Review Novel | Selamat Tinggal Purnama by Teme Abdullah

Novel | Selamat Tinggal Purnama by Teme Abdullah

Novel : Selamat Tinggal Purnama
Penulis : Teme Abdullah
Penerbit : Iman Publication
Terbitan : Mac 2020

Selamat Tinggal Purnama yg ditulis oleh Teme Abdullah kali ini agak istimewa sebab diterbitkan dua buku iaitu Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama dan Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua. aku suka juga konsep buku ni sebab tak payah nak tunggu tahun depan untuk baca sambungannya.

Selamat Tinggal Purnama mengisahkan seorang artis terkenal iaitu Latif Purnama yg mencapaikan kejayaan mengagumkan, bukan sahaja di Nusaraya malah terkenal seluruh dunia. 


Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama


dalam buku pertama lebih kepada pengenalan watak utama iaitu Latif Purnama yg bermula sebagai penyanyi jalanan sehingga terkenal. mungkin kerana minat dan juga keikhlasan, setiap karya yg dihasilkan Latif seperti mempunyai aura luar biasa yg mampu menambat hati sesiapa sahaja mendengarnya.

kehidupan Latif Purnama nampak seperti sempurna kerana kemasyhuran yg dikecapinya tapi hakikatnya Latif ditindas oleh syarikat rakaman sendiri, Mawar Record. jualan royalti albumnya diguna untuk kemewahan Sinar Mawar

Selain itu, diceritakan juga tentang kemodenan yg telah dicapai oleh Nusaraya dan dunia. latar masa dalam buku ni berlaku pada masa hadapan yg mana taraf kehidupan manusia ditentukan oleh sistem kredit yg terdapat pada jalur leher setiap manusia. 

persepsi manusia juga boleh mempengaruhi kredit seseorang. oleh itu setiap individu harus berusaha menjadi baik supaya tidak dibunuh oleh tanggapan buruk manusia lain.

bagi aku, idea penulis create dunia baru dalam buku ni sangat unik dan fresh. tapi di awal pembacaan aku agak lost dan bosan juga dengan jalan cerita maybe aku kurang familiar dengan setting yg penulis gunakan. 

di penghujung baru jalan ceritanya makin menarik bila Latif mengumumkan kepada media yg dia telah berkahwin. terdedah juga salah seorang daripada kawan Latif ada rahsia besar dengan membina persona palsu. cumanya aku geram dengan perangai Latif yg terlebih baik.

Selamat Tinggal Purnama by Teme Abdullah

Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua


kesinambungan dari kisah sebelumnya, Latif tiba-tiba muncul dengan album baru selepas setahun menghilangkan diri. kalau dalam Strain Pertama, kita akan nampak Latif gembira dengan kehidupannya sebagai bintang terkenal tapi Strain Kedua makin banyak emosi makin berat dugaan yg Latif terpaksa lalui.

walaupun album baru Latif mencipta rekod jualan baru tapi media lebih berminat untuk mengetahui kehidupan peribadinya. lagi perit Latif Purnama bila diserang bertubi-tubi dari setiap sudut dan terpaksa hadap semua ni seorang diri.

kesimpulannya, kehidupan seorang bintang terkenal tak seindah mana pun. dengan fitnah yg berleluasa, media lebih suka besarkan perkara tersebut sebagai makanan mereka tanpa ambil peduli kebenaran yg sebenar, media sendiri yg membunuh pengkarya tersebut ketika dia masih bernyawa.

3 comments:

  1. Antara buku yang cuba untuk dibeli.. Jalan cerita dari Teme selalunya menarik..

    ReplyDelete
  2. betul.. kehidupan seorang bintang belum tentu tenang dan bahagia kan, takkan la diorg nak sharing duka diorg all the time kan ..

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah untuk berjaya dan jadi popular ni. Dah berjaya kena sembunyikan apa yang tak perlu. Memang tak indah dan tak mudah jadi seorang bintang terkenal ni.

    ReplyDelete