Telefilem | Mohon Hantuan (2020)

Mohon Hantuan

Telefilem : Mohon Hantuan
Produksi : Dream At Work
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Penulis Skrip : Shaza Taib
Tayangan : 19 Disember 2020
Siaran : Astro Citra
Pelakon : Saharul Ridzwan, Riena Diena, Azar Azmi, 
Jay Iswazir, Tajuddin Bakar, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Zalif Sidek

Mohon Hantuan

Mohon Hantuan mengisahkan penulis novel Akim (Saharul Ridzwan) yg mahu membuktikan kepada ayahnya yg dia mampu berjaya dalam bidang ini. Akim menyewa sebuah bilik di sebuah resort selama 3 bulan untuk memberi tumpuan penuh menyiapkan manuskrip novelnya. 

baru semalam duduk di bilik tersebut, teruk Akim kena kacau dengan penghuni ghaib di situ. Akim sendiri tertanya bagaimana dia boleh melihat hantu secara tiba-tiba.

Akim cuba abaikan gangguan daripada hantu bernama Suraya (Azar Azmi) tapi makin lama makin annoying pula. rupa-rupanya hantu ni cuba meminta bantuan daripada Akim sebagai balasan Suraya akan bagi story baik punya untuk novel Akim.

Mohon Hantuan

Lela (Riena Diena) yg bekerja di bahagian house keeping di resort tersebut risau juga dengan Akim yg menghuni bilik tersebut sebab dia selalu kena kacau dengan teruk tiap kali membersihkan bilik tersebut. masalahnya tak ada siapa pun percaya cakap Riena yg bilik tersebut berhantu.

Lela lega bila Akim baik-baik sahaja dan mengejutkan bila tahu yg Akim berkawan baik dengan hantu-hantu tu semua. Lela selesa berkawan dengan Akim dan bawa Akim ke tempat yg boleh memberi ilham untuk menulis.

Akim bengang bila dapat tahu ada orang viralkan video dia bercakap seorang diri macam orang giler rupanya ada yg tak puas hati melihat dia berada di situ. Akim menyuruh Suraya mengacau orang yg telah viralkan video dia.

Mohon Hantuan

bila tengok trailer Mohon Hantuan ni teringat filem Indonesia bertajuk Ghost Writer tapi nasib baik bukan Suraya yg menulis tapi cuma bagi ilham pada Akim untuk menulis dengan usahanya sendiri.

Mohon Hantuan genrenya lebih kepada komedi. hantu dia pun cantik rupa manusia takde solekan khas pun so tak payah nak feeling seram atau meremang sangat. telefilem yg santai dan sesuai untuk hiburan keluarga.

Post a comment

4 Comments

  1. Wuuu macam best ni. Asal tak seram, Eza boleh layan. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Belum tengok lagi, baik nanti boleh tengok hehehe

    ReplyDelete
  3. hahahaha haritu nak tengok tapi takut ada hantu seram. Okay nanti nak tengok jugak sebab hero dia nama Akim :P

    ReplyDelete
  4. Memang santai dan kelakar.. part dia menyakat tu yang tak menahan.. hahaha..

    ReplyDelete