Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

Drama : From Saga With Love
Produksi: Red Communications Sdn Bhd
Pengarah: Umie Salwana Omar
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor
Genre : Romantik, Komedi
OST/ Lagu Tema : Cin-Ta (Amir Johari)
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 21 September 2023
Masa : Khamis
Episod : 10
Durasi : 20 minit

Sinopsis Drama From Saga With Love

Karma seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar.

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Pelakon dan Watak From Saga With Love

  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila
  • Zoey Rahman sebagai Zairin

Sinopsis Drama From Saga With Love (VIU)

From Saga With Love akan bersiaran pada setiap hari khamis bermula 21 September 2023 di platform penstriman VIU Malaysia.

No comments:

Post a Comment