Novel : Karma
Penulis : Muharikah
Helaian : 420
Penerbit : Iman Publication
Terbitan : Mac 2019
Buku ni aku beli tahun lepas, time tu masuk Popular tak tahu nak beli novel apa so main ambil je bila balik rumah baru perasan buku ni ada prequel, Stigma. hurmm. nantilah aku baca buku Stigma tu sebab dah ada kat PNM e-reader tapi nak tunggu turn bukan main lambat bila dapat pinjam tak boleh baca pula, give up dulu la..
Karma kisah tentang konflik yg berlaku dalam rumahtangga Iman dan Faris, kesibukan mereka sebagai doktor dan watak Iman yg terlalu dominan menyebabkan hubungan mereka hambar dan kurang berkomunikasi. perkahwinan mereka diuji apabila Faris jatuh sakit, boleh nampak perubahan pada Iman yg cuba memberi sokongan moral pada suaminya.
Karma yg aku faham, buat baik dibalas baik buat jahat ada la balasannya tapi dalam Islam tak ada istilah Karma sebab kita kena percaya apa yg berlaku adalah ketentuan takdir yg telah ditetapkan oleh Allah dan setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. cabaran pada watak utama ialah mereka bertaubat daripada dosa lalu dan kembali ke fitrah tapi ada masanya apabila dilanda masalah mereka mula mempersoalkan adakah perkara yg berlaku ini adalah kesilapan daripada masa lalu mereka.
kesimpulannya, aku nak cakap aku suka mesej yg disampaikan penulis dalam buku ni dan buku ini bertemakan fiksyen perubatan so sangat sesuai kepada mereka yg meminati bidang perubatan.
tapi jalan cerita dan watak yg ada, kurang smooth kurang emosi. awal cerita lagi telah berlaku konflik antara Iman dan Faris tapi watak utama kurang berkomunikasi sampai ke sudah aku tak faham apa masalah mereka ni. pengakhirannya sedih tapi itulah feeling tu tak sampai kat hati untuk aku menangis.
menarik ni :)
ReplyDeleteHurm.. sejak ralit dengan drama.. Novel malas nak baca.. ^^
ReplyDeletetengah malas nak mencari drama baru, baca novel dulu la..hehe
DeleteTengah tgu turn nak baca buku nie.. hehehe.. Stigma tu not bad..
ReplyDeletepenat nak tunggu turn, aritu dah dapat pinjam bila nak baca blank pula. give up nak baca kat situ :(
Deletedah lama tak spend time baca novel. thank you ~ boleh la start cari novel ni ^^
ReplyDeletehttps://www.nurulsyahirah.com/2020/03/tiada-simpanan-walaupun-rm1000-ikuti-panduan-ini.html
kak ana suka cerita bab bidang perubatan. lain dari yang lain.
ReplyDeletetry la baca novel ni, penulis dia doktor so part medik tu memang detail juga
Deletesekarang tengah layan satu novel gak...tapi pasal holiday...holidaynya pulak di rumah, dah macam PKP pulak...haha
ReplyDeletemacam kena pula novel tu dgn situasi semasa..hehe
DeleteMusim2 PKP ni CR rajin sikit membaca novel, Kalau tak, payahh..huhu
ReplyDeleteselamat membaca :)
DeleteSimple.je cover dia
ReplyDelete