Resepi Kuih Sagu


bulan puasa ni rasanya kuih sagu yg paling popular, baru je nak buat tetiba jiran bagi kuih sagu selang beberapa hari dapat kuih sagu lagi mungkin kerana kuih sagu ni mudah dan bahan pun tak banyak.

hari tu dah try buat sekali tak menjadi pula bukan kerana terlebih air atau tersalah resepi tapi sagu yg beli di kedai tu sagu lama. kuih sagu jadi lembik semacam, sedih betul. ikutkan lepas kes ni dah malas nak buat tapi cuba juga lagi sekali, berjaya juga buat kuih sagu.


BAHAN YANG DIPERLUKAN:
  • 1 cawan sagu
  • 1-2 sudu besar sirap ros
  • 5 sudu besar gula pasir
  • air
  • kelapa parut
  • garam

CARA MEMASAK:
  1. Rendam sagu hingga kembang (sekurangnya 1 jam)
  2. Kemudian bilas dan toskan sagu tersebut.
  3. masukkan sagu dalam loyang dan masukkan air agak-agak tenggelam sagu tu. kemudian masukkan gula dan sirap ros.
  4. masukkan sagu tersebut ke dalam periuk pengukus untuk dikukus selama 30-45 minit.
  5. dalam bekas lain, gaulkan kelapa parut dengan secubit garam dan kukus sekejap.
  6. bila sagu dah sejuk, bolehlah potong ikut citarasa dan gaulkan dengan kelapa parut.


sebenarnya banyak cara nak buat kuih sagu tapi ini cara yg aku rasa paling senang dan mudah. next, tengah berfikir nak buat kuih apa pula untuk berbuka nanti.

9 comments:

  1. kuih ni simple dan sangat sedap Tiara. Baru teringt nak buat. ;)

    ReplyDelete
  2. lama betul x makan kuih sagu ni.. nk buat malas.. hehe

    ReplyDelete
  3. tenkiu share resipi. suka main kuih ni tapi x reti buat dan malas nak google, kah kah kah ... nampak sgt malas nak buat. tapi dah pkp ni,semangat nak masak2 ... gonna try this. hehe.

    ReplyDelete
  4. owh gitu masaknya...hehe, tau makan jer sebelum ni.

    ReplyDelete
  5. Mudah je membuatnya.. Cantik warna merah tu..

    ReplyDelete
  6. all time feveret kak jugak ^_^

    ReplyDelete
  7. kuih favourite ni tapi lom pandai buat lagi. Pandai beli je. hihi

    ReplyDelete