Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci (TV3)

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci (TV3)

Telefilem : Terlakur Cinta Suci
Produksi : Spektra Selasih Sdn Bhd
Pengarah : DatoTamimi Siregar
Penulis Skrip : Hafeezul Why
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 28 Julai 2018
Pelakon : Beto Kusyairy, Rita Rudaini, Mimi Lana, Ika Nabila, Shakilla Khoriri, Zalfa Zin

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci (TV3)

Sinopsis Telefilem Terlakur Cinta Suci

Mengisahkan pertemuan Aleyna lakonan Mimi Lana, dengan Ustazah Safiya (Rita Rudaini) dalam keadaan yang tidak terduga ketika dia ingin berubah, bukan hanya memberikannya seorang suami, malah peluang membuat dia insaf.

Ustazah Safiya memperkenalkan Aleyna dengan Ustaz Aqrudin (Beto Kusyairi) untuk menjadi guru agamanya. Dalam masa yang sama Safiya mempunyai niat untuk menjodohkan Aleyna dengan Aqrudin yang juga merupakan suaminya kerana dirinya tidak boleh mengandung kerana menghidap penyakit SLE.

Aqrudin terkejut dengan cadangan isterinya dan tidak bersetuju untuk menduakan Safiya. Izzati (Ika Nabila) yang merupakan kawan baik Safiya juga tidak setuju dengan perkara tersebut lalu cuba menyiasat latar belakang Aleyna dan terkejut apabila mengetahui kehidupan Aleyna sebelum berhijrah ke jalan yang diredhai Allah.

Baca juga : 

No comments:

Post a Comment