Resepi Kangkung Goreng Belacan Mudah dan Ringkas


ternampak kangkung kat tesco aritu terus beli, ingat nak masak kangkung goreng belacan. oh lupa Tesco dah tukar Lotus sekarang tapi tetap juga nak panggil tesco..haha. kebetulan pula hari ini rajin snap gambar lepas masak so bolehlah simpan resepi kat sini.

BAHAN YG DIPERLUKANN
  • 1 ikat sayur kangkung
  • sedikit minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
#Bahan Kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 cm belacan 

CARA MEMASAK
  1. Bersihkan kangkung. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sekejap.
  4. kemudian masukkan batang dan goreng sampai sedikit layu. masukkan pula bahagian daun.
  5. gaul rata dan kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak.
  6. Angkat dan hidangkan.

Selamat Memasak 😊

Post a comment

13 Comments

  1. Belum lagi dapat pergi Tesco masa PKP ke-2. Kiranya belum nampak perubahan Tesco.
    Suka kangkung goreng belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada apa perubahan sgt. signboard pun belum tukar lagi..hehe

      Delete
  2. nampak mcm senang ja cara nak buat dia kan , ok nanti i cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayur memang senang nak masak. try la atie :)

      Delete
  3. Lauk ni... Kalau time kat uni, kena turun cafe awal kalau tak mmg habis laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. time tu memang semangat turun awal sebab takut lauk favourite habis..haha

      Delete
  4. Sedapnya kangkung goreng belacan. Suka sayur kangkung rangup rangup dimakan :)

    ReplyDelete
  5. Lauk paling sedap.. tq share resepi Tiara..

    ReplyDelete