Review Novel | Cik Isteri Dan Encik Suami by Airisz

Review Novel | Cik Isteri Dan Encik Suami by Airisz
(PNM e-Reader)

Novel : Cik Isteri Dan Encik Suami
Penulis : Airisz
Helaian : 470
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2018

basically novel Cik Isteri & Encik Suami mengisahkan sepasang suami isteri yg berpisah dan kemudian berkahwin semula. perkahwinan kedua ni mungkin peluang untuk mereka perbetulkan kembali kesilapan lama dan juga peluang untuk mereka lebih menghargai pasangan masing-masing.

jalan ceritanya agak menarik tapi sedikit rimas juga dengan perangai Cik Isteri, Cantek Safia yg aku rasa kurang matang dan terlalu terburu-buru dalam semua hal kadang tu aku rasa Safia ni macam kurang ajar pun ada juga, ntahla monologue dia kekadang buat aku rasa annoying sangat. macam mana si Hud boleh sabar dengan perangai Safia pun aku tak tahu tapi kan dah sayang kot terima je laa.

konflik pun takde berat sangat sebab problem antara Hud dan Safia lebih kepada miscommunication. gangguan daripada orang ketiga pun tak kuat sangat sebab hati encik Suami ni tetap pada yg satu je cuma cik Isteri buat-buat tak nampak perasaan Hud tu.

overall, nice story dan sesuai untuk bacaan santai.

Review Novel | Yang Tertulis Untuk Kita by Azura Rasiddin

Review Novel | Yang Tertulis Untuk Kita by Azura Rasiddin

Novel : Yang Tertulis Untuk Kita
Penulis : Azura Rasiddin
Helaian : 768
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Januari 2019

cover buku Karya Seni sekarang ni memang cantik belaka boleh rambang mata kalau dok tengok cover buku diorang je tapi the main reason aku beli novel ni disebabkan penulisnya Azura Rasiddin dan sudah tentu juga tertarik dengan cover pink yg comel.

Yang Tertulis Untuk Kita mengenai konflik keluarga antara Farha dan Heidry dengan keluarga masing-masing. konflik Heidry bila mana dia tak puas hati dengan ayahnya yg tak pernah pedulikan dia selama ini dan emak tirinya yg dikatakan kejam. konflik Farha pula bila parent dia selalu lebihkan adik kembarnya so dia selalu juga rasa tersisih.

aku rasa konflik keluarga mereka ni takde la complicated sangat sebab yg buat buku ni complicated bila melibatkan perasaan antara watak ni. Farha dah lama crush dengan Heidry tapi Heidry masih mengharap pada cinta pertamanya, Naura. Naura pula suka dekat Hilman yg takde hati pun kat dia. so nampak tak mainan perasaan dia yg complicated ni.

bila baca buku ni macam-macam emosi la yg ada, kesian dengan Farha yg simpan perasaan pada orang yg tak pernah pandang dia. penat dengan Heidry yg teragak-agak nak buat keputusan dan Naura pula sejenis perempuan yg aku rasa ya ampun annoying sangat. kisah Hilman  buat aku teringat pada drama Autumn's Concerto cumanya hero tu dapat happy ending tapi Hilman pula cuma watak sampingan dalam novel ni so ending dia tak berapa penting pun. sebenarnya kan aku curious apa jadi pada Hilman dan Hafiy..hurmm

overall, nice story la cumanya aku macam tak puas hati sikit kat ending iyelah lepas kau rasa penatnya dan complicated-nya kisah Farha dan Heidry ni tetiba macam senang je pengakhiran mereka rasa macam wei kalau dari awal korang buat macam ni kan senang tak payah la aku nak stress sangat baca. ok fine akak ter-emo sikit, sorry..hehe

Review Novel | Jangan Goda Aku by Zura Rahman

Review Novel | Jangan Goda Aku by Zura Rahman
(PNM e-Reader)

Novel : Jangan Goda Aku
Penulis : Zura Rahman
Helaian : 624
Penerbit : Alaf21
Terbitan : Ogos 2015

Jangan Goda Aku, boleh dikatakan kisah manusia dari dunia berbeza tapi kalau dah nama jodoh memang tak kemana pun. aku suka novel ni sebab watak Lyn Jasmine dan Shen nampak sangat matang. mungkin disebabkan latar ceritanya lebih kepada dunia perkerjaan. walaupun kisah mereka tak ada la romantik sampai bersemut tapi aku tetap terhibur baca dengan perangai Shen yg kuat membuli dan Lyn Jasmine layan je dapat bos perangai macam tu.

kedua watak ni ada kekurangan tapi yg best kita dapat lihat progress pada kedua watak ini. macam Lyn Jasmine ada masalah dengan isu berat badannya yg turun naik so boleh nampak effort dia macam cuba atkin diet dan juga beberapa tips kesihatan. Shen pula agak bebas dalam pergaulan tapi disebabkan satu peristiwa ngeri dalam hidupnya, dia mula berubah. overall, memang menarik dan menghiburkan.

Novel | Isteriku Sleeping Ugly

(PNM e-Reader)

Novel : Isteriku Sleeping Ugly
Penulis : Daisy Dania
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : Ogos 2015

Isteriku Sleeping Ugly mengisahkan Hana yg dikatakan tidak cantik dan ada satu habit selalu tertidur tak kira tempat dan masa sampai dapatlah gelaran sleeping ugly. kehidupan Hana sebagai pelajar universiti agak sadis juga apabila selalu dibuli oleh Rina.

first, aku tak suka watak Hana yg jenis pasrah je bila kena buli dengan Rina sampaikan masuk ke dunia pekerjaaan bertembung lagi dengan Rina dan still kena buli dan masih juga pasrah, nak tengok juga dia bangkit untuk lawan Rina tapi tak, boring kot. sampai kat penghujung cerita baru nampak perubahan tu tapi rasanya aku dah penat menunggu.

pertemuan dengan si hero, Rayyan pula disebabkan suatu salah faham sampai terlekat gelaran 'pacik' dan 'macik' antara Rayyan dan Hana. sebenarnya aku tak rasa chemistry antara watak ni, berjumpa pun beberapa kali tertiba nak kahwin itupun lepas Rayyan dengar cerita pasal kes Hana yg pernah kena buli so aku tak sure dia kahwin sebab kesian dengan Hana ataupun sebab nak prove kat kekasih dia lepas kena reject.

masalah lain dalam novel ni terlalu banyak watak sampingan yg aku rasa tak penting pun dan mungkin juga penting buat penulis untuk panjangkan lagi ceritanya. 

sebagai buku pertama dari penulis ini, aku rasa gaya penulisannya agak menarik yg buat aku tertarik nak try baca juga walaupun agak sarkastik dengan tajuk novel sebegini but then aku rasa novel ni macam sinetron pula terlalu banyak benda yg nak disumbat dan hasilnya menjadi terlalu klise dan boleh diteka.