Drama : Budak Tebing
Slot : Lestary TV3
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Iskandar,
Firdaus Ghufran, Amyza Aznan, Sabrina Ali, Syazwan Zulkifly
Budak Tebing mengisahkan Arif, Tongki, Kodi, Yuyul dan Laura yg selalu melepak di di bawah jambatan sehingga digelar budak tebing. suatu hari. Tongki dan Kodi bergaduh berebutkan telefon bimbit sehingga Tongki tertolak Kodi. akibat panik Tongki melarikan diri dan menghilangkan diri selepas peristiwa tersebut. manakala Kodi pula telah mati di tebing tersebut dan Arif dituduh sebagai pembunuh lalu dimasukkan ke sekolah Henry Gurney.
Arif kembali ke rumah selepas tujuh tahun namun kepulangannya disambut dingin oleh Aida, ibunya. Aida masih marah dan kecewa dengan Arif. Arif cuba berbaik-baik dengan emaknya dengan menolong di gerai menjual nasi lemak tapi Aida masih keras hati untuk menerima Arif.
kepulangan Arif telah menjadi buah mulut penduduk di situ sehingga menyebabkan jualan Aida semakin hari semakin merosot. Arif keluar mencari pekerjaan untuk membantu emaknya tapi bukan mudah mendapatkan kerja dengan statusnya sebagai lepasan Henry Gurney.
dari awal lagi tengok drama Budak Tebing ni dah emo lagi-lagi scene Arif dengan emaknya. Arif sebenarnya anak yg baik dan jadi harapan emak dia untuk mengubah nasib keluarga mereka tapi masa depan Arif hancur selepas dituduh sebagai pembunuh. Aida percaya budak tebing ni bagi pengaruh tak elok untuk anak dia.
Laura pula yg tahu Arif dah balik cuba cari Arif dan beritahu niatnya yg mahu membersihkan nama baik Arif. tapi Arif marah pada Laura sebab kenapa baru sekarang, kenapa waktu dia kena tangkap dulu semua orang menghilangkan diri dan tak cuba membela dia dulu. Laura juga telah bertemu kembali dengan Tongki dan memujuk Tongki untuk membantu Arif tapi Tongki mengelak daripada bercakap mengenai peristiwa lepas.
kalau nak dibandingkan dengan geng budak tebing yg lain, Laura ni beruntung sebab dilahirkan dalam keluarga berada tapi kerana orang tua selalu sibuk, Laura selalu melepak bersama budak tebing. selepas geng tebing hilang, Laura masih lagi pergi ke tebing itu untuk memberi makan kucing-kucing terbiar.
Bakri aka Tongki menghilangkan diri selepas peristiwa tersebut jadi dia sebenarnya tak tahu yg Arif kena tangkap sampailah dia jumpa balik dan dengar cerita Laura. Tongki tertanya juga siapa sebenarnya pembunuh Kodi, dia atau Arif atau ada orang yg terlibat. Tongki sebenarnya bukan sengaja menghilangkan diri tapi ibunya yg mengajak dia lari dari rumah hari tu. so ada banyak persoalan juga dengan watak Tongki, apa yg berlaku pada family dia.
Tongki sekarang full time bekerja sebagai penghantar makanan. Tongki kembali semula ke tebing tersebut dan menjadikan tempat itu sebagai tempat tidurnya kerana tidak mampu membayar duit sewa bilik yg tertunggak.
Amirul atau Yuyul ialah adik Arif, kiranya dialah budak tebing paling muda tapi geng tebing tak suka sangat dia ni sebab annoying. memula rasa macam kelakar juga budak ni tapi dah tengok sampai episode 3 rasa makin annoying pula si Yuyul ni. kerja dia pula main game dan minta duit beli topup. lepas tu bila Arif tegur sikit mulalah nak mengungkit balik benda lepas.
Ira pula tinggal di lorong bersama ibunya yg bekerja sebagai pelacur. Ibu Ira paksa dia lari dari situ sebab ada bapa ayam nak jual dia. Ira yg tak tahu nak ke mana pergi bermalam di tebing tersebut dan di situlah dia berjumpa Tongki. Tongki risau nak bagi Ira tidur situ kang tak pasal kena cekup kahwin free pula so Tongki terpaksa minta tolong Laura. start hari itu Ira tinggal dengan Laura dan mereka jadi kawan baik.
selepas geng tebing hilang, Talam & the geng jadikan tebing tersebut tempat lepak mereka untuk hisap dadah dan hidu gam sampai ada seorang dari geng ni mati pun Talam masih lagi tak insaf buat kerja jahat. Talam sangat anti dengan budak tebing tapi mereka ni saja cari nahas apabila menyamun beg gengster, tak tahulah apa nasib Talam selepas ni.
sebenarnya budak tebing ni bukan budak jahat, mereka cuma jadikan tempat tersebut sebagai tempat untuk mereka bermain dan melepak sambil belajar tapi disebabkan background keluarga mereka ni yg ada problem ditambah pula kes Kodi mati di situ secara tak langsung bagi pandangan serong kepada penduduk situ dengan budak tebing.
jalan cerita drama Budak Tebing yg bertemakan keluarga dan persahabatan sangat menarik, setiap watak ada cerita mereka sendiri. aku suka barisan pelakon Budak Tebing sebab drama sekarang jarang nak bagi pelakon remaja pegang watak utama. minggu pertama ni masih warm up sebab banyak lagi persoalan yg belum terjawab, harapnya jalan ceritanya semakin menarik dan makin best untuk follow.
best jugak baca jalan cerita dia macam ni. tengok kat tv macam slow.
ReplyDeleteslow ke? saya tgk kat youtube maraton je semua baru best tapi nak tunggu minggu depan pula yg penat..hehe
Deletetak pernah tengok la dik, kalau baca menarik jugak... tapi mesti sakit hati kalau layan sebab baca kat sini pun dah rasa sakit hati...
ReplyDeleteapa yg sakit hati? best je cite dia, akak kena tengok dulu..hehe
Deletetengok 1 episod je..tp nampak menarik.
ReplyDeleteKawan pejabat akak pun cakap drama ini best.. Nantilah marathon kat Youtube TV3..
ReplyDeletejangan lupa marathon nanti kak sha :D
Deletemacam best lah baca review ni. Kalau sempat boleh tengok nanti
ReplyDeleteAlaaa belum sempat nak tengok 😅
ReplyDeletenampak best drama ni. tapi ejulz selalu tidor awal. hehe
ReplyDeletenice review...buat kita rasa nak tengok juga..kisah yang lain dari yang lain..
ReplyDeleteok dah tengok sekejapan hari tu tapi x pulak perasan tajuk drama ni Budak Tebing...cuma perasan Aedy Asyraf dgn rambut purple tu
ReplyDelete