Resepi Kengsom Ikan Keli Ala Thai


kalau mak boleh masuk dapur ada juga geng memasak tapi bila kena masak seorang diri pening juga nak pikir menu setiap hari untuk berbuka. bila ada orang request nak makan kengsom kita follow je walaupun tak tahu rupa kengsom macam mana..hahaha. biasalah lauk macam ni akak kurang minat sikit sebab tu tak amik tau.

bila tengok resepi sebenarnya senang je nak masak kengsom ni lebih kurang masak pindang so kita proceed untuk masak walaupun bahan tak cukup.

BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 2 ekor ikan keli
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
Bahan Kisar:
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK
  1. Kisar bahan kisar dengan air hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, masukkan serai yg diketuk dan tambah air secukupnya. 
  3. Selepas mendidih, boleh masukkan ikan, garam, gula dan air perahan limau.
  4. Biarkan ikan masak dan tutup api.
kalau ada nanas dan kangkung boleh masukkan sekali tapi tak cukup bahan  nampak simple sangat lauk kengsom ni..hehe

Kredit Resepi : Limau Nipis

11 comments:

  1. Sedapnya . Feveret CCL jugak ni . Selalu beli pes kengsom je .tapi tue laa terlalu pedas cukup masukkan 1sudu kecil dlaam masakan.
    Better buat sendiri boleh adjust tahap kepedasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada jual ke pes dia, tak tahu pula..hehe

      Delete
  2. Macam masak asam pun ada.. cuma kuah dia nampak pekat.. menarik idea nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuah tu boleh adjust kepekatan dia kak sha :)

      Delete
  3. ermm sedapnya. feveret ikan keli...

    ReplyDelete
  4. pernah rasa ayam kengsom.. ikan belom =)

    ReplyDelete
  5. Waa ikan keli pun boleh masak kengsom

    ReplyDelete
  6. Haritu baru buat. Kalau resepi I tambah kangkung hahaha

    ReplyDelete
  7. tak pernah cuba masak kengsom. Kena fza masak kena guna ikan lain ni sebab tak makan ikan keli. huhu

    ReplyDelete