Review Novel | Cempaka Melati by Zahida Zarkasi


Novel : Cempaka Melati
Penulis : Zahida Zarkasi
Helaian : 307
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2018

Buku ini mengisahkan Cempaka Melati yg bekerja di sebuah resort di Pangkor dalam erti kata lari membawa diri selepas putus cinta dengan Addin. percintaan Melati dengan Addin putus disebabkan ibu Addin yg tidak suka dengan status Melati sebagai anak luar nikah. Kerana status tersebut juga Melati selalu rasa rendah diri dan suka menyendiri.

Bahagian awal terasa slow sikit Melati asyik mention tentang hubungan cintanya yg tak jadi, tentang status anak luar nikah. ditambah pula watak heroin ni jenis yg negatif dan banyak monolognya yg sarkastik so agak menganggu pembacaan aku disebabkan kurang suka dengan watak Melati ni.

Hidup Melati yg selama ini tenang di pulau mula berubah apabila Addin muncul di situ dan mula menagih kembali cinta Melati. pada masa yg sama muncul Zhariff yg sangat misteri sekejap muncul sekejap hilang macam angin, siapa sebenarnya Zhariff?


pace novel ni bergerak sedikit laju dan semakin menarik selepas Melati dan Zhariff berkahwin.  hidup Melati tidak lagi bebas apabila terkurung di dalam rumah dan komunikasi dengan dunia luar sangat terhad. Zhariff pula minta hubungan mereka dirahsiakan dan selalu menghilangkan diri.

senak juga baca cerita ni sebab terlalu banyak persoalan tentang asal usul keturunan opah Melati, ke mana ibu Melati menghilang dan siapa sebenarnya Zharif, kenapa Zharif ni macam chipsmore? 😱
bagi aku benda paling interesting dan curious ialah tentang Kerajaan Samudera Laut. tak diceritakn secara terperinci tapi kalau fokus lebih banyak part ni aku rasa buku ni lagi best.

pace di awal cerita terlalu slow sampai aku ambil masa yg lama untuk habiskan buku ni, rasanya aku pun ada masalah sama bila baca buku Parut. style penulis kot bila nak sampai penghujung cerita bergerak laju sampai rasa ending macam rushing pula, but overall jalan cerita Cempaka Melati sangat menarik kalau ada sambungan lagi best.

**My rating: ⭐⭐⭐ 3/5**

6 comments:

  1. mcm ada sedikit persamaan novel hani fazuha tp sy x igt apa judulnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah baca lg novel Hani Fazuha..hehe

      Delete
  2. uik siap ada kerajaan samudera laut ekk

    ReplyDelete
  3. Cerita dia nice tapi kalau ada sambungan dan lebih detail pasti lebih menarikkan Tiara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul, cerita dia nice kena tambah sikit baru best. ini jadi misteri nusantara pula..haha

      Delete