Drama | Cinta Untuk Raf (2021)


Drama : Cinta Untuk Raf
Produksi : Open Echo Communication
Pengarah : Zek Zukry
Penulis Skrip : Adza Emie
Slot : Bidadari TV1
Mula Tayangan : 15 Februari 2021
Episod : 26
Masa : Isnin-Jumaat | 3.05 Petang
Pelakon : Sasqia Dahuri, Luqman Hafidz, Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad, Mustaqim Bahadon

Cinta Untuk Raf sebuah drama adaptasi novel Cinta Untuk Raf karya Rabihah Nur Ridhuan yg ditayangkan di Slot Bidadari TV1 RTM, setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.05 petang bermula 15 Februari 2021.


SINOPSIS DRAMA CINTA UNTUK RAF



Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked (Sasqia Dahuri) dan Raf (Luqman Hafidz) akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. 

Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Post a comment

6 Comments

  1. Wow jalan cerita dia menarik, macam kena try je ni

    ReplyDelete
  2. selalu tgk tv3 and astro, tak pernah tgk drama tv1! nak try tgk ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i ternampak my mom tengok drama ni aritu, tak sempatla nak follow..haha

      Delete
  3. Wwow.. watak Tasya/Humairah tu menarik..

    ReplyDelete
  4. Drama RTM selalu dipandang sepi. Kadang kadang drama banyak yang best juga sebenarnya.

    ReplyDelete