Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim (TV3)

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim (TV3)

Drama : Rahimah Tanpa Rahim
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Suhaimi
Penulis Skrip : Puovin, Tommy Loh
Slot : Akasia TV3
Mula Tayangan : 22 Januari 2021
Episod : 28
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Pelakon : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa

Drama Rahimah Tanpa Rahim cuba mengetengahkan isu tentang wanita yg dilahirkan tanpa rahim atau dikenali juga sebagai sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH). yg boleh berlaku pada 1 daripada 5000 wanita. di Malaysia mungkin ramai yg tak tahu tentang sindrom MRKH tapi dalam rancangan Hello Doktor pernah cover isu ini.

Drama Rahimah Tanpa Rahim (2021)

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), gadis yg baik hati dan disenangi penduduk kampung tapi selalu dilayan buruk oleh mak tirinya, Mak Aini dan Rozana. Pak Akob sebagai ayah Rahimah pula tidak pernah ambil tahu peduli hal yg berlaku di dalam rumah.

Mak Aini memarahi Rahimah kerana menyebabkan Rozana menangis. Rahimah yg tidak puas hati pergi mencari Adli (Hafidz Roshdi) untuk tahu apa yg sebenarnya berlaku pada Rozana malangnya Rahimah ternampak Adli dipukul oleh bapanya.

kerana peristiwa tersebut, Rahimah dan Adli mulai rapat kerana berkongsi masalah yg sama. orang kampung yg ternampak Rahimah dan Adli melepak di dalam hutan mula membawa cerita tidak elok mengenai Rahimah menyebabkan Mak Aini bengang dan memukul Rahimah.

Jauhar (Azlee Khairi) sangat aktif melakukan kerja NGO berkaitan masalah remaja. Jauhar sedang menunggu hari untuk bertunang dengan Nurul (Ezzaty Abdullah) tapi Jauhar makin rimas untuk melayan perangai Nurul yg mahu Jauhar menemaninya setiap masa.

Suatu hari, Jauhar pergi ke kampung untuk melakukan kerja berkaitan NGO, pada waktu itu juga Jauhar ternampak Rahimah yg cuba melarikan diri daripada dipukul Mak Aini. Jauhar cuba membantu Rahimah yg dalam kesusahan.

8 comments:

  1. kadang rasa lucu pulak pada yang kata nama cerita ni sesuatu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tau takpe. walaupun tahu benda yg disampaikan dalam drama ni tapi still tak faham kenapa pengarah nak pertahan juga tajuk tu. tak pasal netizen dok membahan tajuk tu pula..

      Delete
  2. Tajuk yang menjadi kontroversi. huhu..belum sempat tengok lagi episod 1. Sikit hari lagi baru layan :)

    ReplyDelete
  3. PKP..musim drama hehee..kak shida xlepas pluang tgk juga..

    ReplyDelete
  4. kite jarang tgk drama melayu, sebab nya sekali da start follow, nanti hari hari melekat depan tv je kejenye..hahaha

    ReplyDelete
  5. tajuk dia double meaning betul la!!! hahaha

    ReplyDelete
  6. sebenarnya baca tajuk pun dah boleh agak cerita tentang ape kan. tp tu lah netizen kecam-kecam pulak hahaha

    ReplyDelete
  7. Bagusnya bila ada drama yang cuba sampaikan info mengenai penyakit macam ni..

    ReplyDelete