ye 😊

      Delete
  4. Tgk cover aje pown dah rasa nak beli.. Comel gile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya tengok cover dia terus beli..hahaha

      Delete
  5. Alamak.. sweetnya.. Tajuk dia memang mampu menarik.. Ni kena cari..

    ReplyDelete
  6. comey sangat design kulit tu ^_^

    ReplyDelete
  7. alamak , kena cari ni. Kau tunggu. Esok lusa aku cari. Haha

    ReplyDelete
  8. cover novel comel.. jalan cerita pon comel.. haha..
    dh lama xbc novel.. rindunya nk jd penggila novel balik.. huhu

    ReplyDelete
  9. cover tu pun dh menarik minat..apatah lagi nak baca kan

    ReplyDelete
  10. Comel sangat ceritanya, tak biasa, teringat zaman sekolah dulu, hihi..

    ReplyDelete
  11. Such a cute title! hehe ;) Cover buku pun nampak comel!

    ReplyDelete
  12. mama tgk cover dia pun rasa tertarik

    ReplyDelete
  13. sweet je covernya. dah lama tak baca novel ni..

    ReplyDelete
  14. Suka la nama Luna ni. Macam comel je orangnya..

    www.nurzariniismail.com

    ReplyDelete