Drama : Takdir Yang Tertulis
Produksi : Radius One
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin
Slot : Samarinda TV3
Mula Tayangan : 21 Januari 2021
Episod : 15
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong,
Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri, Afidah Bee
Selepas Juweta ditimpa kesusahan apabila semua benda bernilai dalam hidupnya dirampas Azlan dan Ruhila, tiba-tiba Ean muncul untuk memberikan bantuan dan menjadi penguam Juweta.
Juweta sendiri pada mulanya tak percaya dan ragu dengan niat Ean sebab zaman kolej dulu mereka bukan rapat. Juweta tak suka Ruhila berkawan dengan Ean sebab bagi Juweta, Ean ni cuma nak kikis duit kawan baiknya.
tapi kini mereka berdepan situasi yg sama apabila dikhianati kawan baik sendiri. walaupun Azlan tahu Ruhila teman wanita Ean, Azlan tetap mahu berkahwin dengan Ruhila.
Ean dan Juweta pergi ke pejabat Azlan untuk memberi amaran kepada Azlan tentang tindakannya yg merampas harta Juweta secara licik. Juweta juga tidak mahu menyelesaikan penceraian mereka selagi Azlan tidak pulangkan semula Mika kepadanya.
Ruhila yg datang ke pejabat terkejut melihat kehadiran Ean di situ. belum sempat nak cakap apa dah kena serang dengan Juweta. pedih juga hati Ean dan Juweta melihat orang yg mereka cinta dah khianati mereka.
Azlan yg panik dengan amaran daripada Ean cuba mendapatkan Hakim yg juga penguamnya untuk mendapatkan nasihat.
Semua yg berlaku ini sebenarnya rancangan licik Che Salmah dan Hakim. Che Salmah disebabkan dendamnya dengan emak Juweta dan Hakim pula berdendam dengan Juweta sebab malukan dia ketika meluahkan perasaan pada Juweta waktu zaman kolej dulu.
walau apapun terjadi, mereka mahu merampas segala harta benda Juweta, Che Salmah pun tak kisahkan kalau kena korbankan anak dan menantunya sendiri. jadi Azlan tu dipergunakan mereka untuk menjalankan misi mereka.
bila Hakim dengar tentang amaran Ean, dia pun tak confident boleh menang kes ini sebab tandatangan Juweta semua mereka dapat secara tak sah. jadi Hakim nasihat Azlan untuk serahkan Mika tapi Mika tak setuju disebabkan Ruhila.
flashback kejadian yg lepas, Ruhila pernah bawa Ean berjumpa Che Salmah tapi Che Salmah tak berkenan bila tengok Ean bawa motor kapcai dan hanya budak kampung yg tak berharta.
Suatu hari, Ruhila memberitahu yg dia terlanjur dengan Ean apa lagi mengamuklah Che Salmah. Ean berjanji untuk setia dan bertanggungjawab tapi Ruhila kecewa bila nampak Ean tidur dengan perempuan lain.
maybe semua benda ini rancangan Che Salmah untuk buat Ruhila melupakan Ean dan Azlan pula tanpa sedar telah dijadikan pak sanggup oleh Che Salmah.
Mika keliru apabila Ruhila menyuruh memanggilnya mama sebab bagi Mika mamanya adalah Juweta. berkat Azlan memujuk, Mika tidak memberontak lagi dan memanggil Ruhila sebagai ibu.
Ruhila gembira melihat perubahan Mika yg sudah mahu ke sekolah. tanpa mereka sedar, Mika meminta bantuan gurunya untuk menelefon Juweta.
Kak Jo yg menjadi pembantu rumah Juweta telah dipecat Ruhila. kebetulan pula kakaknya bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Azlan memberitahu terdengar perbualan Azlan dengan Che Salmah dan Hakim
Kak Shima mengetahui yg Azlan telah menipu Juweta dan dia juga tahu yg anak Ruhila tersebut bukan anak Azlan.Kak Jo meminta kakaknya mengeledah pejabat Azlan untuk mencari bukti bagi membantu Juweta.
Tak follow cerita ni sebab tak tengok TV. TV berbelang :p
ReplyDeleteTapi nak follow kat website macam malas pulak.
Tapi nak tengok cerita ni sebab macam best.
Aduh, dilemanya!
tengoklah dulu. kalau tak best terus tutup..hehe
Deletei dok sabar ni , tggu habis baru nak marathon smua haahah
ReplyDeletehahaha..i tgh ada mood nak melayan drama ni tapi stress pula bila kerja nak maki si azlan dgn ruhila dan mak dia..haha
DeleteBelum tengok lagi sampai episod ni. Drama yang mencetuskan fenomena. Emo masing masing tengok takdir yang tertulis ni.
ReplyDeleteAdoi.. Lain macam dia punya konflik..
ReplyDelete