Sinopsis Telefilem Auta (TV9)

Sinopsis Telefilem Auta (TV9)

Telefilem : Auta
Produksi : World Evolution Brain Sdn Bhd
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Suzanna Zaily Zin
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 April 2016
Pelakon : Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid, Balkisyh Semundur Khan, Rosli Rahman Adam, Zarina Md Nor, Da’i Hijrah

Sinopsis Telefilem Auta (TV9)

Sinopsis Telefilem Auta

Mengisahkan Nizam (Shukri Yahaya) seorang yang rajin bersolat di masjid dan menghadiri ceramah agama tapi malas untuk bekerja. 

Nizam telah jatuh hati dengan Faridah (Nad Zainal), Mak Salmah pun berkenan dengan Nizam  untuk dijadikan menantu sebab Nizam seorang yang rajin bersolat dan berharap Nizam dapat mengubah perangai suaminya yang malas bersolat.

Pada awal perkahwinan Nizam dan Faridah semuanya baik-baik sahaja namun Mak Salmah tidak senang melihat perangai Nizam yang pemalas dan tidak mahu mencari kerja. Kalau Faridah dan Mak Salmah menegur ada sahaja alasan dan disertakan dengan hadis lagi untuk memberitahu kenapa dia tidak bekerja.

Faridah dan emaknya berpakat mencari jalan untuk mengubah sikap pemalas Nizam. Adakah Nizam akan sedar dengan tanggungjawabnya pada keluarga?


Sinopsis Drama Operandi Gerhana (Netflix)

Sinopsis Drama Operandi Gerhana (Netflix)

Drama : Operandi Gerhana
Produksi : Infinite Studio
Pengarah : Mike Wiluan
Siaran : meWatch (Singapura)/ Netflix
Mula Tayangan : 25 September 2023
Episod : 6
Genre : Jenayah, Thriller

Sinopsis Drama Operandi Gerhana

Diinspirasi dari kisah benar mengisahkan dedikasi dan pengorbanan skuad risikan khas, PhantomSquad yang ditubuhkan untuk membanteras dunia kongsi gelap yang berleluasa di Singapura pada tahun 1955.

Omar and Yusof, two police constables assigned to investigate the kidnapping of one of their own senior officers in gangland crime-ridden Singapore in 1955. The duo received intel on a mysterious gang vying for dominance in the triad wars, and put together an unconventional motley crew of constables who must work undercover to solve the case.

Pelakon dan Watak

  • Fir Rahman sebagai Omar
  • Kamal Adli sebagai Yusof
  • Aaron Mossadeg sebagai Adam
  • Casandra Spykerman sebagai Nayla
  • Carmen Soo sebagai Lily
  • Jamie Aditya sebagai Aqsad
  • Alaric Tay sebagai Chen
  • Shane Mardjuki sebagai Viper
  • Michael Wahr sebagai Johnson
  • Eduwart Manalu sebagai Saleh
  • James Kumar sebagai Muru
  • Mathi Alagan sebagai Captain Rajan
  • Sunny Pang sebagai Bull
  • Fatin Amira sebagai Zaina
  • Preihan Dinesh sebagai Nanda
  • Hasif Nasir sebagai Malik

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Drama : From Saga With Love
Produksi: Red Communications Sdn Bhd
Pengarah: Umie Salwana Omar
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor
Genre : Romantik, Komedi
OST/ Lagu Tema : Cin-Ta (Amir Johari)
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 21 September 2023
Masa : Khamis
Episod : 10
Durasi : 20 minit

Sinopsis Drama From Saga With Love

Karma seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Pelakon dan Watak From Saga With Love

  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila
  • Zoey Rahman sebagai Zairin

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

From Saga With Love akan bersiaran pada setiap hari khamis bermula 21 September 2023 di platform penstriman VIU Malaysia.

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Telefilem : Pencipta Pegang Waktu
Produksi : Gambo.TV
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 31 Julai 2020
Pelakon : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu

Mengisahkan Zaman (Khir Rahman) yang malu apabila orang kampung mengelar adiknya, Zee (Que Haidar) sebagai lintah lembik kerana perwatakan Zee yang lembut menyebabkan hubungan dua beradik ini menjadi dingin dan renggang.

Selepas ibunya meninggal dunia, Zee merasakan dirinya makin terpinggir dari ayah dan abangnya menyebabkan dia membuat keputusan untuk mencuba nasib di bandar dengan bakat menjahit dan seni sulaman yang diwarisi dari arwah ibunya.

Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Telefilem : Tebus
Produksi : AR Factor Resources Sdn Bhd
Pengarah : Abdul Latif Ismail
Penulis Skrip : Rina Khan
Siaran : TV2
Tayangan : 19 September 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Reen Rahim, Risteena Munim, Alya Iman, Rania Humaira, Daniel Lim Santoso, Qazem Nor

Sinopsis Telefilem Tebus (TV2)

Sinopsis Telefilem Tebus

Mengisahkan Sofia (Reen Rahim) seorang ibu yang cuba menyelamatkan anaknya, Aira (Rania Humaira) yang dipercayai menjadi mangsa penculikan seorang lelaki.

Sofia tidak menyedari anaknya sebenarnya diculik oleh seorang wanita yang merupakan jirannya, Elly ( Risteena Munim). Elly mengalami tekanan mental kerana kehilangan anaknya dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia bertindak menyembunyikan Aira di rumahnya.

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu (TV2)

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu (TV2)

Telefilem : Tari Sama Bayu
Produksi : Arcadia Gate Sdn Bhd
Pengarah : Hani Jeff
Penulis Skrip : Dato Jeff Omar
Siaran : TV2
Tayangan : 16 September 2023
Masa : Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Larry Noh D’Kanju, Enn Xaviera, Nora Ting, Sharif Iswan, Abd Razak Abd Karim, Kevin Omiting, Roza Ain Naquiah, Matinin Sungkin.

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu (TV2)

Sinopsis Telefilem Tari Sama Bayu

Mengisahkan perjuangan seorang bekas penari, Syah yang terhenti aktivitinya kerana keadaan sakit slipdiscnya. 

Syah menjadi tenaga pengajar kumpulan pelajar sekolah menengah kawasan jauh dari kemudahan perbandaran dan diulit kehidupan yang bukan sahaja miskin serba kekurangan tetapi berhadapan dengan masalah silih berganti.

Atas semangat berpasukan, mereka telah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan dan kemudian mewakili negara menjuarai dan memenangi beberapa pingat di peringkat antarabangsa “World Cup Dance”. 

Pelbagai rintangan dihadapi oleh Syah sebelum sampai ke peringkat ini. Syah telah dianugerah oleh pelbagai negara sebagai kreografer / jurulatih tarian budaya terbaik sekaligus mengangkat nama negara Malaysia ke persada dunia menerusi seni budaya.

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Telefilem : Hassan Turbo
Produksi : Balang Rimbun Sdn Bhd
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 3 Ogos 2019
Pelakon : Pekin Ibrahim, Issey Fadlisham, Saidi Sabri, Engku Sulwani, Laila Nasir, Ungku Hanafi, Afifah Nasir, Ladin Nuawi

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo

Mengisahkan Hassan (Pekin Ibrahim) seorang jaguh muay thai yang telah bersara membuat keputusan untuk menyarung semula sarung tangang dan kembali ke gelanggang kerana satu janji.

Hal ini kerana Duan Betis Besi yang berdendam dengan Hassan telah melarikan Salmi yang merupakan anak Tuan Guru Muay Thai mereka. Hassan berjaya menjejaki Duan di Kuala Lumpur namun Duan telah membuat pertaruhan supaya mereka bertarung jika Hassan ingin mendapatkan semula Salmi.

Adakah Hassan berjaya membawa Salmi pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya?

Sinopsis Telefilem Hassan Turbo (TV3)

Telefilem Hassan Turbo akan bersiaran semula pada 16 September 2023, hari sabtu jam 10.00 malam di Cerekarama TV3.

Sinopsis Telefilem Titi Kayu (TV3)

Sinopsis Telefilem Titi Kayu (TV3)

Telefilem : Titi Kayu
Produksi : Eleven Field Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Joe Sidek
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 9 Februari 2019
Pelakon : Michael Ang, Syed Ali Murtadha, Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly, Aril Shahril

Sinopsis Telefilem Titi Kayu (TV3)

Sinopsis Telefilem Titi Kayu

Mengisahkan Ah Lim atau Alim yang berusia 35 tahun seorang yang lurus bendul berkawan baik dengan Umar yang berumur 9 tahun.

Rumah mereka berhampiran tapi dipisahkan dengan sebatang sungai menyebabkan Alim terpaksa berkayuh basikal dengan jarak yang agak jauh untuk pergi bermain dengan Umar.

Suatu hari, mereka mendapat idea untuk membina sebuah titi kayu untuk menghubungkan rumah mereka  namun ketua kampung tidak bersetuju dengan idea mereka.

Hal ini menyebabkan Alim dan Umar tekad membina sendiri titi kayu tersebut tanpa bantuan penduduk kampung. Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Sinopsis Telefilem Kek Lapis Penganan Pilah (TV Okey)

Sinopsis Telefilem Kek Lapis Penganan Pilah (TV Okey)

Telefilem : Kek Lapis Penganan Pilah
Produksi : Citra Ummah Network Sdn Bhd
Pengarah : Mohamed Nor Bujang
Siaran : TV Okey
Tayangan : 15 September 2023
Masa : Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Fadilah Mansor, Nazim Othman, Fazira Shafinaz, Alif Hadi, Ikhlas Jalil, Kuben Mahadevan

Sinopsis Telefilem Kek Lapis Penganan Pilah (TV Okey)

Sinopsis Telefilem Kek Lapis Penganan Pilah

Mengisahkan Safiah (Fazira Shafinaz) seorang suri rumah yang berasal dari Sarawak terpaksa mengikut suaminya berhijrah ke Kuala Pilah. 

Beberapa bulan di tempat baru, Safiah bercadang untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak untuk menambah pendapatan keluarga dan mengisi masa terbuang. Kek Lapis Safiah mula mendapat tempahan selepas menggunakan platform media sosial sebagai medan promosi. 

Ketika itu muncul Zaidi (Alif Hadi), seorang pengusaha Dodol Melaka yang sering melihat status Kek Lapis Safiah di media sosial mula kurang senang serta merasakan Safiah adalah pesaingnya. Perbalahan perniagaan tercetus antara keduanya. 

Sinopsis Telefilem Salam Manis (TV2)

Sinopsis Telefilem Salam Manis (TV2)

Telefilem : Salam Manis
Produksi : Eccentro Distro Sdn Bhd
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV2
Tayangan : 12 September 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Ruhanies, Azrel Ismail, Adam Shah, Nur Risteena Munim, Jasmin Hamid, Arash Mohd , Zain Hamid, Zazlee Baginda

Sinopsis Telefilem Salam Manis (TV2)

Sinopsis Telefilem Salam Manis

Mengisahkan seorang gadis yang fobia untuk keluar rumah kerana dihantui peristiwa lampau dan kemudiannya jatuh cinta kepada doktor yang merawatnya namun dikhianati.

Sinopsis Drama Inspektor Babyface (TV2)

Sinopsis Drama Inspektor Babyface (TV2)

Drama : Inspektor Babyface
Produksi : Knack Knack Studio
Pengarah : Norliza Ismail
Siaran : TV2
Tayangan : 12 September 2023
Masa : Isnin-Selasa | 9.00 Malam
Episod : 26
Pelakon : Radem Zaharatul, Zarul Umbrella, Tuan Asmawi, Maria Farida, Tony Eusoff, Bell Ngasri, Mathni Razak, Melanie Tan, Danial Dashuki

Sinopsis Drama Inspektor Babyface

Sebuah drama aksi komedi, mengisahkan Pika seorang anggota polis yang menyamar menjadi pelajar kolej untk membongkar misteri Babyface. Babyface adalah kosmetik yang mempunyai bahan terlarang. Dapatkah Pika merungkai Babyface.

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih (TV3)

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih (TV3)

Telefilem : Sehelai Selendang Putih
Produksi : ZK Creative Production
Pengarah : M Nazir Juhan
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 27 April 2019
Pelakon : Elizad Sharifuddin, Fahrin Ahmad, Nad Zainal, Ika Nabella, Hanani Malika, Faiz Fathullah, Norasyikin

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih (TV3)

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih

Mengisahkan Zahra (Siti Elizad) seorang yang cantik dan mempunyai pendapatan yang bagus sebagai pengasas produk kecantikan tidak dapat menerima hakikat yang dirinya dimadukan.

Untuk membalas perbuatan Anuar (Fahrin Ahmad), Zahra tidak membenarkan dua orang anaknya bertemu dengan bapa mereka sehinggalah Zahra mengetahui Aisyah (Nad Zainal) menghidap kanser tahap 4.

Walaupun sukar menerima kehadiran Aishah sebagai isteri kedua Anuar, Zahra tekad mahu berubah dan menjaga Aishah dengan baik sebelum wanita itu menutup mata.

Sinopsis Telefilem Kakak Iparku Memang Win (TV9)

Sinopsis Telefilem Kakak Iparku Memang Win (TV9)

Telefilem : Kakak Iparku Memang Win
Produksi : Ansar Creative Media Sdn Bhd
Pengarah : Khalid Nadzri
Penulis Skrip : Azlina Din
Siaran : TV9
Tayangan Asal : 18 September 2017
Pelakon : Aliff Aziz, Nur Risteena Munim, Kuza, Muntazar Ghani, Adriana Fareesha, Annees Sofea, Aishah Azman, Amin Rahim

Sinopsis Telefilem Kakak Iparku Memang Win (TV9)

Sinopsis Telefilem Kakak Iparku Memang Win

Mengisahkan Irfan yang tidak sabar mahu bertemu dengan bakal kakak iparnya iaitu Siti (Risteena Munim) yang bakal berkahwin dengan abangnya, Ardi (Aliff Aziz).

Irfan terkejut dengan perwatakan Siti yang tidak seperti yang dibayangkan dan berbeza dengan kakak iparnya yang lain. 

Walaupun tidak pandai bergaya dan mempunyai pekerjaan yang bagus seperti birasnya yang lain, Siti pandai membawa diri dalam keluarga Ardi dan ikhlas menjaga opah Ardi yang kurang sihat di kampung.

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci (TV3)

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci (TV3)

Telefilem : Terlakur Cinta Suci
Produksi : Spektra Selasih Sdn Bhd
Pengarah : DatoTamimi Siregar
Penulis Skrip : Hafeezul Why
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 28 Julai 2018
Pelakon : Beto Kusyairy, Rita Rudaini, Mimi Lana, Ika Nabila, Shakilla Khoriri, Zalfa Zin

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci (TV3)

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci

Mengisahkan pertemuan Aleyna lakonan Mimi Lana, dengan Ustazah Safiya (Rita Rudaini) dalam keadaan yang tidak terduga ketika dia ingin berubah, bukan hanya memberikannya seorang suami, malah peluang membuat dia insaf.

Ustazah Safiya memperkenalkan Aleyna dengan Ustaz Aqrudin (Beto Kusyairi) untuk menjadi guru agamanya. Dalam masa yang sama Safiya mempunyai niat untuk menjodohkan Aleyna dengan Aqrudin yang juga merupakan suaminya kerana dirinya tidak boleh mengandung kerana menghidap penyakit SLE.

Aqrudin terkejut dengan cadangan isterinya dan tidak bersetuju untuk menduakan Safiya. Izzati (Ika Nabila) yang merupakan kawan baik Safiya juga tidak setuju dengan perkara tersebut lalu cuba menyiasat latar belakang Aleyna dan terkejut apabila mengetahui kehidupan Aleyna sebelum berhijrah ke jalan yang diredhai Allah.

Baca juga : 

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi (TV2)

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi (TV2)

Telefilem : Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi
Produksi : Nicknique Production
Pengarah : Jumal Yunus
Siaran : TV2
Tayangan : 5 September 2023
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Vanida Imran, Sharnaaz Ahmad, Eyra Hazali, Ridzuan Hashim, Aedy Ashraf, Liza Abdullah

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi (TV2)

Sinopsis Telefilem Datangmu Ku Benci Pergimu Ku Tangisi

Mengisahkan Ijat, seorang lelaki yang dibesarkan dalam kemewahan tetapi jatuh miskin setelah kematian kedua ibu bapanya. 

Dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian seorang suami. Santi, isteri kepada suami tersebut telah memaksa Ijat menggantikan suaminya bekerja menyara keluarga mereka dan tidak akan membuat laporan polis. 

Ijat yang pada mulanya dibenci oleh orang-orang kampung tetapi lama-kelamaan mereka menyukainya.

Sinopsis Telefilem Hujan Merah (TV2)

Sinopsis Telefilem Hujan Merah (TV2)

Telefilem : Hujan Merah
Produksi : Kaya Kenyalang Sdn Bhd
Pengarah : Azhar Khalid
Penulis Skrip : Bade Hj Azmi
Siaran : TV2
Tayangan : 4 September 2023
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Adeline Tsen, Ikhwan Khairudin, Jeremy Bong, Kazuto Soon, Sharifah Anthasha, Faizul Syaharin

Sinopsis Telefilem Hujan Merah (TV2)

Sinopsis Telefilem Hujan Merah

Sebuah telemovie psycho thriller yang mengisahkan Julia lakonan Andeline Tsen, seorang jururawat yang mengidap penyakit mental 'paranoid skizofrenia'.

Saksikan telefilem Hujan Merah pada hari isnin ini jam 9.00 malam di TV2.