Sinopsis Telapak Waktu (TV9)

Sinopsis Telapak Waktu (TV9)

Telefilem : Telapak Waktu
Produksi : Primework Studio
Pengarah : Raja Mukhriz
Idea Asal : Sheikh Afzal
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 30 Mac 2019
Pelakon : Hazama, Wanna Ali, Rosnah Johari, Sharifah Shahora, Aman Graseka, Kodi Rasheed, Amka Shahal

Sinopsis Telefilem Telapak Waktu

Mengisahkan Syafiq lakonan Hazama, seorang anak yang suka melawan ibu bapany dan gemar menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak dengan geng motornya. 

Suatu hari, Syafiq terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dijaga rapi oleh seorang gadis bernama Cempaka (Wanna Ali). Setelah sembuh, Syafiq kembali semula ke pangkuan keluarganya dan berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Syafiq yang sudah terjatuh cinta dengan Cempaka pergi semula ke kampung tersebut untuk mencari Cempaka namun dia baru menyedari kampung tersebut tidak wujud.

Sinopsis Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Sinopsis Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Telefilem : Rekah Di Jari Kak Long
Produksi : Early Bird Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : TV2
Tayangan : 30 Januari 2024
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Nazeera Sardi, Beto Kusyairy, Putri Qaseh Izwandy, Mzul Helmy, Ayu Ayuni, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Zainol Ismail, Hakimi Rejab, Azeman Ani, Ghazali Isa, Jismani Hassan, Faris Ebni

Sinopsis Telefilem Rekah Di Jari Kak Long 

Mengisahkan Kak Long (Nazeera Sardi) menggalas tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga setelah ayahnya jatuh sakit. Dia menoreh getah bagi menanggung ayah dan adik-adiknya. 

Suatu hari, Kak Long dirisik oleh Syafik (Beto Kusyairy) namun dia kecewa kerana Syafik menghilangkan diri semasa hari pernikahan mereka sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia. Lukman yang menaruh hati pada Kak Long telah membuat fitnah sehinggakan Syafik percaya bahawa Kak Long bukan perempuan yang baik.

Review Telefilem : Rekah Di Jari Kak Long

Sinopsis Maaf Dari Khilaf (TV3)

Maaf Dari Khilaf (TV3)

Telefilem : Maaf Dari Khilaf
Produksi : ZK Creative Production
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Hatta Middi
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 12 Mei 2019
Pelakon : Zamarul Hisham, Tiz Zaqyah, Elly Mazlein, Indah Emeerlda, Ako Mustapha, Rosnah Mohd Aris, Ustaz Dinie Juri, Nik Alias Seman, Sherry Aljeffri

Sinopsis Maaf Dari Khilaf (TV3)

Sinopsis Telefilem Maaf Dari Khilaf

Mengisahkan pasangan suami isteri, Bakar (Zamarul Hisham) dan Salimah (Tiz Zaqyah) yang gembira menanti kelahiran anak mereka selepas berkahwin selama 15 tahun berakhir dengan tragedi tragis apabila Salimah keguguran.

Bakar mahu mencari individu yang mencampak sampah dari tingkat atas flat rumahnya yang menyebabkan Salimah menjadi mangsa angkara individu tidak bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, jiran mereka Rosnah (Elly Mazlein) berasa amat bersalah kerana dia tahu siapa pelakunya.

Sinopsis Sayang Suria (TV3)

Sayang Suria (TV3)

Telefilem : Sayang Suria
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 2015
Pelakon : Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda

Sayang Suria (TV3)

Sinopsis Telefilem Sayang Suria

Mengisahkan Suria (Janna Nick) seorang gadis yang menghidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) atau lupus berkenalan dengan Rykal (Hafeez Mikail) apabila belajar di universiti yang sama tapi berbeza fakulti.

Suria dan Rykal berkawan baik dan kemudian saling jatuh cinta namun percintaan mereka tidak direstui oleh keluarga kerana mereka masih muda. Hal ini menyebabkan Suria dan Rykal mengambil keputusan untuk kahwin lari.

Malangnya keadaan kesihatan Suria semakin teruk dan memerlukan rawatan segera. Keluarga mereka menggunakan peluang ini untuk memisahkan Suria dan Rykal. 

Sinopsis Penunggu Simpang (TV9)

Sinopsis Penunggu Simpang (TV9)

Telefilem : Penunggu Simpang
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Along Kamaludin
Idea Asal : Eddy Imran Bin Mohamed Zokry
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 23 Mac 2019
Pelakon : Aiman Tino, Jaja Iliyes, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie

Sinopsis Telefilem Penunggu Simpang

Satu pembangunan dirancang di sebuah kampung Simpang-Simpang. Ada penduduk kampung yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan projek tersebut. Tidak lama kemudian muncul hantu Penunggu Simpang yang mengganggu penduduk dan pekerja di situ.

Adakah Penunggu Simpang itu wujud atau ada yang merancang untuk sabotaj projek pembinaan yang dilakukan di situ?

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV9)

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV9)

Telefilem : Bagaikan Sumayyah
Siaran : TV9
Tayangan : 25 Januari 2024
Masa : Khamis | 8.30 Malam
Pelakon : Fasha Sandha, Dato Rahim Razali, Jue Aziz, Wan Maimunah, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Yalal Chin, Normah Damanhuri 

Sinopsis Bagaikan Sumayyah (TV9)

Sinopsis Telefilem Bagaikan Sumayyah

Mengisahkan Shamsiah (Fasha Sandha) yang menjadi mangsa kerakusan nafsu jahat Tuan Razak (Dato Rahim Razali), cuba bangkit untuk mencari keadilan dan menyedarkan masyarakat sekeliling siapa sebenarnya Tuan Razak. 

Tuan Razak adalah seorang dermawan dan orang berada di kampung dan banyak membantu mereka yang susah dan sangat berpengaruh. Dalam pada itu, Tuan Razak mengambil kesempatan menodai gadis yang bekerja dengannya. 

Walaupun berhadapan dengan dugaan dan tentangan termasuk ibu bapanya, Shamsiah terus tabah dan meneruskan hidupnya dengan berkahwin dengan pilihan keluarga, Johan.

Sinopsis Crush Pilihan Mama (Astro Ria)

Sinopsis Crush Pilihan Mama (Astro Ria)

Telefilem : Crush Pilihan Mama
Pengarah : Noorsyahida
Penulis Skrip : Farah Bani
Siaran : Astro Ria 104
Tayangan : 26 Januari 2024
Masa : Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Hariz Hamdan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Fazlina Ahmad Daud

Sinopsis Crush Pilihan Mama (Astro Ria)

Sinopsis Telefilem Crush Pilihan Mama

Mengisahkan Nadia yang pada mulanya tidak mahu mengahwini lelaki pilihan ibunya bersetuju untuk mengahwini lelaki tersebut dan meninggalkan teman lelakinya, Kyle.