Novel | Seteguh Fayqa

(PNM e-Reader)

Novel : Seteguh Fayqa
Penulis : Hanina Abdullah
Helaian : 774
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : Julai 2014

Seteguh Fayqa kisah Fayqa yg menyelamatkan kawan baiknya Dzahim yg dipukul gengster, dari situ di berkenalan dengan keluarga haji Dzulkarnain. bagi menjaga keselamatan Fayqa, mereka mengajak Fayqa tinggal dirumah mereka memandangkan Fayqa tiada sesiapa di Kuala Lumpur. dari situ Fayqa berkenalan dengan Dzariff abang Dzahim dan hubungan mereka tidaklah mesra sangat sebab Dzariff a.k.a si jeneral sengal ni ada aura abang sulung so semua orang kena ikut cakap dia dan dah tentu Fayqa si minah brutal yg dah biasa hidup berdikari tak sebulu dengan Dzariff.

permulaan cerita memang rasa best dan comel je dengan Dzariff dan Fayqa tapi bila masuk ke alam perkahwinan cerita dia sedikit mendatar dan bosan sebab Dzariff ni dia punya sibuk ya ampun sampai tak ingat bini di rumah. Fayqa pula kononnya nak jadi isteri mithali yg cuba memahami kesibukan sang suami tapi akhirnya benda tu tanpa sedar dah menjejaskan hubungan mereka berdua lagi-lagi bila cik Mushy Pushy (lupa nama minah ni) ada antara mereka. novel ni sebenarnya lebih kepada konflik rumah tangga berpunca daripada orang ketiga.

cik Musy adalah business partner Dzariff dan mereka dah berkawan lebih dari 10 tahun, apa yg Dzariff tak sedar Musy ni ada hati kat dia. sampai satu tahap aku rasa nak hempuk kepala Dzariff ni sebab dia punya tahap blur dengan perasan Musy dah sampai 7 petala kot sampaikan orang lain bagitahu yg Musy ada hati kat dia pon still tak nampak itupun dia tahu juga bila Musy sendiri yg confess mau terkejut beruk time tu.

apa yang aku suka dengan watak Fayqa ni walaupun lebih muda tapi dia tak childish nak handle masalah rumah tangga macam sikit-sikit lari dari rumah. Fayqa ni memang dah give up (sapa tak frust dapat laki blur macam Dzariff) dengan hubungan mereka suami isteri tapi dia bangkit untuk pertahankan rumah tangga dia dengan sokongan adik-adik iparnya. Fayqa ni beruntung sebenarnya walaupun Dzariff buat hal tapi adik-beradik Dzariff sentiasa bagi sokongan moral pada Fayqa lagi-lagi tang nak handle cik Mushy Pushy tu.

3 comments: