Review Drama: Korban Kasih (TV1)

Review Drama: Korban Kasih (TV1)

Drama : Korban Kasih
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Slot : Widuri TV1
Mula Tayang : 24 April 2020
Masa : Setiap hari | 7.00 Malam
Episod : 30
Pelakon : Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah, 
Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera

Review Drama: Korban Kasih (TV3)

Korban Kasih sebuah drama kekeluargaan mengenai keluarga Fauzi dan Norizah yg memliki empat orang anak iaitu Kak Long (Ezzaty Abdullah), Jamil (Azrel Ismail) dan Jalil (Saharul Ridzwan) yg juga kembar dan Fatimah (Zara Zya).

bila tengok drama ni sakit hati dengan perangai emak dia yg sangat bencikan Jalil, semua anak dilayan dengan baik, dibeli macam-macam benda tapi tidak pada Jalil. Nor selalu mencaci Jalil pembawa malang kerana tidak pandai seperti anaknya yg lain.

walaupun Jalil tidak pandai dalam pelajaran tapi dia mempunyai bakat melukis namun begitu dia terpaksa sembunyikan bakat tersebut kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Jalil ni anak yg baik dan ramai orang yg sayang terutama sekali Fauzi dan Nek Limah.

Review Drama: Korban Kasih (TV1)

alkisahnya Norizah berasal daripada keluarga berada tapi perkahwinannya tidak direstui oleh ibu bapanya, selepas berkahwin dunia Nor hanya pada Fauzi, cinta mati dia. selepas melahirkan Jamil dan Jalil, Nor tak menang tangan untuk menguruskan anak kembar dan dia lebih tumpukan pada Jamil. Fauzi cuba membantu isterinya dengan menjaga Jalil.

Nor yg melihat suaminya rapat dengan Jalil tidak suka dengan keadaan tersebut, Nor anggap Jalil ni dah rampas kasih sayang Fauzi daripada, kira kes cemburu dengan anak sendiri. ini penyebab Nor bencikan Jalil.


best tengok drama ni sebab banyak tunjuk suasana kampung dan juga hubungan rapat antara Jalil dan adik-beradiknya yg lain. sebenarnya adik beradik yg lain tak suka dengan layanan ibu mereka pada Jalil tapi masing-masing tetap sabar sebab hati ibu pun kena jaga juga. Fauzi juga selalu tegur sikap Nor tapi tak adanya si Nor tu nak mendengar. 

drama ni diadaptasi daripada novel Korban Kasih yg ditulis oleh Fatimah Saidin, tengok drama dia pun dah sedih, kalau dapat baca novel dia mahu berendam air mata gamaknya. satu benda yg menganggu di bahagian awal ni ialah tengok pelakon tak berapa remaja cuba watak budak sekolah, harapnya masuk zaman dewasa nanti baru boleh feel lebih sikit dengan lakonan mereka.

13 comments:

  1. tapi kenapa dorg kata tak ngam pelakon dia? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ngam dgn watak or tak ngam antara pelakon? tak tahula, tak follow sgt gosip artis ni..hehe

      Delete
  2. Blm berkesempatan tgk. Ramai bgtau best drama ni..

    ReplyDelete
  3. Nampak best citer ni. Nak masuk dlm list utk di tonton lah.

    ReplyDelete
  4. belum tgk lg drama ni..nampak menarik

    ReplyDelete
  5. Baca kat sini pun dah rasa sedih, tak suka layan drama yg ada pilih kasih gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite ni memang sedih. aish geram juga dgn mak dia, layan anak sendiri macam anak pungut..

      Delete
  6. follow gak cerita ni, agak geram dengan Nor tu sebab anak-tirikan anak kandung sendiri...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..sakit hati betil dengan mak diorang ni.

      Delete
  7. Kenapa lah diorang tak amik je pelakon-pelakon muda untuk bawa watak budak sekolah tu.. Pelik sungguh bila muka dah berusia tapi bawa watak budak sekolah.. Haiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak suka betul tengok pelakon sado cuba bawa watak budak sekolah, terganggu betul bila tengok drama ni. pengarah cakap gap masa antara zaman sekolah dan zaman uni diorang tu tak lama sebab tu guna pelakon yg sama. hurmm drama melayu kak sha, macam tu la..

      Delete
  8. aida tau pasal citer ni.
    cuma tak dpt nak tonton lagi.
    waktu nyer tu tak sesuai utk aida. busy! :) ha ha...
    ramai review best. sedih.
    geram dgn mak nyer tu. kesian dgn si jalil.
    later la aida carik kat utube.

    ReplyDelete