Novel : Kita Yang Kedua
Penulis : Ayumi
Helaian : 263
Penerbit : Prolog Media
Terbitan : April 2020
Kita Yang Kedua mengisahkan Kia dan Zak, dua manusia dari dua dunia yg berbeza dihubungkan melalui loket batu opal. penulis guna pakai teori parallel universe dalam novel ni, sangat menarik tentang planet lain seperti bumi dan wujud kita dalam versi kedua. macam mana penulis dapat idea macam ni tak tahu. brilliant wei.
Kia seorang penulis skrip tapi ideanya selalu ditolak oleh ahli teater yg lain. suatu hari, Kia terjumpa loket batu opal di tepi pantai dan terkejut bila dapat berhubung dengan Zak dari kosmos yg berbeza.
Zak pula seorang agen penyiasat OPAL dan ditugaskan dengan satu kes pembunuhan misteri seorang gadis. Zak buntu untuk memulakan penyiasatan kerana tiada satu pun bukti atau petunjuk dengan kes tersebut kecuali loket batu opal yg ditemui di tempat kejadian.
walaupun dari dunia berbeza, Zak dan Kia bergabung untuk menyelesaikan misteri batu opal tersebut. pada masa yg sama mereka mencari jawapan apa sebenarnya yg berlaku kepada kes pembunuhan tersebut.
permulaan buku ni agak mengelirukan juga sebab kisah Zak dan Kia diselang seli sebelum kita selesa dan faham dengan jalan cerita. bila baca buku ni tertiba aku teringat kdrama Circle tapi cerita dia tak ada kena mengena pun..haha
sebenarnya kisah batu opal ni sangat kejam sebab pertemukan dua manusia dari dunia yg berbeza sangat mustahil untuk mereka bertemu. adakah itu takdir? sebelum kitaran ni berulang lagi sekali, Zak dan Kia perlu cari jalan untuk memusnahkan batu opal tersebut untuk mengubah takdir mereka.
Overall, jalan cerita yg sangat unik dan menarik. sangat rekomen untuk yg mencari buku luar daripada biasa.
**My rating: ⭐⭐⭐⭐⭐ 5/5**
Baca juga : Novel Kanvas oleh Ayumi
wow parellel universe ! selalu baca kat wattpad je cerita yg guna concept gini.. tupun tak berapa minat
ReplyDeleteWow.. 5 bintang.. Mesti sangat bestkan Tiara..
ReplyDeleteOmg sinopsis dia interesting! Nanti nak beli la...
ReplyDelete