Drama | Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020)


Drama : Nasi Kerabu Untuk Che Abe
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Siti Solehah Abd Ghani
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 25 Mei 2020
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Erynne Erynna, Scha Elinnea,
Neera Azizi, Jasmine Hamid, Radhi Khalid, Kuna Muzani


Nasi Kerabu Untuk Che Abe mengisahkan Shira (Elisya Sandha), Yana (Erynne Erynna) dan Zetty (Scha Elinnea) sahabat baik yg sangat meminati senior mereka iaitu Faizul (Izzue Islam). Shira, Yana dan Zetty telah berjanji tidak akan bercinta selagi belum tamat pelajaran tapi dalam diam mereka cuba mencari jalan jalan untuk mendekati Faizul tanpa pengetahuan rakan yg lain.


Faizul pelajar master yg berasal dari Kelantan dan sangat popular di kolej mereka. walaupun tinggal di Kuala Lumpur, Faizul masih pekat dengan loghat Kelantan dan tidak boleh lupa dengan masakan negeri kelahirannya.

Faizul dan kawan baiknya Arman (Issey) sangat minat berniaga dan mencari duit walaupun sibuk dengan pelajaran. Arman suka mencuba pelbagai jenis bisnes  dan juga online bisnes untuk mencari duit lebih manakala Faizul lebih berminat untuk menjual budu buatan ibunya dengan cara orang lama berjumpa pelanggan secara face to face.

berbanding rakan yg lain, Shira bertuah apabila Faizul juga sudah mula jatuh hati dan tertarik dengan personalitinya. Shira cuba belajar makan budu selepas mendapat hadiah budu daripada Faizul dan sanggup terbang ke Kota Bharu demi lelaki tersebut.

namun, Shira mula rasa tergugat apabila mengetahui dia mempunyai pesaing rapat iaitu Sha, gadis dari Indonesia yg juga rakan kuliah Faizul. Shira memujuk ibu bapanya untuk bertemu dengan keluarga Faizul di Kelantan tapi ada kejutan lain pula yg dibuat oleh bapa Shira.

Post a comment

9 Comments

  1. Baru tengok 1 episod. Macam Best!

    ReplyDelete
  2. macam best je...ada issey tu..mesti kelakar

    ReplyDelete
  3. ehee semalam ada tengok sikit.. ade rasa lawak2 sikit..
    tapi lepas tu ngntok da..

    ReplyDelete
  4. Cerita ni kelakar. Tengok sekejap-sekejap pun boleh rasa lawak.

    ReplyDelete
  5. Kelakar tengok perangai si issey tu.. tengok sikit-sikit macma tu lah..

    ReplyDelete