Novel : Persis
Penulis : Ema Deesyiaqis
Helaian : 295
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2020
Persis mengisahkan Clemira yg hilang ingatan sebaik sahaja sedar daripada koma dua bulan yg lepas. Clemira tinggal di Bandung, dunianya kini cuma di rumah agam mewah yg terasa begitu asing, ditemani oleh seorang pembantu rumah dan juga Doktor Ferhad yg sekali sekala datang untuk merawatnya.
selama dua bulan tersebut, Clemira tidak ingat memorinya yg lepas sehingga kehadiran Ilham dari Malaysia. Ilham merupakan kenalan rapat keluarganya menceritakan tentang keluarga dan juga kembarnya.
dari permulaan cerita lagi kita dah boleh teka siapa Clemira lagi-lagi bila dia berinteraksi dengan Ilham. persoalanya bagaimana identiti Clemira boleh bertukar dan apa terjadi dengan kembarnya. yg kesian dengan Clemira bila orang sekeliling tak banyak membantu sampai dia dikatakan mengalami krisis identiti sebab orang lain pun tak sedar apa terjadi antara Clemira dengan kembarnnya.
at first, aku tak suka dengan Ferhad sebab banyak benda yg dia sembunyikan seolah-olah tak mahu Clemira dapat balik ingatannya. tapi plot twist watak ni menarik.
buku ni terlalu banyak sangat persoalan sampai aku pun tak reti nak tulis review apa takut tertulis spoiler. overall jalan ceritanya sangat menarik, plot twist pun gempak dan nice ending 👍
**My rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ 5/5**
Wah.. banyak persoalan.. mesti best.. next to be read nie..
ReplyDeleteyup.terlalu banyak persoalan, stress juga baca awal tu..hehe
Delete