Novel | Isteriku Sleeping Ugly

(PNM e-Reader)

Novel : Isteriku Sleeping Ugly
Penulis : Daisy Dania
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : Ogos 2015

Isteriku Sleeping Ugly mengisahkan Hana yg dikatakan tidak cantik dan ada satu habit selalu tertidur tak kira tempat dan masa sampai dapatlah gelaran sleeping ugly. kehidupan Hana sebagai pelajar universiti agak sadis juga apabila selalu dibuli oleh Rina.

first, aku tak suka watak Hana yg jenis pasrah je bila kena buli dengan Rina sampaikan masuk ke dunia pekerjaaan bertembung lagi dengan Rina dan still kena buli dan masih juga pasrah, nak tengok juga dia bangkit untuk lawan Rina tapi tak, boring kot. sampai kat penghujung cerita baru nampak perubahan tu tapi rasanya aku dah penat menunggu.

pertemuan dengan si hero, Rayyan pula disebabkan suatu salah faham sampai terlekat gelaran 'pacik' dan 'macik' antara Rayyan dan Hana. sebenarnya aku tak rasa chemistry antara watak ni, berjumpa pun beberapa kali tertiba nak kahwin itupun lepas Rayyan dengar cerita pasal kes Hana yg pernah kena buli so aku tak sure dia kahwin sebab kesian dengan Hana ataupun sebab nak prove kat kekasih dia lepas kena reject.

masalah lain dalam novel ni terlalu banyak watak sampingan yg aku rasa tak penting pun dan mungkin juga penting buat penulis untuk panjangkan lagi ceritanya. 

sebagai buku pertama dari penulis ini, aku rasa gaya penulisannya agak menarik yg buat aku tertarik nak try baca juga walaupun agak sarkastik dengan tajuk novel sebegini but then aku rasa novel ni macam sinetron pula terlalu banyak benda yg nak disumbat dan hasilnya menjadi terlalu klise dan boleh diteka.

2 comments:

  1. Berjaya juga Tiara baca sampai habis ye walaupun tak suka watak Hana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin saya nak lihat perubahan pada watak dia tapi struggle juga nak habiskan bila makin lama makin tak suka dengan heroin dia..hehe

      Delete