Drama China | Le Coup de Foudre (2019)


Title : Le Coup de Foudre
Episodes : 35
Duration : 45 minutes
Cast : Zhang Yu Jian, Janice Wu, Eden Zhou, Ma Li, An Ge, Zhang Yue Yin

Le Coup de Foudre (Love At First Sight) ni macam drama korea Reply Series yg mana pasangan utama iaitu Yan Mo dan Qiao Yi flashback balik zaman mereka berkawan di sekolah lepas tu berpisah dan macam mana mereka bertemu kembali. drama ni menarik sebab bukan sahaja mengenai kisah percintaan juga tentang hubungan kekeluargaan dan persahabatan.


sewakatu zaman sekolah Yan Mo dan Qiaoyi berada dalam kelas yg sama tapi tak pernah bercakap. apabila kelas mereka buat rombakan seat Qiao Yi dapat duduk sebelah Yan Mo dan mulai dari situ mereka berkawan. Yan Mo seorang pelajar pandai dan selalu dapat tempat pertama dalam peperiksaan tapi dia ni jenis buat hal sendiri dan tak berkawan dengan orang. manakala Qiao Yi pula selalu dapat tempat last dalam peperiksaan.

sejak berkawan, Yan Mo banyak membantu Qiao Yi dalam pelajaran sehingga prestasi Qiao Yi makin meningkat naik. Mereka berjanji untuk menyambung pelajaran bersama di United Kingdom tapi last minit Qiao Yi berubah fikiran tak nak belajar di sana so hubungan mereka terpisah selepas sekolah.

Yan Mo kembali semula ke China selepas habis belajar dan buka syarikat sendiri. Qiao Yi pula tekad nak kejar cintanya sampai dia sanggup berhenti kerja dan kerja sekali dengan Yan Mo semata-mata nak berada dekat dengan Yan Mo. tapi Yan Mo still bitter lagi pasal Qiao Yi langgar janji mereka dulu so dia nak tak je layan Qiao Yi tapi bila tengok Qiao Yi susah tahu pula tak sampai hati.

suka tengok Yan Mo dan Qiao Yi, seorang jenis nerd tak ada perasaan seorang pula manja bila jadi pasangan comel betul nampak macam real kekasih pula.


Qiao Yi ada abang kembar bernama Zhao Guan Chou dan personaliti mereka sangatlah berbeza. Guan Chou juga top student selalu dapat tempat kedua belakang Yan Mo tapi dia ni playboy pantang nampak perempuan cantik mulalah buat strategi nak mengorat. walaupun nampak Guan Chou jenis tak serius tapi dia sangat sayang pada Qiao Yi dan hubungan mereka berdua sangat rapat. Guan Chou bercinta dengan kawan baik Qiao Yi, Hao Wuyi.

Guan Chou dan Wuyi pernah bercinta sekejap zaman sekolah sebab time tu Guan Chou ada bet dengan Dachuan. so bila Wuyi dapat tahu memang dia mengamuk tapi mereka berjanji nak jadi bestfriend. bila masuk zaman kerja mereka jadi rapat balik sebab kebetulan pula berjiran.

sebenarnya Guan Chou dan Wuyi memang masing-masing ada perasaan sejak zaman sekolah tapi masalah utamanya Guan Chou ni trauma nak berkahwin sebab tu dia tak pernah nak ambil serius dalam setiap relationship.


lagi sorang geng mereka ni ialah Fei Dachuan, mula-mula tengok ingatkan dia ni gengster iyelah muka ganas kot rupanya dalam hati ada taman. mereka semua sebaya tapi Dachuan sebenarnya pacik Yan Mo sebab tu mereka berdua agak rapat dan buka syarikat bersama.


drama ni nampak menarik di episode awal tapi lepas tu plot cerita dah makin kurang smooth, tak tahu mereka sengaja nak panjangkan episode sebab ada few part yg aku rasa bosan dan terlalu dragging. 

background music juga agak menganggu sebenarnya, dalam drama ni memang ada scene sedih tapi ada juga scene yg tak berapa sedih tapi dia punya music sedih macam tengok melodrama so aku tak tahu sama ada director nak suruh aku menangis ke nak suruh gelak dekat scene yg tak berapa sedih tu.

aku rasa yg best tengok drama sebab pelakon dia, bukan setakat pasangan utama tapi chemistry semua pelakon pun nampak sangat serasi antara satu sama lain.

15 comments:

  1. pompuan tu ada iras2 moon geum-young hehe

    ReplyDelete
  2. dah lama tak tengok drama china or korea hehe :3

    ReplyDelete
  3. Pelakon utama tu best.. bolehlah try tengok nanti..

    ReplyDelete
  4. Lately I suka layan drama China. Boleh masuk dalam list ni.

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak layan drama cina nih dik, dulu masa takde drama korea drama cina la jd kegilaan

    ReplyDelete
  6. haaa, Can Yang punya other drama. Hehe Jap. masuk list. Haha

    ReplyDelete
  7. Saya tinggalkan jejak di sini 😊

    ReplyDelete
  8. dah lama sungguh pencen tengok drama cina..
    macam comel je citer ni hehe.. rasa gatai nak search cari =D

    ReplyDelete
  9. dalam drama dan filem, muzik memang memainkan peranan penting...kalau tersilap pilih, tak sampai apa yang pengarah nak nanti...

    ReplyDelete
  10. Lama xlayan citer cina. Apesal tajuk dia.mcm.ada bunyi french gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahulah, saya pun curious juga kenapa tajuk dia dalam french..hehe

      Delete
  11. Best sangat. Rasanya dah 3 kali repeat tengok. Haha

    ReplyDelete
  12. lamanya tak layan drama cina.

    ReplyDelete