Lagu | Sakit - Zynakal feat Yonnyboii (OST Budak Tebing)


time tengok drama Budak Tebing, tersuka pula dengan lagu tema drama tersebut. cari punya cari rupanya lagu tu ialah Sakit yg dinyanyikan oleh Zynakal feat Yonnyboii. padahal dah banyak kali ternampak lagu tu kat youtube sebelum ini tapi tak rasa nak dengar pun..hehe.

bila tengok lagu ni sambil tengok drama Budak Tebing memang masuk betul jalan cerita dengan lirik lagu tersebut. walaupun lirik dia nampak macam simple tapi sangat deep masuk ke hati. best layan~



Artis : Zynakal feat Yonnyboii
Lagu : Sakit

LIRIK LAGU SAKIT

[YONNYBOII]
Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan
hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama
bakal jadi rama rama

[ZYNAKAL]
Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mengerti..

Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan

Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa

[YONNYBOII]
Percayalah
Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas
Ku akan beri kerjasama..
Bangkit wahai kawan
hidup ini tak sempurna

Jangan selalu bersedih
Ku juga selalu terleka
Kesilapan lama
bakal jadi rama rama

[ZYNAKAL]
Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mengerti..

Ku terpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Kau kenal aku siapa
Yang dulu bukan aku
Masa itu aku gila
Ku sendiri tak tahu

Apa yang sudah jadi
Ku rasa macam mimpi
Hanyut di realiti
Kesannya hari ini

Penyakit tiada luka
Sakit tiada parut
Sakitnya dikepala
Bercelaru mengarut

Tindakan luar biasa
Marah terus mencarut
Lupa semua kata
Rasa nyawa tercabut

[YONNYBOII]
Aku faham apa yang kau rasa
Janganlah kecewa ku sentiasa ada



yg ni pula my favourite, lagu Sakit versi perempuan cover by Dalia Farhana 😊

Post a Comment

6 Comments

  1. Yakan, best pula. Ini first time dengar. Tapi maksud dan beat lagu best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dengar dalam drama tu terus suka..hehe

      Delete
  2. Best lirik lagu... Mendalam betul maksud dia

    ReplyDelete
  3. best lagu ni...deep sungguh lirik tuu

    ReplyDelete