Sinopsis Drama Semua Salahku (TV3)

Sinopsis Drama Semua Salahku (TV3)

Drama : Semua Salahku
Produksi : A.Aida Production Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Wan Mahani Hassan
Slot : Lestary TV3
Mula Tayangan : 11 Julai 2019
Episod : 13
Masa : Rabu-Jumaat | 9.00 Malam
Pelakon : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Syed Aiman, Fadlan Hadzim, Dayang Areeda, Zaidi Omar, Neera Azizi, Nafiz Zaidi, Intan Najuwa


Semua Salahku mengisahkan Sofea (Fasha Sadha), ibu tunggal yg menyara anaknya Haris (Nafiz Muar) dan ibunya Fatimah (Fauziah Nawi). Sofea berhenti kerja dan duit pampasan digunakan untuk buat modal mulakan bisnes solekan. tak lama selepas itu Sofea berkahwin dengan Iqbal (Fadlan Hadzim).

selama enam ahun berkahwin dengan Iqbal, perangai Sofea banyak berubah dan tidak ambil peduli tentang Haris dan ibunya. pantang ditegur mulalah Sofea mengugut ibunya untuk keluar dari rumah itu bersama suami dan anaknya.

Iqbal pula tak pernah beri nafkah, terpaksa Sofea bekerja keras mengambil upah solekan untuk menampung kehidupan keluarganya. tapi duit tersebut pun tak pernah cukup sebab Iqbal asyik minta duit.


Haris ternampak yg Iqbal guna duit ibunya untuk belanja skandalnya tapi bila nak beritahu Sofea mesti Iqbal menyampuk.

Suatu hari, Iqbal meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sofea cuba dapatkan balik duit yg Iqbal pinjam daripadanya untuk beli rumah. malangnya Sofea dapat tahu yg Iqbal guna duit tersebut untuk buat duit hantaran dengan teman wanitanya.

Sofea kecewa dan tertekan bila tahu selama ini dia ditipu hidup-hidup dengan Iqbal tapi dia terpaksa bangkit untuk cari duit untuk tampung kehidupan mereka sekeluarga.

Sinopsis Drama Semua Salahku (TV3)

Haris seorang pelajar cemerlang tapi prestasi di sekolah mula merosot bila Haris selalu ponteng sekolah dan bergaul dengan Nail. Haris merasakan dirinya tidak dipedulikan bila Sofea selalu sibuk dan tak pernah kisah pasal dia walaupun cikgu Haris datang rumah beritahu masalah Haris.

Adakah Haris, pelajar cemerlang akan terus tersasar jauh daripada landasan kebaikan dek terabai oleh kasih sayang seorang ibu? Adakah Sofea akan tersedar daripada angan-angannya?

10 comments:

  1. Sedih drama ni. Macam geram jugak bila mak dia sendiri tak pedulikan dia. Dia survived sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tengok sikit drama ni dulu tapi tak ingat sgt cite dia pasal. ini baru try tengok balik.

      Delete
  2. Macam nampak kat iFlix dah ada drama ni, nanti nak tengok laaa.. masa di tayangkan dulu tak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah drama ni tayang kat iflix, kat youtube dah xde

      Delete
  3. mcm biasa la, tgg habis baru i nak marathon

    ReplyDelete
  4. stressnya lah dapat suami curang macam si iqbal ni. wife kerja teruk dia pergi berjoli pulak. Kesian isteri dengan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. time hidup asyik pinjam duit isteri, bila meninggal duit satu sen pun tak dapat kat isteri dia..memang kesian la isterinya..

      Delete
  5. Fasha Sandha.. tapi baca sinopsis macam stress je..

    ReplyDelete
  6. Walaupun ulangan tapi tak pernah tengok. Dulu jarang ada masa nak tengok drama. Sekarang ni duduk rumah adalah masa sikit nak tengok :)

    ReplyDelete