Review Telefilem: 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)


Telefilem : 44 Hari Bangkitnya Pocong
Produksi : Heritage Movies Sdn Bhd
Pengarah : Azmir Affandi
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 30 Januari 2021
Pelakon : Elly Suriati, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Raja Shahiran


Aizat yg bekerja di Singapura segera pulang ke kampung selepas menerima berita kematiannya ibunya, Maimun (Elly Suriati). terkejut Aizat apabila tiba di rumah, orang kampung semua melarikan diri kerana jenazah Maimun bangun selepas dilangkah kucing hitam.

selepas selesai urusan pengebumian, Aizat pelik bila tiada saudara mara yg datang membantu kecuali Mak Ngah. kemudian baru Aizat tahu yg saudara mara mereka banyak terasa hati dengan ibunya kerana tanah pusaka.

Aizat berhasrat untuk tinggal lebih lama di kampung sehingga selesai majlis tahlil setelah bapanya, Kamal (Riezman Khuzaimi) masih lagi bersedih dan larut dalam dunianya.


bukan setakat hal keluarga sahaja tapi Aizat juga ada dengar cerita tak elok pasal mak dia dengan orang kampung. ramai tak suka arwah Maimon yg suka berhutang dan cari gaduh kononnya orang nak mengorat suami dia.

Aizat tak percaya sangat dengan cerita yg dia dengar tapi dia minta mereka berhenti mengumpat arwah ibunya dan akan melangsaikan segala hutang yg ada.

mood cerita ni memang seram tapi terhibur pula bila sampai scene akak yg pakai spek ni dan geng membawang dia.


sejak hari pertama malam tahlil arwah Maimun, orang kampung mula diganggu dengan ketukan misteri dan kelibat pocong. tak senang duduk orang dibuatnya.

Aizat meminta bantuan Rahim yg mempunyai kebolehan untuk mengubat bapanya yg dah termakan benda kotor dan cuba menyelesaikan masalah pocong yg berleluasa. bermula dari situ, satu persatu keburukan arwah Maimon mula terungkai. 

susah juga Aizat nak percaya yg ibunya melakukan perbuatan syirik yg akhirnya memakan diri sendiri.


drama melayu dan nasi k*ngk*ng berpisah tiada, tak faham kenapa Maimun nak buat benda tu kat suami sendiri lainlah kalau suami tu jahat. tak tahulah motif sebenar dan apa yg dikejarkan Maimun. walaupun ada flashback semua itu lebih menjawab kenapa Maimun bangkit menjadi pocong.

pengajarannya jauhilah perkara syirik dan segeralah bertaubat sebelum terlambat.

5 comments:

  1. ramai ckp cerita ni seram, i terlepas nak tgk.. hope ada online

    ReplyDelete
  2. Kesian Aizat, tak tahu apa pasal maknya. Lepas mak dia meninggal, macam-macam cerita dari orang kampung. Ayah dia lagi kesian kan. Cerita ni boleh jadikan pengajaran.

    ReplyDelete
  3. Cuba nak tengok cerita ini tapi tak berjaya.. hahaha.. Seram ya amat.. Awal2 dah muncul hantu..

    ReplyDelete