Semalam waktu siram pokok-pokok, excited pula bila tengok pokok cili dah berbuah. minggu ni jarang keluar belek pokok, keluar pun untuk siram saja sekali bila tengok dua tiga pokok dah berbuah, hati siapa yg tak gumbira terus lari masuk rumah ambil phone sebab nak snap gambar..hehe
sebenarnya aku tak suka sangat tanam pokok sayur sebab sebelum ni selalu tak menjadi so hobi aku selain mengadap laptop tengok drama, aku suka tanam pokok bunga.
kat rumah ni ada banyak pokok bunga kertas, mak aku yg rajin tanam dulu tapi my favourite ialah pokok jasmine, tak tahu kenapa suka tengok pokok bunga warna putih-putih ni setakat ni ada tiga jenis jasmine kat rumah ni jasmine atau melur kampung, jasmine yg bunga kecil-kecil tu (tak tahu nama dia) dan jasmine thai. suka yg jasmine thai ni sebab selalu berbunga tak kira masa.
kat rumah ni ada banyak pokok bunga kertas, mak aku yg rajin tanam dulu tapi my favourite ialah pokok jasmine, tak tahu kenapa suka tengok pokok bunga warna putih-putih ni setakat ni ada tiga jenis jasmine kat rumah ni jasmine atau melur kampung, jasmine yg bunga kecil-kecil tu (tak tahu nama dia) dan jasmine thai. suka yg jasmine thai ni sebab selalu berbunga tak kira masa.
macam ni lah rupa pokok jasmine thai, gambar ambil dari google je sebab pokok ni tanam tepi pagar depan rumah, malas nak pergi situ.
pokok sayur pula semuanya mak aku yg tanam, aku memang tak kacau langsung pokok ni. awal tu elok je pokok cili ni berbuah tapi lepas tu bila berbuah selalu jadi buruk macam tak cukup zat, mak aku cakap malas nak letak baja. sabar je lah~huhu. then pokok sayur kat belakang rumah terus aku yg jaga sebab parent aku dah cari port baru untuk berkebun. tinggal aku la petang-petang melepak kat belakang tu membelek pokok yg ada.
rasa berbaloi juga selepas sebulan penat membaja dan menjaga pokok ini dah dapat tengok balik hasilnya. selain kat atas ni, ada lagi pokok cili kat bawah tu tak ingat berapa pasu, tak tahu lah kenapa parent aku suka sangat tanam cili time tu sampai aku ingat ayah aku ni nak buat business cili lepas pencen.
pokok paling senang nak jaga. pokok kucai ni pun mak aku rajin tanam juga, sekarang ni kalau nak buat cucur ke koteaw goreng tak payah beli dah, amik je kat belakang rumah. ada dalam lima pasu kat situ.
pegaga. dah makin lebat pokok ni.
pokok selom ni cerewet juga, dah banyak kali tanam dalam pasu tak mejadi. last-last tanam atas tanah boleh pula dia hidup secara harmoni dengan pokok ros tu. so aku buat batas cantik-cantik kat dia tapi tak cantik juga sebab tak cukup bata nak bagi jadi bulat. time amik gambar dah gondol sikit selom ni sebab baru petik buat makan laksam minggu lepas.
pokok kesum ini sahaja lah yg boleh aku bangga sebab aku tanam sendiri..hehe. hari itu pokok ni kena serang bena macam dah ok lepas sembur ubat dia tapi tak tahu kenapa macam tak sihat sangat pokok ni sekarang..huhu
itu je gambar pokok yg sempat aku snap untuk kongsi di sini..okbai~😊
rajinnyaaaa... mak sy pun rajin tanam tanam sayur ni.. lepastu dia selalu kompelin sy malas nak jaga pokok dia hahaha tak minat.. nak buat macam mana
ReplyDeleterupanya sama je mak-mak kita ni..haha
DeleteWow semua hidup segar.
ReplyDeleteKalau kat rumah duty saya siram pokok mama tanam setiap pagi dan petang.
wah rajinnya tolong mak :)
DeleteSalam bertani.
ReplyDeleteTerbaek. Semoga tanaman subur
ReplyDeleteBest tanam sayur.. tak perlu dah nak beli-beli dkt luar kan.. Saya pun suka tanam-tanam.. tapi nak menjaga tu.... haha malas..
ReplyDeleteRajinnya bercucuk tanam. Kalau saya, memang tak boleh go dengan bercucuk tanam ni.
ReplyDeletewahh rajin kak berkebun
ReplyDeletepegaga tu comel lah macam pokok ketumbar pun ada haha
ReplyDeletekan..first time tengok dulu pun saya ingat yg tu pokok ketumbar..haha
DeleteSubhanallah bestnya banyak pokok2 tanaman 😁
ReplyDeletePokok selom tu suka buat ulam.. seronok bila tengok hasil tanaman menjadi..
ReplyDeletebest kan bila pokok yang kita tanam menjadi...alhamdulillah
ReplyDelete