Sinopsis Telefilem Auta (TV9)

Sinopsis Telefilem Auta (TV9)

Telefilem : Auta
Produksi : World Evolution Brain Sdn Bhd
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Suzanna Zaily Zin
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 April 2016
Pelakon : Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid, Balkisyh Semundur Khan, Rosli Rahman Adam, Zarina Md Nor, Da’i Hijrah

Sinopsis Telefilem Auta (TV9)

Sinopsis Telefilem Auta

Mengisahkan Nizam (Shukri Yahaya) seorang yang rajin bersolat di masjid dan menghadiri ceramah agama tapi malas untuk bekerja. 

Nizam telah jatuh hati dengan Faridah (Nad Zainal), Mak Salmah pun berkenan dengan Nizam  untuk dijadikan menantu sebab Nizam seorang yang rajin bersolat dan berharap Nizam dapat mengubah perangai suaminya yang malas bersolat.

Pada awal perkahwinan Nizam dan Faridah semuanya baik-baik sahaja namun Mak Salmah tidak senang melihat perangai Nizam yang pemalas dan tidak mahu mencari kerja. Kalau Faridah dan Mak Salmah menegur ada sahaja alasan dan disertakan dengan hadis lagi untuk memberitahu kenapa dia tidak bekerja.

Faridah dan emaknya berpakat mencari jalan untuk mengubah sikap pemalas Nizam. Adakah Nizam akan sedar dengan tanggungjawabnya pada keluarga?


1 comment: