Novel | Yang Tertulis Untuk Kita


Novel : Yang Tertulis Untuk Kita
Penulis : Azura Rasiddin
Helaian : 768
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Januari 2019

cover buku Karya Seni sekarang ni memang cantik belaka boleh rambang mata kalau dok tengok cover buku diorang je tapi the main reason aku beli novel ni disebabkan penulisnya Azura Rasiddin dan sudah tentu juga tertarik dengan cover pink yg comel.

Yang Tertulis Untuk Kita mengenai konflik keluarga antara Farha dan Heidry dengan keluarga masing-masing. konflik Heidry bila mana dia tak puas hati dengan ayahnya yg tak pernah pedulikan dia selama ini dan emak tirinya yg dikatakan kejam. konflik Farha pula bila parent dia selalu lebihkan adik kembarnya so dia selalu juga rasa tersisih.

aku rasa konflik keluarga mereka ni takde la complicated sangat sebab yg buat buku ni complicated bila melibatkan perasaan antara watak ni. Farha dah lama crush dengan Heidry tapi Heidry masih mengharap pada cinta pertamanya, Naura. Naura pula suka dekat Hilman yg takde hati pun kat dia. so nampak tak mainan perasaan dia yg complicated ni.

bila baca buku ni macam-macam emosi la yg ada, kesian dengan Farha yg simpan perasaan pada orang yg tak pernah pandang dia. penat dengan Heidry yg teragak-agak nak buat keputusan dan Naura pula sejenis perempuan yg aku rasa ya ampun annoying sangat. kisah Hilman  buat aku teringat pada drama Autumn's Concerto cumanya hero tu dapat happy ending tapi Hilman pula cuma watak sampingan dalam novel ni so ending dia tak berapa penting pun. sebenarnya kan aku curious apa jadi pada Hilman dan Hafiy..hurmm

overall, nice story la cumanya aku macam tak puas hati sikit kat ending iyelah lepas kau rasa penatnya dan complicated-nya kisah Farha dan Heidry ni tetiba macam senang je pengakhiran mereka rasa macam wei kalau dari awal korang buat macam ni kan senang tak payah la aku nak stress sangat baca. ok fine akak ter-emo sikit, sorry..hehe

Post a Comment

5 Comments

  1. Pernah beli buku Karya Seni sebab cover je.. Cover diorang memang cun habislah..

    ReplyDelete
  2. cinta dia sampai 4 segi hahaha memasing jenis tak boleh move on dan pilih yang sayang & terima diorang seadanya

    ReplyDelete
  3. Hi dear. Thank you for this lovely review. keep on supporting my novels.

    ReplyDelete