Novel | Raid Arjuna

Novel : Raid Arjuna
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 688
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Disember 2018

aku rasa macam baru je baca buku Rose Harissa, Hatiku Untuk Dia tetiba dia keluar lagi buku baru Raid Arjuna terus grab je la..hihi. bila dengar tajuk buku ni bunyi klasik betul nama hero dia Raid Arjuna dan satu benda yg menarik mengenai buku ni ialah pergunaan penuh bahasa melayu. benda yg agak struggle untuk aku bila banyak term bahasa melayu yg tak biasa dengar dan ada juga pernah dengar tapi tak tahu maksudnya so terpaksa google juga tapi ok la dapat belajar perkataan baru..hihi

Raid Arjuna kisah mengenai konspirasi dalam dunia korporat untuk menjatuhkan keluarga Tuan Gilbert dengan penculikan Raid hingga membawa tragedi pembunuhan Tuan Gilbert dan ibunya pula hilang tanpa dapat dikesan. kejadian malang yg berlaku di permulaan cerita untuk menunjukan bagaimana watak Raid Arjuna yg lembik dan kuat memberontak bangkit menjadi kuat untuk menuntut keadilan dengan caranya sendiri. buku ni memang kekuatannya pada watak Raid Arjuna itu sendiri.

Asyanur pula antara penyebab kepada perubahan watak Raid Arjuna. apa yg aku suka dengan watak Asyanur ni dia tak mudah melatah bila orang cakap betapa jahatnya Raid Arjuna sebab dia guna akal fikiran untuk menilai sendiri Raid Arjuna. kadang aku terkejut juga dengan Asyanur bagaimana positifnya penerimaan dia bila tahu cerita sebenar kemalangan yg menimpa keluarganya dan apa kaitan Raid dengan kejadian tersebut. pendek cakap watak Asyanur sangat matang dari usia dan sentiasa bagi sokongan pada Raid.

novel ni dari awal memang penuh dengan babak aksi dan kisah konspirasi dunia korporat, jujur cakap aku tak berapa nak paham bila masuk penerangan bab business bab ekonomi, macam lost sikit..haha tapi storyline dia memang menarik ditambah pula dengan watak sang Arjuna hurmm tak tahu la berapa kali terjatuh cinta dengan heronya. kadang ada juga terpikir bila baca novel ni konflik macam drama korea tapi hero dia versi lelaki melayu terakhir..hihi

Post a Comment

7 Comments

  1. wow sepenuhnya Bahasa Melayu.. kita kan macam mana pun nak selit2 gak English kan..
    bagus2..

    ReplyDelete
  2. Beli buku ini sebab review positif merata-rata dan ramai yang cakap buku ini banyak aksi.. Baca je belum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca.. memang jatuh cintalah dengan Raid Arjuna tu.. Lelaki melayu yang ohsem.. hahaha..

      Delete
  3. Tak baca lagi hee tapi ika tgk banyak org review yg suka dgn main character hee .

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baca dulu la ika baru tahu kenapa ramai yg suka dgn main character dia..hehe

      Delete