(PNM e-Reader)
Novel : Loket Zinnia
Penulis : Ayumi Syafiqah
Helaian : 591
Penerbit : Love Novel
Terbitan : Oktober 2014
Loket Zinnia mengisahkan Zenia yg bercinta dengan Hayyan semasa pengajiannya di universiti tapi kisah mereka terhenti disitu bila Zenia berpaling tadah dengan memilih Azfar. Zenia tak tahu yg Azfar tak pernah ikhlas dengannya apabila mereka terlanjur, Azfar tidak mahu bertanggungjawab dan Zenia memilih untuk membesarkan Adam seorang diri. selepas bertahun, Zenia bertemu kembali dengan Hayyan dan Hayyan masih lagi mempunyai perasaan padanya walaupun tahu status diri Zenia dan Adam.
kisah mengenai kecurangan ni bukan favourite aku sangat sebab tu dari awal aku tak berapa suka dengan watak Zenia lagi-lagi bila dia sendiri yg pilih untuk berpaling tadah pada Hayyan. lagi satu part flashback sewaktu zaman universiti macam terlalu panjang dan agak bosan sebenarnya, mungkin sebab dari awal lagi dah boleh teka apa jadi antara Hayyan-Zenia-Azfar so aku malas nak tahu details sangat atau mungkin juga aku malas nak baca kisah cinta budak yg baru nak bercinta.
Hayyan ni lelaki yg terlalu baik, mungkin dulu dia give up bila Zenia pilih Azfar tapi bila dah berjumpa semula dia gigih nak perjuangkan cinta dia dan sanggup buat everything untuk Zenia tapi sayang bila Zenia terus-terusan reject dia, gosh! kadang angin juga dengan Zenia ni, tak boleh ke sekali je kau buka mata sikit dan tengok apa kebaikan Hayyan selama ni.
watak Azfar pula macam angin lalu je sebab tetiba muncul nak rampas Zenia, kalau ikhlas takpe juga ini sekadar nak main-main pastu tak nak bertanggungjawab lepas bertahun muncul kembali kononnya nak jadi lelaki baik dan betulkan balik keadaan. so what?!
aku tak nampak apa yg struggle sangat dengan hidup Zenia apa yg susah sangat dia nak terima Hayyan. walaupun dia pernah buat kesilapan besar tapi tak nampak masyarakat sekeliling pandang negatif atau caci diri dia kecuali mak long dia je yg mengamuk awal tu bila tahu dia pregnant. kiranya baik parent dia mahupun orang sekeliling tersangat positif dengan situasi dia so kenapa kau sibuk nak kusutkan keadaan yg sebenarnya tak berapa nak serabut.
geram je baca novel ini.. hahaha
ReplyDelete