Resepi Sup Tulang Ala Thai Mudah dan Ringkas


kalau makan di kedai makan thai mesti wajib order sup tulang. nak buat sendiri memang tak rajin sebab nak bagi tulang empuk macam kat kedai bukan main lama nak merebusnya.
sejak dah ada Primada Pressure Cooker, nak masak sup tulang pun cepat dan pantas, dalam masa setengah jam dah dapat sup tulang yg begitu empuk.

BAHAN YANG DIPERLUKAN 
  • 1/2 biji bawang holland (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • tulang
  • minyak masak
  • air secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • cili padi (ikut suka)
  • 2 biji kentang
  • secubit ladang hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • daun sup (hiris)
  • daun bawang (hiris)

CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. tumis bawang putih, bawang holland, halia, serai sehingga kekuningan dan naik bau. kalau guna pressure cooker boleh terus tumis dalam tu.
  2. masukkan air. kemudian masukkan tulang dan juga kentang. masak dalam pressure cooker dalam 30 minit.
  3. bila daging dah empuk, masukan sos ikan dan perahan jus limau nipis, tomato dan cili padi.
  4. kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan secubit lada hitam.
  5. Akhir sekali masukkan daun sup, daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Kredit Resepi: Geng Makan

Selamat Memasak 😊

Post a comment

23 Comments

  1. Tak berapa minat makan sup tulang... Tq for sharing this recipe!

    ReplyDelete
  2. nasib baik sup boleh makan even tgh diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengah diet memang tak sesuai la kan nak makan sup tulang ni.

      Delete
  3. Sedapnya sup tulang panas-panas dihirup. Sup tulang ni jumpa masa kenduri atau masa raya je. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. order je kat kedai fiza..hehe

      Delete
    2. Nak jumpa kedai yang sedap juga payah..hihi..takpe, ada rezeki adalah tu nanti merasa. tunggu raya :)

      Delete
  4. aduh sedapnya..terus lapar mcam ni

    ReplyDelete
  5. sedapnya... akak jarang tolak sup tulang ni, tak kisah la masak gaya apa heheheh

    ReplyDelete
  6. Akak tengah pantang daging merah so simpan dulu resepinya...suka sup2 macam ni..sedap

    ReplyDelete
  7. makan waktu hujan sedap ni, memanaskan badan

    ReplyDelete
  8. waaahhh... sup mcm ni kegemaran saya ni...

    ReplyDelete
  9. Bahan ringkas! boleh cuba pulak resepi ni :)
    Tq share ye :)

    ReplyDelete
  10. Wah.. sedapnya.. Antara makanan kesukaan..
    Primada Pressure Cooker ini pun antara target juga ini..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya... lama dah tak makan sup tulang.

    ReplyDelete