Drama Januari 2019


Salam Tahun Baru..

tahun baru sepatutnya lebih semangat untuk everything tapi aku malas nak update blog iyelah mood nak tengok drama dan membaca hilang ntah ke mana tak tahu tapi ada satu benda yg tetiba aku semangat nak buat balik iaitu main game..haha.

actually dah lama tinggal hobi ni so bila start balik main, skill game aku pun dah tak power dan selaju macam dulu agak stress juga so end up main game Plant VS Zombie, itu je game yg aku rasa boleh main dengan slow sikit tapi menyakitkan hati bila kena mengadap zombie yg hodoh.

untuk tahun baru ni, aku tak banyak sangat update drama baru cuma dua drama ni yg aku tengah tengok itupun sebab pelakon dia.

Memories of the Alhambra


dari awal aku tertarik dengan tajuk dia tambah pula Hyunbin yg berlakon memang masuk dalam list. aku dah tengok episode awal, drama dia agak menarik dan fresh sebab ada elemen AR game (augmented reality) ala-ala game pokemon go tapi cite dia jadi agak misteri bila ada orang mati main game ni so aku stop jap sebab malas nak stress mengadap misteri dia dan juga malas nak tunggu setiap minggu.

The Last Empress


currently dah tengok sampai episode 10.

bila tengok drama ni macam-macam feeling ada dengan perangai tak semenggah sang raja dengan skandal dia memang menyakitkan hati tapi kalau Shin Sungrok berlakon watak apa je tak menyakitkan hati, cuba bagitau sat.

well, aku suka tengok drama ni sebab acting semua pelakon memang best dan yg penting nak tengok Choi Jinhyuk walaupun berjanggut juga awal tu tunggu dia muncul dalam drama ni.

7 comments:

  1. dedua pun kak tengok. memang suka sangat. kat pelakon lelaki la terutamanya. hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak tengok cerita Korea. Tak tahu sekarang cerita apa yang tengah tayang dan cerita apa yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tetiba lost tak tahu nak tengok drama apa. yg ni tengok pun sebab pelakon dia..hihi

      Delete
  3. tengah sabar tunggu memories of the Alhambra tu habis baru tengok.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. boleh terus maraton je tak payah nak stress nak setiap minggu..hihi

      Delete
  4. i like the last empress sbb jang nara hehe

    ReplyDelete