Novel : Parut
Penulis : Zahida Zarkasi
Helaian : 337
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : Disember 2016
Parut mengisahkan Haifa yg terlibat dalam kemalangan jalan raya yg menyebabkannya hilang ingatan akan kejadian yg berlaku empat tahun sebelum itu. sepanjang tempoh tersebut Haifa mendapati banyak benda yg telah berubah dalam hidupnya lagi-lagi kemalangan tersebut berlaku di Betong, Thailand jauh daripada rumah keluarganya yg berada di Lumut. dengan bantuan Mikail, Haifa cuba menjejak kembali keluarganya yg telah berpindah dari Lumut seterusnya mencari cebisan memorinya yg hilang.
buku ni dari awal memang penuh dengan misteri dan tanda tanya tentang apa sebenarnya yg terjadi kepada Haifa dan agak frust buat Haifa bila orang sekeliling nak berahsia dan tak nak buka cerita sebenar. makin Haifa cuba gali makin berganda tanya tanda tu. bagi aku, cerita dia menarik tapi flow or pace dia, slow la sampai baca separuh buku pun still tak nampak bayangan misteri tu akan terungkai.
bila munculnya Tok Timah baru aku rasa excited lagi-lagi part Nanie muncul sekali je lepas tu hilang terus, time tu aku rasa ada something wrong dengan watak Nanie, meremang wei. kat sini baru boleh teka kenapa nama buku ni Parut dan apa kaitan dengan watak Haifa dan Tok Timah.
bila nak ke penghujung buku, flow dia sudah bertambah laju sikit cuma kadang aku rasa macam ada benda yg kurang lagi-lagi chemistry antara Haifa dengan Mikail mahupun Najmi tak cukup kuat sebab tu bila pilihan Haifa bertukar di saat akhir aku tak rasa terkejut sangat sebab aku dah hilang minat nak tahu part cinta dalam buku ni tapi bila penulis buat twist dengan watak Mikail tu memang mengejutkan dan susah nak hadam, betul ke Mikail macam tu??!
ntah la..yg bawa cerita tu pula si Nanie yg tetiba muncul di akhir cerita dan sampai ke sudah aku tertanya-tanya betul ke yg datang jumpa Haifa tu Nanie atau jelmaan..hurmmm seram!
kenapa i baca review ni macam seram je...novel ni genre apa ye?
ReplyDeleteseram & misteri
Deletelama da tak
ReplyDeletebaca buku2
tebal
novel. selalu skrang yang nipis2 je hehe..
novel ni pun tak tebal sangat, try la baca..hihi
DeletePart Nanie tu memang seriau dibuatnya.. menarik kan olahan cerita dia..
ReplyDeletebetul..walaupun dia muncul 2 kali je tapi dah bikin kacau pula perasaan kita..hahhaha
DeleteParut artinya apa dlm novel ini? Bukan alat parut untuk memasak kan? Hehehe.. btw, ceritanya menarik.. konflik udh muncul di awal cerita, jd langsung bikin penasaran :D
ReplyDeleteparut dalam buku ni bukan alat memasak tapi bekas luka atau scar..hihi
Delete