Astro Beri Saluran Percuma Sehingga 31 Mac 2020


Astro Beri Saluran Percuma Sehingga 31 Mac 2020 | Seperti yg diumumkan semalam, Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pengerakan atau Restricted Movement Order bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara bagi mengawal penularan wabak Covid-19. sebagai warganegara yg prihatin cuba displinkan diri anda untuk mematuhi arahan yg dikeluarkan supaya kita sama-sama dapat membendung wabak ini daripada terus merebak. 

Astro Beri Percuma Saluran Movie Sehingga 31 Mac 2020


ini berita gembira kepada pelanggan Astro kerana Astro telah berbesar hati untuk payung korang saluran movie percuma bermula 6.00 pagi pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. aku ada ternampak netizen request benda ni kat social media tak sangka pula Astro betul-betul nak bagi, so lepas ni kalau rasa bosan bolehlah layan saluran movie yg ada.

Antara saluran movie percuma yg boleh ditonton mulai esok:

  • BOO - 404(HD)
  • HBO - 411(HD), 431(SD)
  • Cinemax - 412(HD), 432(SD)
  • FOX Movies - 413(HD), 433(SD)
  • FOX Family Movies - 414(HD)
  • FOX Action Movies - 415(HD)
  • tvN Movies - 416(HD)
  • Celestial Movies - 309(HD), 349(SD)
  • Astro Citra - 108(HD), 128(SD)
  • Tayangan Hebat - 115(HD)
  • Thangathirai - 241(HD)
  • BollyOne - 251(HD)
  • HITS Movies - 401(HD)
  • Celestial Classic Movies - 321

Semuanya boleh ditonton di platform Astro juga menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Apple Store dan Google Play. Anda juga boleh mengakses Astro GO di laman web astrogo.astro.com.my. Manakala buat pelanggan NJOI pula, korang boleh mendapat akses percuma kepada dua saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

makanya lepas ni jangan nak merungut bosan kat rumah sebab dah boleh tengok movie sampai lebam. Selamat Menonton 😀

6 comments:

  1. mmg banyak siaran percuma tapi tak mampu nk tonton semua...kang kerja rumah dan blogging terbabas heheee

    ReplyDelete
  2. Salam..

    dok depan tv je lah ye..

    ReplyDelete
  3. memalam bleh laa lyn. siang WFH ;-)

    ReplyDelete
  4. perghhh dahsyat la 14 hari marathon movie aje nanti..hahahha nasib baik takde astro... :p

    ReplyDelete
  5. bahagianyaa pengguna astro ! Takpelahh, kita setia dengan lappy jelah, layan k-dramas yang tak sudah-sudah hahaha

    ReplyDelete