Pengalaman Tampal Gigi di Klinik Swasta


tahun lepas waktu pergi cuci gigi atau scaling, doktor bagitahu yg ada 2 gigi aku berlubang dan suruh tampal tapi sampai kesudah aku malas nak pergi. awal bulan oktober gigi yg hujung sebelah kanan dah start berdenyut, walaupun tak sakit sangat tapi risau juga bila tengok dah berlubang besar. sila jangan contoh perangai aku yg malas nak jumpa dentist.

so, hari jumaat minggu lepas baru ada kesempatan ajak adik teman sekali pergi jumpa dentist. kalau musim covid ni biasalah ikut sop kena sign borang kesihatan pastu doktor akan tanya ada sakit dan kontak rapat dengan covid. then proceed.

ini first time aku datang ke Klinik Pergigian Izznara, sebelum ni adik ada datang dia cakap ok je lagipun jauh nak menapak klinik gigi yg aku selalu pergi tu. kalau korang di Alor Setar boleh google kat mana tempat dia.

walaupun ini kali kedua tampal gigi berlubang aku still cuak giler sampai assistant tu tanya aku takut ke..haha jangan ditanya wei aku bukan takat dentist, jumpa doktor nak check demam pun nervous juga sebab tu kalau tak serius sangat jangan harap aku nak pergi klinik.

sebenarnya ikut condition gigi juga, kali ini aku tampal pun tak sakit tapi tak selesa bila dengar segala bunyi mesin tu. kena pula gigi paling hujung memang jenuh nak mengangga. rawatan pun tak lama maybe dalam 10-15 minit selesai. cuma itulah ada satu lagi gigi sebelah kiri nak kena tampal, bila nak pergi pun tak tahulah.

aku baru tahu gigi bongsu aku belum tumbuh lagi, bila doktor tanya pernah cabut gigi tak so bagitau la tak pernah terus doktor cakap gigi bongsu belum tumbuh. pelik juga aku dah masuk 30 rupanya ada lagi gigi yg masih terbantut. ingatkan gigi yg kenal tampal tu gigi paling bongsu. nak tanya gigi bongsu korang tumbuh umur berapa ye?

ok itulah pengalaman aku menampal gigi berlubang untuk kali kedua.

16 comments:

  1. Sesungguhnya sayalah salah sorang yang takut nak jumpa dentist hehehe

    ReplyDelete
  2. dik akak yang dah tua ni pun gigi bongsu tu masih tak abis tumbuh tau... seksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni tak tahu ada gigi belum tumbuh lagi. scary pula bila fikir sakit dia tu..huhu

      Delete
  3. Adoi.. tak ingat pula umur berapa tumbuhnya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Dina punya gigi bongsu belah kiri tumbuh suku sahaja. hahahah pelik. kanan belum tumbuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. okla tu dah tumbuh satu, saya pula dua-dua belum lagi..hehe

      Delete
  5. Bab gigi ni ummi baru je cabut gigi ritu...adoi berdesing klu gigi berlubang.. bab gigi bongsu ummi da tumbuh dah.. hehe..tp nk tumbuh tu satu bdn sakit๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. scary bila nak bayangkan dia punya sakit tu..huhu

      Delete
  6. saya pon gg bongsu tak tumbuh lagi..hehehe biasalah tu..

    ReplyDelete
  7. Sama gigi bongsu tidak tumbuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. omg!! i tatau la if gigi bongsu i dah tumbuh ka belom... then i pun ada gigi nak kena tampal but covid ni rasa malas nak pergi hmmm byk SOP sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOP dia tak renyah sgt just make sure jangan demam atau ada gejala lain. biasalah pergi mana sekarang pun memang kena hati-hati.
      i pun ada lagi gigi nak kena tampal tapi tak tahu nak pergi bila pula. malas wei..haha

      Delete
  9. salah satu gigi bongsu aida da dicabut pun, tiara. sebab ia tumbuh tak betul. so, sakit :(
    gi klinik. doktor adviced utk cabut je.
    tak pasti bila tumbuh semua gigi bongsu tu. tau tau ada dah hi hi hi...

    ReplyDelete