Review Novel | Partner in Love oleh Sophia

Review Novel | Partner in Love oleh Sophia

Novel : Partner in Love
Penulis : Sophia
Helaian : 364
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2022

Partner in Love mengisahkan Khalisa, gadis janitor di sebuah hospital yang berkawan baik dengan seorang pesakit di situ yang dipanggil Pak Cik Ariffin. sebelum meninggal, Pacik Ariffin sempat bagi satu task pada dia untuk membantu anaknya, Dr Rayyan menyelesaikan teka-teki berkaitan dengan latar belakang Ariffin yang Rayyan sendiri sejarah dan asal-usul bapanya.

Untuk menyelesaikan teka-teka tersebut, Khalisa dan Rayyan semakin rapat dan mereka juga membuat keputusan untuk berkahwin bagi melengkapkan task seterusnya mengembara ke keliling dunia untuk mencari klu dan menyelesaikan teka-teki yang diberi oleh Ariffin.

Review Novel | Partner in Love oleh Sophia

Yang best pasal buku ni adalah part teka-teki dan misteri tu seriusly aku tak boleh nak teka apa yang cuba disampaikan oleh Pacik Ariffin ni. bila Khalisa dan Rayyan dapat satu demi satu klu so kita pun dalam masa yang sama dapat juga susun puzzle yang diberikan. watak Khalisa juga sangat menarik sebab dia yang menjadi kunci dalam menyelesaikan setiap misteri yang diberikan.

dipendekkan cerita, perjalanan Khalisa dan Rayyan ini adalah mencari asal-usul sejarah keluarganya yang bapanya sendiri tak pernah ceritakan dan di penghujung cerita ni sebenar ada kaitan juga dengan wasiat Pacik Ariffin yang menjadi rebutan satu pihak lagi.

something yang kurang pasal buku ni adalah watak yang ada tidak dikembang dengan baik begitu juga dengan jalan cerita so dari segi emosi, tak berapa nak sampai. buku ni bagi aku terlalu fokus pada misteri dan teka-teki tu, tahu-tahu dah sampai tempat tu tahu-tahu dah jumpa klu tu. memang laju cerita dia, best game pacik Ariffin ni tapi macam nak cakap ye, macam kita tak attach dengan watak tak absorb ke dalam cerita dia gitu. 

but overall, buku yang menarik untuk dibaca. siapa yang suka buku pasal game dan misteri bolehlah try baca buku Partner in Love. :)

**MY RATING : ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga : 

Review Novel | I'm Yours oleh Anna Lee


Novel : I'm Yours
Penulis : Anna Lee
Helaian : 383
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : March 2022

Sinopsis I'm Yours - Anna Lee


I'm Yours mengisahkan Soraya yang berpindah ke villa pusaka milik neneknya bersama dua orang anaknya iaitu Mawar dan Jebat setelah bercerai dan tidak mampu menanggung kos hidup di bandar.

Soraya baru mengetahui yang dia akan menjadi pemilik villa itu secara sah jika memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu jika tidak hak milik villa tersebut akan berpindah kepada ibu saudaranya, Mak Su Rina yang sudah lama berangan untuk memiliki rumah agam di tepi pantai itu.

Antara syaratnya Suraya harus berkahwin so untuk mempertahankan haknya, Soraya membuat kontrak kahwin dengan Remi, lelaki yang mempunyai penampilan selekeh dan dikatakan kutu rayau oleh penduduk kampung.


Review I'm Your Anna Lee


Novel Anna Lee kali ini mengenai kahwin kontrak nampak macam klise tapi tak sangat sebabnya watak utama dalam buku ni sangat matang. walaupun luarannya Remi nampak selekeh macam orang tak ada masa depan tapi bila dia bercakap nampak sangat matang boleh lihat cara dia jaga Soraya dan handle anak-anak tirinya.

Soraya pula bukan mudah nak mulakan hidup baru sebagai ibu tunggal bila mana sebelum ini dia seorang suri rumah sepenuh masa dan bekas suaminya pula kemain kira nak bagi duit nafkah. selepas berkahwin dengan Remi, nampak dia lebih bahagia dan confident.

Persoalannya dalam novel I'm Yours adalah siapa sebenarnya Remi dan apa yang menyebabkan Soraya melarikan diri dari kampung dulu.

tak susah sangat nak teka pasal Remi sebab penulis bagi hint sedikit demi sedikit, benda yang Remi cakap tu actually memang pasal diri dia cuma Soraya sahaja tak ambil serius ingat Remi sengaja reka cerita. tapi sebenarnya ada plot twist juga nak penulis bagi dalam buku, bab ni memang aku pun tak expect. so overall, nice story.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Baca juga : 

Family Mart Sudah Dibuka di Alor Setar

Family Mart Sudah Dibuka di Alor Setar

Sebelum ni ada dengar yang Family Mart akan dibuka di Alor Setar tapi lokasinya belum diumumkan. Pastu ternampak kat facebook, Family Mart secara rasminya telah dibuka di Alor Setar lokasinya di C-Mart belakang Menara Alor Setar, tepi Blackwood cafe dan sebelah Subway.

Dulu aku rajinlah singgah kat sini sebab suka shopping barang dapur di CMART, bila CMART dah berpindah tempat memang tak pernah jejak kaki dan ambil tau perubahan kat situ.

belum kesempatan lagi nak pergi Family Mart, dengarnya rak banyak kosong sebab ramai sangat datang serbu so kita tunggu keadaan reda dulu, nanti sis pula nak serbu beli Oden dan try aiskrim kat situ..hehe

Family Mart Sudah Dibuka di Alor Setar

Cawangan kedua juga bakal dibuka di Alor Setar, lokasinya di Stesen Minyak Caltex Tandop. so lepas ni orang Kedah yang teringin nak makan makanan jepun di Family Mart tak payah susah-susah pergi jauh, kat Alor Setar pun dah ada.

Review Novel | Lelaki Introvert oleh Dilla Ahmad

Review Novel | Lelaki Introvert oleh Dilla Ahmad

Novel : Lelaki Introvert
Penulis : Dilla Ahmad
Helaian : 559
Penerbit : AA Idea Publication
Terbitan : Disember 2020

Lelaki Introvert mengisahkan Naura yang dipaksa kahwin dengan Ryan, anak kenalan bapanya tapi dia tak suka pilihan bapanya makanya dia sabotaj majlis sendiri dan buat rancangan yang akhirnya menyebabkan bapanya terpaksa kahwinkan Naura dengan abang angkatnya, Hazeel.

Hazeel tak ada perasaan cinta pada Naura tapi dia setuju saja bila Naura suruh dia ganti tempat Ryan sebab dalam diam juga Hazeel sebenarnya ada perasaan pada Naura. bermulalah kisah cinta mereka selepas kahwin.

Perkahwinan mereka bahagia tapi banyak konflik dari orang luar cuba mengganggu hubungan mereka terutama sekali kakak Naura, Nuha yang dah lama suka pada Hazeel. muncul juga keluarga Hazeel yang mahu Hazeel berkahwin dengan sepupunya kononnya wasiat dari arwah ibunya.

tersingkap juga rahsia yang disimpan Hazeel selama ini yang membongkar kisah gelap parent mereka.

Review Novel | Lelaki Introvert oleh Dilla Ahmad

jalan ceritanya bagi aku ok laa tapi konflik dari orang luar seriusly menyampah giler sebab macam Nuha ni nak dapat something sampai obsess giler padahal tak sedar diri tu isteri orang. 

lepas tu sepupu Hazeel tu yang aku tak ingat namanya, jenis yang simpan angan-angan sampai ke bulan ke macam mana ni sebab Hazeel tak pernah balik kampung selama dia tinggal dengan keluarga Naura, bila balik kampung terus nak paksa orang tu bernikah. padan muka juga bila kena reject.

yang best sebab watak utama ni sangat strong. Naura seorang yang tahu apa yang dia nak dalam hidupnya begitu juga dengan Hazeel so datang banyak gangguan pun tak mengugat hubungan mereka berdua.

**MY RATING : ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga : 

Review Novel | Mulanya Satu Cinta oleh Rose Harissa

Review Novel | Mulanya Satu Cinta oleh Rose Harissa

Novel : Mulanya Satu Cinta (Edisi Isimewa Skripsi)
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 574
Penerbit : Skripsi
Terbitan : 2022

Mulanya Satu Cinta pernah diterbitkan oleh Alaf21 pada tahun 2008 dan diterbitkan semula oleh penulis dalam edisi istimewa ini. aku pun tak tahu apa beza dua versi buku ni tapi sebab penat tunggu buku baru Rose Harissa yang tak tahu bila nak keluar makanya kita pun terjebak beli juga novel ni.

Review Novel | Mulanya Satu Cinta oleh Rose Harissa

Alkisahnya Ezli seorang duda memerlukan pengasuh untuk anaknya Afi setelah emaknya membuat keputusan untuk menetap di kampung semula. Iryanie pula terdesak memerlukan duit dan tengah menghabiskan pengajiannya di semester akhir.

Penceraian yang perit dilalui oleh Ezli menyebabkan dia tak berminat untuk serius dengan mana-mana perempuan. bila emaknya memilih Iryanie sebagai pengasuh Afi, Ezli agak anti juga dengan Iryanie tapi disebabkan Iryanie pandai buat kerja dan serasi dengan Afi, dia pun terima juga Iryanie untuk bekerja dengannya.

so hubungan yang benci pada mulanya perlahan-lahan berputik bunga-bunga cinta gitu. dalam diam, Ezli mula jatuh hati dengan Iryanie.

konflik dalam novel ni apabila emak Afi datang mahu menuntut Afi balik. agak psiko juga perangai emaknya dalam buku ni disebabkan terdesak mahukan anak setelah perkahwinannya kini gagal mendapatkan zuriat.

another konflik pula apabila bapa Iryanie mahu menikahkan dia dengan bekas abang iparnya. sebenarnya konflik Iryanie ni tak besar sangat tapi itulah tuan badan tak habis nak berahsia sampai jenuh Ezli nak mencari Iryanie yang membawa diri. agak meleret juga part ni.

disebabkan novel ni terbitan semula, aku tak ada expectation yang tinggi sangat plus bila baca buku ni dan compare dengan buku terbaru penulis, boleh nampak gaya penulisan Rose Harissa agak jauh berbeza dan semakin matang. 

**MY RATING : ⭐⭐⭐ 3/5**

Baca juga : 

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Novel : Haq (Hardcover)
Penulis : Dhiya Zafira
Helaian : 537
Penerbit : Poreng Kertas Publication
Terbitan : 2021

first time baca buku tulisan Dhiya Zafira, sejujurnya aku beli buku ni sebab sedap pula dengar nama Haq..haha. bila baca review pun ramai yang bagi rating tinggi so kita pun try baca, hah terus terjebak nak baca another buku dari penulis ni..haha

Haq mengisahkan Alin yang mempunyai agoraphobia, hidup berkurung selama tiga tahun tanpa berjumpa siapa selepas kematian anaknya. hidupnya berubah selepas dia menyelamatkan seorang lelaki yang cedera parah bernama Haq.

Hidup Alin juga terjebak dalam bahaya apabila ada orang memburu Haq, tak pasal Alin yang fobia keluar rumah diheret sekali mengikut Haq demi menjaga keselamatan Alin. banyak persoalan mengenai latar belakang Haq, siapa Haq yang sebenarnya?

Review Novel | Haq oleh Dhiya Zafira

Aku sangat suka dengan watak Haq, seorang yang misteri dan protective. cara dia jaga Alin aishhh cair pula kita tapi itulah geram sikit dengan cara dia main tarik tali. sekejap nak sekejap tak nak. bila baca kat belakang boleh faham kenapa dia cuba jauhkan diri dari Alin sebab hidup dia sendiri banyak bermain dengan bahaya.

Alin pula bagi aku dia tahu apa yang dia nak dalam hidupnya. walaupun mengalami fasa yang down dalam hidupnya tapi dia bangkit untuk fight dapatkan Haq. dia punya tekad nak cari Haq tu memang salute sebab dari fobia nak keluar rumah sampai boleh melangkah jauh ke Turkiye semata-mata demi Haq.

aku bukan peminat novel genre aksi sangat tapi novel ni bagi aku cukup rencah. plot dan jalan cerita yang menarik, watak yang strong dan konflik yang disusun menarik. walaupun buku ni agak tebal, tak sempat bosan membaca sebab tak sabar nak tahu pengakhirannya.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐⭐5/5**

Baca juga : 

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

Novel : King Haidar
Penulis : Anjell
Helaian : 823
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Januari 2022

King Haidar kisah Suria Adreanna seorang MUA dan influencer terkenal dengan Raja Haidar yang penuh misteri, yang tiba-tiba muncul dan kadang menghilang tanpa khabar. Hidup Suria juga berubah apabila nyawanya diancam bahaya dan dia sendiri pun tak tahu kenapa dirinya menjadi target. Haidar pula muncul untuk melindungi dirinya.

novel kali ini lebih kepada thriller romantis, permulaan yang menarik dan plot yang menarik. malangnya buku ni agak mengecewakan aku sebab satu terlampau dragging. penat tau bila kau baca hampir separuh buku tapi tak dapat klu tentang siapa Haidar sebaliknya aku pun tak tahu penulis melalut apa sebab rimas dengan monolog Suria lepas tu Haidar pula tak habis dengan alasan belum tiba masanya untuk Suria tahu kebenaran.

Review Novel | King Haidar (ANJELL)

aku dah follow penulisan Anjell dari buku pertama lagi dan aku tak nampak kematangan dari penulisan penulis. benda nak puji, penulis ada idea yang menarik, dari genre cinta cuba masuk ke genre thriller aksi tapi watak heroin dalam buku dia semua sepesen yang sejenis ego dan rasa diri dia jelah betul. 

bila masuk 600 muka surat baru didedahkan kenapa Suria menjadi target dan apa peranan sebenar Haidar. for me, walaupun plot dia makin menarik tapi sejujurnya aku dah makin bosan dan tak boleh masuk dengan jalan cerita kali ni. aku rasa buku ni tak patut letak tajuk King Haidar sebab aura hero tak begitu menyerlah sepatutnya letak je tajuk Suria dan dunia barunya.

Baca juga : 

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan (Rehan Makhtar)

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan oleh Rehan Makhtar

Novel : Hati Yang Kau Pinjamkan
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 387
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2022

Hati Yang Kau Pinjam kisah Tuah Nur Khalifah dan Nik Khalifh. mereka bertemu secara tak sengaja ketika Khalif sedang sakit tenat terbaring di katil hospital. Tuah yang baik hati dengan rela hati mendermakan hatinya untuk Khalif. Kisah bertambah menarik apabila mereka bertemu kembali setahun kemudian.

Review Novel | Hati Yang Kau Pinjamkan oleh Rehan Makhtar

Tuah seorang gadis yang baik, menolong Khalifh tanpa mengharapkan balasan. Khalifh pula setia pada janji untuk mencari Tuah walaupun Tuah mengelak bertemu dengannya. apabila mereka bertemu kembali, Tuah ingat Khaliff tak cam dia pastu macam-macamlah andaian yang Tuah buat sendiri.

aishh baca buku ni kadang geram dengan Tuah ni sebab baik dan lurus sangat..haha. nasib baik Khalifh tu bijak. banyak kali kot Khalifh bagi hint tapi Tuah tak dapat juga nak tangkap maksud Khalifh. watak Khaliff ni alahai sweet banget..haha. 

Novel Rehan Makhtar kali ni agak ringan, konflik tak berat sangat dan jalan cerita predictable tapi still sis suka cara olahan dari penulis dan watak dalam buku ni. buku dia pun nipis, tak sampai satu hari aku berjaya habiskan. overall, saya suka..haha

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Baca juga : 

Review Novel | Namaku Khadijah oleh Pena Kayu


Novel : Namaku Khadijah
Penulis : Pena Kayu
Helaian : 473
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Mei 2019

SINOPSIS : 
Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez.
Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak.


Namaku Khadijah mengisahkan seorang gadis mualaf yang menyimpan perasaan pada Fahri sejak zaman sekolah. 12 tahun kemudian mereka bertemu kembali apabila Khadijah bekerja di syarikat milik Fahri dan kawan baiknya, Hafeez.

Tapi bila tahu Fahri sudah bertunang, Khadijah tak mahu kacau hubungan Fahri dan Ariana. konflik berlaku apabila Fahri tak putus asa mengejarnya. Hafeez pula dari awal tak suka Khadijah sebab penampilan Khadijah yang berpurdah dan tak mahu Khadijah jadi orang ketiga rosakkan hubungan Fahri dan Ariana.

timing Fahri dan Khadijah tak pernah kena, mereka tak pernah ada peluang untuk luahkan perasaan masing-masing. memang kesian. bila bertemu kembali, Fahri pula sudah ditunangkan. emak Fahri agak annoying sebab agak memaksa anak-anaknya ikut pilihan dia. tapi bagi aku, Fahri kena tegas dengaan pilihan dia. kalau suka Khadijah kena ikut cara yang betul. tapi itulah kesian sebab macam ramai pula terhimpit dalam kisah ni.

Hafeez ni mulut boleh tahan juga, tak habis mengutuk Khadijah last-last terjatuh hati dengan Khadijah. Perkahwinan mereka terjadi mungkin masing-masing belum kenal hati budi pasangan tapi jelas masalah kurang berkomunikasi menjadikan hubungan mereka renggang. nasiblah Khadijah tak putus asa untuk pertahankan rumah tangganya.

Cinta tiga segi antara Khadijah-Fahri-Hafeez  dan juga Ariana agak complicated dan kesemua watak ni agak kesian. Fahri lelaki yang baik dan Hafeez pula bad boy tapi keduanya ada aura tersendiri sampai kadang aku pun tak tahu nak pilih siapa. Khadijah pun bagi aku terlalu baik untuk mereka berdua ni. tapi itulah semuanya sudah suratan takdir. so overall, nice story.

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

BACA JUGA : 

Sinopsis Novel Biarkan Ia Pergi Karya Liza Nur

Sinopsis Novel Biarkan Ia Pergi Karya Liza Nur

Novel Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur telah diadaptasi ke drama bersiri, Biarkan Ia Pergi lakonan Amar Baharin dan Isyariana yang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Info Novel Biarkan Ia Pergi

  • Penulis : Liza Nur
  • Penerbit : Buku Prima
  • Terbitan : September 2009
  • Muka Surat : 588

Sinopsis Novel Biarkan Ia Pergi

"...Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Smpai sekrg saya hidup dgn tanda tanya." - Alissa

Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yg tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery

"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani

"Aku cemburu, Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. Aku sayangkan kau lebih dari semua perempuan yg aku pernah jumpa sebelum ini. Walaupun dah terlambat, aku tetap nak beritahu kau. aku sayangkan kan. dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau dari dia semula." - Badry

Baca juga : 

Sinopsis Novel Cinta Yang Tertangguh Karya Zaza Qry

Sinopsis Novel Cinta Yang Tertangguh Karya Zaza Qry

Info Novel Cinta Yang Tertangguh

  • Penulis : Zaza Qry
  • Penerbit : Dear Novels
  • Terbitan : Mac 2019

Sinopsis Novel Cinta Yang Tertangguh

Kematian mengejut abang ipar dan kakaknya membuatkan Hanania menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya. Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

"Perempuan bertudung sama saja. Hipokrit." - Adrish
"Pelik dan gila. Salah pula orang pakai tudung. Tudung itu untuk menutup aurat." - Hanania

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

"Encik nak kahwin lain ke?" - Hanania
"Aku kan dah kahwin dengan kau. Kau ingat aku mampu nak layan bini yang ramai?" – Adrish

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia

Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia

Novel Sekali Lagi Cinta Kembali bakal diadaptasi ke drama bersiri dan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi dengan menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai teraju utama. ini merupakan novel ketiga dari penulis Anna Milia yang diadaptasi ke drama bersiri selepas Tak ada Cinta Sepertimu dan Setelah Terlafaznya Akad.


Info Novel Sekali Lagi Cinta Kembali

  • Penulis : Anna Milia
  • Penerbit : Dear Novels
  • Terbitan : Januari 2020
  • Muka Surat : 585


Sinopsis Novel Sekali Lagi Cinta Kembali

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran

"Inilah yang saya cuba buat." - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

Novel : Seseorang Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 620
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2015

Seseorang Untuk Aku mengisahkan Lailatul yang sanggup berkorban demi menyara adiknya, Liza selepas orang tua mereka meninggal dunia. Hidup Lailatul memang dugaan, selepas adiknya berkahwin dengan Zarul, Laila pula ditangkap basah dengan Qadr.

Demi menjaga maruah Laila, Qadr mengajak Laila berkahwin padahal waktu tu Qadr dah terjatuh hati dengan perwatakan Laila. selepas berkahwin, hidupnya sekali lagi diuji apabila Qadr yang berkerja jauh demi tugas pada negara dan ada konflik dengan ibu mertua.

Review Novel | Seseorang Untuk Aku oleh Rehan Makhtar

kemain hybe novel ni gara-gara hari merdeka aritu sebab hero dia berkerja dalam air force tapi jalan cerita dia bukan pasal tentera pun, tapi memang aku admit Qadr punya aura ni sangat kuat, rasanya ini hero Rehan Makhtar yang aku paling suka dan cair habis..haha

watak Qadr bukan perfect sangat sebab di awal cerita nampak dia agak playful dan tak sedia nak komited dalam relationship dengan busy kerja lagi tapi lepas berkahwin dengan Lailatul, boleh nampak dia sangat matang nak selesaikan masalah rumah tangganya dan suka juga cara dia handle masalah antara Lai dan emaknya.

Lailatul pula sangat tabah dengan ujian yang datang dalam hidupnya cuma tak best bila dia tak nak open cerita masalah dia pada Qadr. part ni agak dragging, kesian dengan Qadr sebab terpaksa bersabar melayan kerenah isterinya. so overall, cair dengan abang Qadr..haha

Sinopsis Novel Ash dan Aish Karya Maya Adira


Novel Ash dan Aish karya Maya Adira diadaptasi ke drama bersiri Ash dan Aish menampilkan Meerqeen dan Siti Khadijah Halim sebagai teraju utama yang akan ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria.

Info Novel Ash dan Aish

  • Penulis Maya Adira
  • Penerbit : Kaseh Aries
  • Terbitan : March 2020
  • Helaian : 556

Sinopsis Novel Ash dan Aish

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

“Kenapa awak boleh nampak saya?” ~ Ashrafi

“Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak.” ~ Aisha

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

“I saw your worst but I still stay.”


Sinopsis Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul


Novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul diadaptasi ke drama bersiri Risik Pada Hati menampilkan gandingan Alif Satar, Umi Nazeera dan Zara Zya, bakal disiarkan di slot Akasia TV3 menggantikan drama Bisik-Bisik Gelora.


Info Novel Risik Pada Hati

  • Penulis : Hanni Ramsul
  • Penerbit : Teratak Kasih
  • Terbitan : 2019
  • Helaian : 552

Sinopsis Novel Risik Pada Hati

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam

"Syfa tak uji cinta abang. yfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa

"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya

Namun, benrakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan?



Sinopsis Novel Tarik Daku Ke Syurga (Tarik Aku Ke Syurga) karya Haitun Kamarazaman


Novel Tarik Daku Ke Syurga diadaptasi ke drama bersiri Tarik Aku Ke Syurga menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Nelissa Nizam yang akan ditayangkan di slot Samarinda  TV3 pada jun 2022.


Info Novel Tarik Daku Ke Syurga

  • Penulis : Haitun Kamarazaman
  • Helaian : 482
  • Penerbit : Metromedia Solutions
  • Terbitan : Januari 2020

Sinopsis Novel Tarik Daku Ke Syurga

Disebabkan suatu rahsia tentang dirinya terbongkar, Zamri terdesak untuk meraih keampunan daripada Hajah Raudah. “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya.” – HAJAH RAUDAH

Zamri akhirnya terpaksa akur untuk bernikah dengan seorang wanita bernama Zara, walau hatinya tidak pernah terbuka untuk insan bernama wanita.

Setelah bernikah, Zara tak pernah disentuh. Justeru itu, dia dapat merasakan keanehan pada sikap Zamri yang bagaikan tidak pernah memandangnya sebagaimana seorang suami memandang isterinya.

“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walaupun setelah tahu awak tak normal…” - ZARA

Namun hubungan mereka menjadi semakin sukar apabila Ricky yang berdendam, tidak mahu melepaskan Zamri.

“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.” - RICKY

Apakah kesudahan cerita mereka? Terlunaskah segala dendam? Atau adakah kesakitan yang dibawa sehingga ke hujung nyawa?

Sinopsis Novel Hati Yang Kau Pinjamkan Karya Rehan Makhtar


Hati Yang Kau Pinjamkan merupakan buku terbaru dari penulis Rehan Makhtar yang diterbitkan oleh Karya Seni sempena PBAKL 2022. sis pula tunggu keluar kat shopee sebab tak berpeluang nak pergi sebab jauh. selalunya guna khidmat personal shopper tapi pesta buku tahun ni malas nak shopping. so siapa yang pergi PBAKL bolehlah singgah beli..


Info Novel Hati Yang Kau Pinjamkan

  • Penulis : Rehan Makhtar
  • Penerbit : Karya Seni
  • Terbitan : Julai 2022
  • Harga : RM33(SM), RM43(SS)


Sinopsis Novel Hati Yang Kau Pinjamkan

Kata ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.

“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh

“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kisah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah

Khalifh telah meminta untuk wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali buka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.

Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap di antara cinta dan budi.

Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.

“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah

“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh

Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?

Baca juga: Review Novel Hati Yang Kau Pinjamkan by Rehan Makhtar

Sinopsis Novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari


Novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari diterbitkan pada 2011 telah diadaptasi ke drama bersiri, Bisik-Bisik Gelora menampilkan gandingan Raysha Rizrose dan Redza Rosli yang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Sinopsis Novel Bisik-Bisik Gelora


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Baca juga :

Sinopsis Novel My Rude Wife (Melur Untuk Firdaus) karya CikNorCinta


Tajuk : My Rude Wife
Penulis : CikNorCinta
Penerbit : Suara Hati
Terbitan : September 2019

Novel My Rude Wife karya CikNorChinta telah diadaptasi kepada drama bersiri bertajuk Melur Untuk Firdaus yang kini menjadi trending yang menampilkan gandingan serasi, Anna Jobling sebagai Melur dan Merqeen sebagai Firdaus.

Sinopsis Novel My Rude Wife

RUDE? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi… SELAMBA.

Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba… itu bukan klise lagi!

Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan. Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya.

Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.

“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus

“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur

“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee

“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur

Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?

“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris

Dan… mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?

Sinopsis Filem Roh 100 Hari di Astro First


Filem : Roh 100 Hari
Produksi : Wynwyn Event Sdn Bhd
Pengarah : Amy Jepun
Siaran : Astro First
Tayangan : Jun 2022
Pelakon : Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Nur Risteena Munim, Fify Azmi, Ruhainies, Nina KSC, Vicha Barbie, Azrul Zaidi, Sindu, Yuichiro Kinjo, Solo Ambush

Sinopsis Filem Roh 100 Hari

Roh 100 Hari mengisahkan sekumpulan pelajar perempuan yang menghadapi pelbagai gangguan mistik sehingga terungkai rahsia tersirat selepas 100 hari. Apakah misteri itu?

Review Novel | Puteri Bunian Bulan by Aliff Mustafa


Tajuk : Puteri Bunian Bulan
Penulis : Aliff Mustafa
Helaian : 410
Penerbit : Patriot Publishing
Terbitan : 2020

SINOPSIS

Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.

Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.

Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya.

Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!


REVIEW

Buku Puteri Bunian Bulan sebuah karya aksi fantasi yang ditulis oleh Aliff Mustafa mengisahkan Laila Dahlia seorang pelajar biasa dan pada hari jadinya yang ke-17, Laila mendapat amanat yang dia akan mewarisi takhta sebuah kerajaan ghaib bernama Purnama Sari. Dari situ Laila berlatih untuk mengawal kuasanya kemudian mendapat tahu konflik yang berlaku antara Kerajaan Purnama Sari dan Bara Pawaka, dan tragedi besar akan berlaku sekiranya Pulau Kemboja tidak beraja dalam masa 40 hari.

Bagi aku, pengenalan setiap watak dalam buku ini sangat menarik dan benda yang tak expect bila setiap watak ini ada rahsia tersendiri, perkembangan plot dan jalan cerita juga sangat menarik. cara penulis gambarkan kerajaan ghaib Purnama Sari dan Bara Pawaka sangat details dan bahasa yang digunakan sangat cantik. 

banyak diselitkan juga nilai keagamaan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk melawan kejahatan tapi satu kekurangan pada buku ini adalah aku tak rasa sangat emosi dalam penceritaannya dan wataknya. 

tapi overall, aku terhibur baca buku Puteri Bunian Bulan sampai habis sebab banyak benda menarik dan plot twist yang berlaku. kalau korang suka cerita fantasi, sangat rekomen untuk baca Puteri Bunian Bulan karya Aliff Mustafa

**MY RATING : ⭐⭐⭐⭐ 4/5 **


Baca juga : 

Review Novel | Saat Kau Takluk Cinta Ini by Sara Hezra




Novel : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Penulis : Sara Hezra
Helaian : 600
Penerbit : Orabook Publication
Terbitan : Ogos 2019


SINOPSIS:

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

aku terbaca novel Saat Kau Takluk Cinta Ini di wattpad, nampak menarik terus beli novelnya. apa yang aku boleh komen permulaan cerita sangat menarik sebab timbul banyak persoalan mengenai Haira, siapa dia sebenarnya, kenapa pondok buruk Rahhal yang menjadi pilihan. 

bila mereka berkahwin, dari pertemuan Haira dan Fakhril kemudiannya terbongkar semua cerita mengenai Haira. kerana salah faham yang berlaku Rahhal membuat keputusan untuk berpisah dengan Haira.

masuk pertengahan cerita dan bila Rahhal bertemu kembali dengan Haira, bagi aku jalan cerita agak flat. penat baca sekejap si Haira bawa diri lepas tu Rahhal pula bawa diri, penat nak mengadap drama macam ni.

benda yang mengganggu pembacaan aku adalah dialog yang digunakan, ayat dalam dialog agak kaku sebab tu kot aku rasa emosi tak sampai kepada pembaca.

so overall, Saat Kau Takluk Cinta Ini terdapat banyak kelemahan pada jalan ceritanya. bagi aku, idea tu menarik tapi jalan cerita dan watak tidak dikembangkan dengan baik.

**MY RATING : ⭐⭐ 2/5**

Review Novel | Jibrael: You're Mine! by Suci Hidayat


Novel : Jibrael: Youu're Mine
Penulis : Suci Hidayat
Helaian : 347
Penerbit : Suci Love Story
Tahun Terbitan : November 2017

Hai guys! lama tak update review novel kat blog ni. tak tahulah kenapa malas sangat nak tulis review nak membaca lagilah. tengah ada mood ni baik tulis cepat walaupun buku ni dah khatam lama..hehe

Jibrael: You're Mine mengisahkan Ku Jibrael yang benci dengan kaum hawa selepas dicurangi tunangnya. Disebabkan kemahuan ibunya, Jibrael bersetuju untuk berkahwin dengan Dara Adalia tapi dalam diam, dia mempergunakan kesusahan gadis tersebut yang memerlukan duit untuk rawatan ibunya. 

Jibrael membayar sejumlah wang kepada Dara untuk berkahwin dengannya dengan syarat mereka tidak akan jatuh cinta dan bercerai setelah Dara melahirkan zuriat untuknya. Dara bersetuju namun dia jatuh cinta kepada suaminya sebaik sahaja mereka berkahwin.

aku tertarik dengan novel Jibrael sebab tema bad boy yang digunakan tapi mungkin definisi bad boy bagi aku tak sama dengan penulis kot, for me bad boy walaupun luarannya nampak kasar masih lagi gentleman tapi si Jibrael ni hurmm dah la bahasa dengan isteri bukan main kasar, once dia angkat tangan belasah isteri seriusly sis give up baca buku ni.

plot dan jalan cerita tiada yang baru, banyak yang klise. watak hero totally bad jerk dan ada trust issues dengan pasangan sebab trauma dengan bekas tunang. watak heroin lemah sangat mengikut kata suami. so overall, boleh campak tepi perangai hero macam ni..eh tiba sis emo 🙊

**MY RATING : ⭐⭐ 2/5**