Novel | Dialah Bunga Berembun Bulan by Sha Hanim Ramli



Novel : Dialah Bunga Berembun Bulan
Penulis : Sha Hanim Ramli
Helaian : 560
Penerbit : Hucad Consultants
Terbitan : Jun 2015

buku Sha Hanim Ramli ni buku prelove, jenuh juga mencari sampai akhirnya ketemu di Shopee. buku pun masih dalam keadaan elok dan dapat dengan harga berpatutan, jimat banyak juga.

Dialah Bunga Berembun Bulan novel fiksyen fantasi mengisahkan kehidupan Suri seorang wanita kayangan yg berjisim manusia. walaupun dilahirkan dengan rupa paras yg tidak cantik, Suri mempunyai kelebihan untuk melihat peristiwa yg berlaku di masa depan, amanat yg terpaksa digalas oleh Suri sesuai dengan asal-usulnya yg berasal dari kayangan.

sangat menarik bila penulis banyak kaitkan dengan peristiwa sejarah, mitos, mistik dan nilai agama. yg best juga bila penulis selitkan budaya melayu dan bahasa yg indah dalam buku ni. kalau tengok ketebalan buku ni boleh nampak kegigihan penulis mengkaji setiap peristiwa yg berlaku untuk masukkan kedalam buku beliau.


watak yg ada juga sangat menarik seperti Hassan dan Ratu Mulya. selain itu, dalam Kitab Lama ada muncul watak Naga, Jentayu dan Buraq yg mana aku ingatkan mereka ni makhluk bunian. sebab kita lebih familiar dengan kisah bunian daripada dunia kayangan padahal ada je kisah kayangan dalam legenda orang lama. dalam buku ni diceritakan juga tentang dunia kayangan dan kaitan antara Suri dengan makhluk kayangan.

aku ambil masa yg lama sikit untuk baca sebab baca buku ni macam baca buku biografi kisah hidup Suri, itu yg slow sikit membaca dengan nak hadam semua benda yg diluar kotak pemikiran. baca Dialah Bunga Berembun ni juga seolah dibawa mengembara ke satu dunia lain macam dunia Harry Potter tapi yg ni versi Melayu dan islamik.


Post a Comment

7 Comments

  1. wah..mcm menariks je. tapi tebal tu and bahasa dia.. emmm. perlu ketekunan utk baca tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg lama giler nak habiskan buku ni..haha

      Delete
  2. kena guna imaginasi tinggi jugak ni bila baca. hehe

    ReplyDelete
  3. Hasil tulisan penulis ini memang best sebab kajian yang dibuat beliau teliti..

    ReplyDelete
  4. Hmmmm, saya tercari-cari lagi buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya aritu nak beli dengan penulis tapi takde stok, nasib jumpa yg prelove punya..hehe

      Delete
    2. Penulis ni sepupu sya. sya panggil beliau kakgah. Ni karya novel dia yg pertama. Ada lg novel2 selepas ni yg saling berkait antara 1 sama lain. Beli n bacalah ikut urutan spt dbwh:

      Dialah bulan berembun bulan
      Kitab Lama
      Teori X
      Cincin
      Bentala

      Kt belakang novel DBBB tu pandangn sya ttg novel yg hebat ni. Kebayakkan novelnya mengandungi mesej untuk bangsa Melayu Islam kita bg mprsiapkan diri utk brsiapsiaga mghadapi cabaran di akhir zaman ini. Sesapa yg nak mbeli novel nya ni leh mesej inbox fb dia ni https://www.facebook.com/shahanim.sha
      minta maaf nk bg no hp x boleh kuatir beliau x myukai nnti. Semoga dpt manfaat dr novel2 beliau ;)

      Delete