Telefilem | Tiada Galang Ganti (Cerekarama TV3)


Telefilem : Tiada Galang Ganti
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Along Kamaludin
Siaran : Cerekarama TV3
Tayangan : 24 Mei 2020
Pelakon : Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adriana, Fimie Don, 
Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat

Telefilem Tiada Galang Ganti akan diulang tayang di slot Cerekarama TV3 pada 26 Jun 2021 hari sabtu jam 9.00 malam. sebuah telemovie arahan Alang Kamaludin dan dibintangi barisan pelakon seperti Raja Atiq, Muntazar Ghufran dan Puteri Adrianna.

Tiada Galang Ganti mengisahkan Alif (Raja Atiq) yg selalu mengeluh dan memberontak dengan kesempitan hidup yg dihadapi keluarganya. Alif tak memahami segala kesusahan yg dihadapai ibu dan ayahnya dalam mencari nafkah untuk membesarkan dia dan adik-adiknya.

Suatu hari, ibu dan ayah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan Alif terpaksa memikul tanggungjawab mereka untuk menjaga adik-adiknya. sekarang baru Alif faham dengan kesusahan yg dipikul orang tuanya dan kini Ali sedar yg tiada siapa yg dapat menjadi galang ganti tempat mereka.

Lagu | Marsha Milan feat Fanzi Ruji - Ika Noh (OST Love Elsa)


Artis : Marsha Milan feat Fanzi Ruji
Lagu : Ika Noh (It's You)
Komposer : Marsha Milan
Lirik : Fanzi Ruji, Asfarinah Mansor, Carlesie Lubin


LIRIK

Pirubaan toh di pogulu
Osorou ku ih ngisngis nu
Di olumis
Kogogor tundu undu ku
Iti manaku komoyon
Do piginawaan

Osorou ku sorot di mato nu
Atarom kotodok
Tundu undu ku
Aganggarau ginawo ku
Inggaa pakayaan

Mibatos kito ngoduo
Do mindalan diti
Koposion toh

Oh, It's You
Oh, It's You
Oh, It's You, ooh..
Oh, It's You
Oh, It's You
Oi koupusan ku

Miiso oh duo ginawo
Ika songulun toronongon ku
Hiti oku ih  kasari
Mongintong dika

Osorou ku ih ngisngis nu
Kogogor tundu undu ku
Iti manaku komoyon
Do piginawaan

Osorou ku sorot di mato nu
kotodok tundu undu ku
Aganggarau ginawo ku
Inggaa pakayaan

Oh, It's You
Oh, It's You, ooh..
Oh, It's You
Oh, It's You
Oh, It's You, ooh..

Mibatos kito ngoduo
Do mindalan diti
Koposion toh

Oh, It's You, ooh..
Oh, It's You
Oi koupusan ku


[BM Translation]

Pertemuan kita dahulu
Ku terbayang senyuman indahmu
Berdebar rasa hatiku
Adakah ini makna cinta?

Ku terbayang lirikan matamu
Tajam menusuk kalbuku
Berdebar jiwaku rasa tak menentu

Kita berjanji
Menjalani perjalanan hidup kita

Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh kekasihku

Dua hati menjadi satu
Engkau pilihan hatiku
Aku akan selalu menjagamu

Ku terbayang senyuman indahmu
Berdebar rasa hatiku
Adakah ini makna cinta?

Ku terbayang lirikan matamu
Tajam menusuk kalbuku
Berdebar jiwaku rasa tak menentu

Kita berjanji
Menjalani perjalanan hidup kita

Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu
Oh hanya kamu

Telefilem | Di Atas Landasan (Cerekarama TV3)


Telefilem : Di Atas Landasan
Produksi : Mirnaz Studio
Pengarah : Khalil Hj Salleh
Tayangan : 19 Jun 2021
Siaran : TV3
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Idris Khan, Sherinie Myra, Erbi Kornelis, Dato Jaafri, 
Meen Liashine, Linda Willie, Veonna Lav

Telefilem Di Atas Landasan akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 19 Jun 2021 hari sabtu jam 9 malam. diarahkan oleh Khalil Haji Salleh dan dibintangi oleh Idris Khan dan Sherinie Myra.


Di Atas Landasan mengisahkan percintaan Rumi (Idris Khan) dan Julia (Sherinie Myra) yg mendapat tentangan keluarga kerana berbeza pangkat dan darjat sehingga nyawa menjadi ancaman.

Mampukah cinta Rumi dan Julia bersatu kembali? Saksikan semuanya dalam telefilem Di Atas Landasan di Cerekarama TV3.

Review Novel | Dia Seadanya by Hanina Abdullah


Novel : Dia Seadanya
Penulis : Hanina Abdullah
Helaian : 546
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2021

PROJEK pertama, ditolak. Projek kedua, tak berkenan. Projek ketiga, ehemmm… Si Alpha Male ni buatkan dirinya setiap malam teringat-ingat pulak! Bukan senang tau hati seorang Emmalyn yang pendiam boleh tergugat. Tapi… yang di sebelah sana terpikatkah? Maklumlah, stok lelaki ala-ala Zul Ariffin kut, takkanlah susah nak cari jodoh? Emmalyn tahu, dirinya dijadikan ‘gula’ untuk menarik Si Tareq..

Pada saat dua-dua setuju untuk jadikan hubungan lebih serius, tiba-tiba hadir seorang wanita berbaju kebaya biru lembut, berselendang kain chiffon putih keluar dari kereta dan membuka pintu penumpang. Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia lima tahun turun, lalu dipimpin wanita itu berjalan menuju ke beranda.

Perempuan cantik itu namanya Inessa. Siapa Inessa? Kenapa semua orang nampak terkejut dan bagai tak suka Inessa ini datang? Dikenalkan oleh keluarga, cinta mereka bukanlah cinta pandang pertama. Adakah cinta projek ketiga ini akan tetap utuh pabila dilanda dugaan?

Dia Seadanya mengisahkan Emmalyn yg nak dijodohkan dengan Tareq oleh mak saudaranya, baik Emmalyn dan Tareq tak ambil serius pun soal jodoh. Tareq ni pula bekerja kat luar negara, balik pun untuk bercuti dan tak terfikir nak menetap di Malaysia.

fasa perkenalan tu kelakar sebab orang lain kalau dating pilih tempat yg romantik bagai tapi diorang dua ni boleh pilih pergi panjat bukit masuk gua adventure habis. dalam tempoh yg singkat tu juga Tareq terjatuh hati dengan perwatakan Emmalyn dan terus ajak kahwin.

bila hubungan nak serius muncul pula Innesa dengan anak lelakinya tapi part ni salute sangat dengan cara Emmalyn yg tak cepat melatah dan cuba selesaikan satu persatu masalah yg muncul dalam hubungan mereka.

konflik dalam perkahwinan Emmalyn dan Tareq ni tak banyak pun tapi jadi panjang sikit sebab terheret untuk selesaikan masalah orang lain. conclusion kat sini, komunikasi antara pasangan tu sangat penting dan boleh terima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan yg ada pada pasangan masing-masing.

**MY RATING: ⭐⭐⭐⭐ 4/5**

Review Novel | Bukan Dark Metalik by PyNat Mouri


Novel : Bukan Dark Metalik
Penulis : PyNat Mouri
Helaian : 564
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : September 2020

Bukan Dark Metalik mengisahkan Erhan Fitri dan Farah Hilani yg pernah ditangkap berdua-duaan ketika sekolah dahulu. Erhan menafikan semua itu cuma salah faham tapi tiada siapa mempercayainya dan Hilani pula memilih berdiam diri tanpa menjelaskan perkara sebenar. akibatnya semua guru dan pelajar memandang serong kepada Erhan.

10 tahun kemudian mereka bertemu kembali kali ini Erhan sebagai majikan dan Hilani pula setiausahanya. Erhan masih berdendam kerana peristiwa silam tersebut walaupun Hilani telah banyak kali memohon maaf.

jujur cakap aku tak boleh nak masuk dengan cerita dan watak yg ada dalam novel ni. bila flashback zaman sekolah rasa terhibur juga dengan perangai masing-masing tapi selepas 10 tahun aku rasa watak-watak ni masih lagi kurang matang bila dialog yg mereka guna lebih kurang sama.

memang kesian dengan Erhan bila kena fitnah macam tu dan satu sekolah jadi toksik dengan dia sampai dia pilih untuk berpindah. so macam tak hairan dia masih berdendam tapi cara dia tu langsung tak nampak matang. kalau nak balas dendam dan bagi pengajaran cubalah cari cara yg bijak sikit.

Hilani pula tak habis minta maaf. yg annoying tak nampak pula macam ikhlas. kata salah sendiri tapi tak habis nak salahkan Erhan. kata rasa bersalah bila tengok muka orang tu hensem dada bidang tertiba nak mengedik dah kenapa.

apapun masing-masing dah cukup dewasa, selesaikan semua masalah dan salah faham yg berlaku dengan cara orang dewasa bukan bergaduh bertekak macam budak sekolah. sorilah novel ni memang langsung tak kena dengan jiwa sis.

**MY RATING: ⭐⭐ 2/5**

Telefilem | Gostan (Cerekarama TV3)


Telefilem : Gostan
Produksi : HUG Pictures
Pengarah : Mark Lee
Tayangan : 12 Jun 2021
Siaran : Cerekarama TV3
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Keith Foo, Daniell Sya, Queenzy Cheng, Alvin Wong, Steve Yap

Telefilem Gostan akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 12 Jun 2021 jam 10 malam. Diarahkan oleh Mark Lee dan dibarisi barisan pelakon seperti Keith Foo, Daniella Sya, Queenzy Cheng, Alvin Chong dan ramai lagi.


GOSTAN mengisahkan keterujaan seorang lelaki yg berjaya membeli kereta baru dan sejak itu hidupnya tak tenteram bila ternampak kelibat aneh melalui cermin pandang belakang. seterusnya membongkar misteri sebuah kejadian langgar lari.

apakah identiti dan misteri yg di sebalik kereta tersebut? Saksikan semuanya dalam telefilem Gostan Cerekarama TV3.

Lirik Lagu | Marsha Milan - Cinta (OST Masih Ada Rindu)


Artis : Marsha Milan
Lagu : Cinta
Komposer : Bunga Cantik
Lirik : Hang Nadim

LIRIK

Detik berganti
tak akan kembali sudah
walau darah air mata

Tiap memori
seakan menghenti masa
renungkan suka dan duka

Fahami semuanya
fahamkan segala-gala
kisah yang sudah
beningkan raga
jernihkan jiwa

Inginnya aku berlari
dan mendekatimu
rupa-rupanya kau
di depan mata

Ingin aku terbang tinggi
teruskan mencari
Ku terlupa untuk menutup mata

Hooo Hooo…
Hooo Hooo…
Hooo Hooo Hoo…
Hooo Hooo Hoo…

Detik berganti
Tak akan melaju masa
Untuk melihat ke sana

Apa pun datang
Mudahkan sabar dan tenang
Minta senang kesulitan

Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa

Inginnya aku berlari
dan mendekatimu
rupa-rupanya kau
di depan mata

Ingin aku terbang tinggi
teruskan mencari
Ku terlupa untuk menutup mata