Shopping | Periuk Nasi Toshiba


awal bulan puasa periuk nasi kat rumah rosak pula. ingatkan nak bertahan  dulu tapi tak boleh. susah tak ada periuk nasi elektrik ni sebab kadang-kadang tu terlupa tengah masak nasi habis nasi hangit. boleh makan lagi la sebab hangit sikit bahagian bawah..hehe

periuk nasi ni beli di lazada. jenuh juga survey di shopee dan lazada last dapat juga dengan harga tak sampai RM200, sangat berbaloi. review pun banyak yg ok. order hari ahad, jumaat baru sampai, agak lambat juga tapi time PKP  ni redha je lah asalkan barang selamat sampai rumah.


best pakai periuk ni, nasi pun masak cantik, tak melekat di periuk dan nak cuci pun senang. next time maybe boleh try buat nasi tomato atau benda lain pula dengan periuk nasi multifungsi toshiba ni. semoga makin bersemangat cik tia untuk memasak lepas ni..hehe

6 comments:

  1. Teringin juga nak pakai periuk nasi yang macam ni sebab macam fancy sikit. Tapi my dad hari tu beli periuk nasi yang biasa-biasa saja sebab takut my mum tak pandai pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama teringin periuk macam ni tapi itulah mak kita tak nak, inipun lepas beli baru bagitau..haha

      Delete
  2. periuk nasi sekarang pun dah start meragam. tengah mencari jugak yang baru. Maybe boleh try yang ni jugak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bagi hint suruh beli periuk baru la tu..hahaha

      Delete
  3. eloknya kejadian nasi masak dalam dia ek...ok boleh masuk wishlist ni!

    ReplyDelete
  4. menarik nyer.
    periuk nasi aida kat rumah ni jenis lama. ada 2. satu kecik pakai harian. satu besar, kalau ramai tetamu dtg.
    takde byk fungsi gini. teringin. tapi tu la. tunggu yg ada sekarang ni rosak ke :)
    sayang!

    ReplyDelete